29 April 2012

HONDA INTEGRA - KEMASKINI

Catatan Ayah


Ahad
2 Jamadil Akhir 1433
29 April 2012


Assalamu'alaikum,


Kita berhenti dulu penceritaan aku sekeluarga berjalan-jalan ke Pantai Timur pada Mac yang lalu. Hari ni aku nak berkongsi maklumat mengenai sebuah motorsikal yang akan dilancarkan nanti di Malaysia...


Selama 2 hari iaitu kelmarin dan hari ni... telah diadakan Malaysian Cubprix 2012... yang berlangsung di perkarangan Stadium Utama Kangar... dan cuma hari ni aku berkesempatan untuk melawat...


Lama juga aku tak melihat acara perlumbaan cubprix ni... Tapi hari ni.. aku tak mau cerita bab cubprix ni.. tapi nak bercerita sebuah motorsikal yang akan dilancarkan nanti.. yang pada pandangan aku yang berkaca mata ni... agak menarik...




Nampaknya pihak Honda akan melancarkan sebuah motorsikal.. yang mungkin untuk menyaingi Kawasaki dengan ER6nya dan Yamaha dengan XJ6nya serta KTM dengan Dukenya... Menurut salah seorang staf kat Booth Honda tadi.. model ni bakal dilancarkan pada Ogos 2012 nanti.. dan harganya masih belum diketahui...


Agak menarik juga model ni pada pandangan mata aku... Model ni diberi nama Honda Integra... mungkin sebab satukan 2 jenis motorsikal menjadi satu.. iaitu kacukan scooter maxi dan touring bike... berkapasiti 700cc...


Ulasan profesional boleh dibaca di sini...





Dari penelitian aku... ciri-ciri scooter pada motor ni adalah... kedua-kedua brek motor ni di tangan.. seperti scooter.. iaitu brek belakang pada hendal kiri... dan brek depan kat hendal kanan.. serta kaki relax habis.. menggunakan pemacu rantai... serta menggunakan tayar yang sama saiz dengan tayar ER6...


Gear juga menggunakan sistem sama seperti FJR13... iaitu seumpama AMT.. yang mana terdapat butang '+' dan '-' di hendal kiri untuk menaikkan dan menurunkan gear... sama juga seperti Aprillia Mana.... boleh dikatakan semi-automatic kot...


Jom... layan beberapa gambiran yang sempat aku snap.. untuk tatapan bersama...






































Bertambah meriahlah nanti arena permotoran di Malaysia ni... dengan bertambahnya lagi pilihan...


Bersama-samalah kita nanti kemunculannya...



KEMASKINI



Beberapa gambiran yang sempat aku ambil semasa kat Motogp 2012 di Sepang yang lalu...



Photobucket




"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

22 April 2012

FTPT 2012 @ PASAR SITI KHADIJAH

Catatan Ayah


Ahad
22 April 2012
30 Jamadil Awal 1433


Assalamu'alaikum,


Agak lama aku tak menulis dalam blog ni... akibat kekangan masa dan kerja...  tambahan pula kebelakangan aku kena banyak travel ke hospital lain... menjalankan tugasan.. untuk menggantikan kawan aku yang sedang bercuti sakit...


Hari ni.. rasa rindu pulak untuk menulis... jadi aku akan sambung lagi ceritera perjalanan kami sekeluarga ke Pantai Timur pada bulan Mac yang lepas...


Hari Ke-3 @ 16 Mac 2012


Telah pun masuk hari ke-3 kami sekeluarga berada di Kota Bahru, Kelantan ni... dan hari ni kami bercadang untuk ke Kuala Besut, Terengganu... sebelum balik ke Perlis...


Tapi sebelum tu.. kami akan ke Pasar Siti Khadijah dulu.. nak tengok apa yang ada kat sana... sebab aku belum pernah lagi ke sana...




Selesai check-out dari Hotel Ombak ni.. terus kami menuju ke Pasar Siti Khadihah... Alhamdulillah.. lalulintas agak lengang... mungkin sebab hari Jumaat kot... iaitu hari cuti untuk Kelantan...





