03 April 2012

FTPT 2012 @ KENDURI

Catatan Ayah


Selasa
11 Jamadil Awal 1433
3 April 2012


Assalamu'alaikum,


Sehari dua ni agak sibuk sikit dengan kerja... dan line broadband yang kurang memuaskan... yang membantutkan aku update kisah perjalanan aku ke Pantai Timur ni....


Alhamdulillah... hari ni ada sedikit kelapangan untuk aku menyambung sedikit lagi pengkisahan aku sekeluarga menimba pengalaman berjalan-jalan ke Pantai Timur ni...


Kisah perjalanan kami.. kini bersambung... pada hari ke-2... 15 Mac 2012...


Malang Tak Berbau


Selepas mengunci semua pintu Kenari... dan membawa semua barang-barang berharga ke dalam chalet... kami sekeluarga melelapkan mata... merehatkan badan yang keletihan.. dek letih berjalan-jalan sekitar Wakaf Che Yeh..


Semacam dalam mimpi... aku terdengar suatu bunyi kat luar... tapi entah macam mana... tidak pula terasa nak bangun untuk memeriksa.... mungkinkah aku sedang bermimpi...


Segar bila terjaga di pagi yang sejuk... selepas selesai solat subuh... dan minum sedikit air kopi... terus aku keluar untuk panaskan enjin Kenari...


Rancangan awal.. kami akan berjalan-jalan sekitar Pasar Siti Khadijah pagi ni... sebelum berkumpul kembali dengan saudara-mara yang lain untuk ke rumah kenduri pihak pengantin perempuan...


Sebaik aku buka pintu Kenari... terlihat keadaan dalam Kenari agak bersepah... dengan ruang bagasi dashboard terbuka... Terfikir aku.. semalam aku lupa tutup dashboard ke???.... lalu aku pandang belakang... alamak!!!!!....










Hah... Kenari aku telah diceroboh... terus aku memeriksa keseluruhan Kenari... melihat apa-apa yang hilang... selepas memeriksa bersama-sama dengan isteri dan mak aku... confirm tiada sebarang benda yang hilang...






Melihatkan keadaan... terfikir aku.. memang pandai pencuri tu menyelinap ke dalam Kenari... dia telah mengupas getah cermin tepi belakang sebelah kiri Kenari... dan membuang cermin tu... Alhamdulillah.. nasib baik tak dipecahkannya cermin tu... Aku rasa pencuri tu memang berpengalaman...


Terus aku memberitahu tuan chalet... tentang apa yang telah terjadi... Selepas berbincang.. tuan chalet sanggup bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku... dan dia sanggup menanggung kos pembaikan dan pemasangan kembali cermin Kenari...






Alhamdulillah.. hampir tengahari baru siap pemasangan semula cermin Kenari... Terima kasih kepada tuan chalet yang sanggup menanggung kos pemasangan kembali cermin Kenari aku...


Selepas berbincang dengan famili.. kami sepakat untuk keluar dari chalet... dan akan mencari hotel yang lain selepas makan kenduri nanti... Rancangan untuk ke Pasar Siti Khadijah telah dibatalkan... Selepas berkemas.. kami menuju ke homestay sepupu aku... tempat berkumpul sebelum berkonvoi ke rumah kenduri...


Aku menerima musibah ni... Semua ni adalah qada dan qadar Allah... Aku telah berusaha dengan mengunci Kenari dan memindahkan semua barang berharga ke dalam chalet semalam... namun musibah ni berlaku juga... mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...


@ Rumah Kenduri


Selepas semua berkumpul... kami semua mula menuju ke rumah kenduri...










Cuaca cukup panas... matahari pun sudah pacak di atas kepala... sebaik semua sampai ke rumah kenduri... bersiap untuk berarak mengiringi pengantin...






































Sambutan kenduri agak sederhana.. berbeza dengan kenduri-kenduri sebelah sini.. yang selalu bising dengan lagu-lagu.., laungan-laungan DJ... dan kadang-kadang disusuli dengan "gendang keling" dan "silat pulut"....


Pengantin perempuan... menyambut kedatangan pengantin lelaki...


















Majlis makan pengantin...














Kepada Syukor... Pak Long ucapkan Selamat Pengantin Baru... semoga bahagia dan semoga selalu di bawah rahmat Allah selamanya.... dan kepada Abang Megat dan Kak Miah.. selamat menimang menantu.... dan insyaAllah.. cucu suatu hari nanti...


p/s: perut pun dah lapar... jom.. aku nak makan dulu.... hidangan kenduri di Kelantan ni... =)


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...