Sampai saja ke Pasar Siti Khadijah... tu dia aih... banyaknya kenderaan.. ramainya pengunjung... jenuh juga mencari tempat parkir kereta...





Akhirnya... kami dapat tempat parkir kereta berhampiran dengan LHDN Kelantan...





Sebelum ke Pasar Siti Khadijah... kami berjalan-jalan dulu.. untuk melihat beberapa tempat berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah ni... antaranya Istana Jahar, Istana Balai Besar dan Bank Pitis...







































Puas berjalan-jalan melihat persekitaran.. tapi cuma tak dapat nak masuk ke Istana Jahar dan Istana Balai Besar sebab tutup.. kami terus beredar menuju ke Pasar Siti Khadijah.. perut pun mula berkeroncong kelaparan... belum jamah apa-apa lagi nih...





Terus menuju ke kedai makan untuk bersarapan...








Sebelum masuk ke dalam Pasar Siti Khadijah... kami bersarapan dulu di Pak Su Cafe.. di perkarangan Laman Siti Khadijah...





Selesai sarapan.. terus kami masuk ke dalam Pasar Siti Khadijah... kawasan bawahnya adalah kawasan menjual keperluan harian... seperti ikan, daging, ayam serta sayuran... atau boleh dikatakan pasar basah... Kebanyakannya penjual yang boleh dilihat adalah wanita... dan nampaknya urusniaga boleh berurusan dengan menggunakan dinar emas dan dirham perak... selain wang kertas biasa...






















Kat tingkat satu... terhidang jualan barang-barang serta makanan kering... ada keropok, budu, dodol dan pelbagai makanan lagi... serta periuk dan pinggan mangkuk...


Kami juga beli beberapa kilo keropok dan beberapa botol budu kat sini....














Selepas berlegar-legar di tingkat satu.. kami naik ke tingkat dua pula... yang banyak menjual kain baju... Isteri dan mak aku sempat membeli beberapa helai tudung dan kain batik...











p/s: jenuh juga nak berpusing-pusing sekitar pasar ni... tambah-tambah lagi kat bahagian kain baju ni...


Bersambung...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan.."


Wassalam

12 April 2012

FTPT 2012 @ WAKAF CHE YEH

Catatan Ayah


Khamis
20 Jamadil Awal 1433
12 April 2012


Assalamu'alaikum,


Kelmarin telah digemparkan dengan berita gempa bumi yang berlaku... dan amaran tsunami telah dikeluarkan... Alhamdulillah.. nampaknya tiada kejadian tsunami yang berlaku... Sesungguhnya semua itu adalah kuasa Allah... Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari segala bala bencana...


Jom.. aku nak sambung cerita.. pengalaman aku sekeluarga di Pantai Timur.. dan masih lagi di Kota Bahru..


15 Mac 2012 @ Wakaf Che Yeh


Alhamdulillah.. setelah merempuh kesesakan lalu-lintas... dari Pantai Cahaya Bulan menuju ke hotel... disamping meredah jalan-jalan short-cut mengikut GPS... akhirnya kami  selamat sampai...


Matahari dah pun melabuhkan dirinya... dan bulan sudah menampakkan dirinya... perut pun dah mula berbunyi... 


Selepas selesai bersihkan diri dan menunaikan kewajipan... kami menuju ke kedai makan yang letaknya cuma berhadapan dengan hotel penginapan kami...


Inilah dia Restoran KST 1 & 2... yang menyajikan pelbagai masakan... antaranya ikan bakar, ulam-ulaman serta goreng-goreng...





Banyak pilihan ikan-ikan untuk dibakar... dan cara bakarnya agak berbeza dengan cara di Kuala Perlis... kerana kat sini.. aku lihat ikannya dibalut dengan aluminium foil semasa dibakar...










Alhamdulillah... sedap masakan kat restoran ni... dan harganya pun agak berbaloi...


Selepas semuanya selesai.. kami pun berjalan menuju ke Pasar Borong Che Yeh... yang letaknya hanya beberapa meter dari restoran ni...






Dan seperti malam sebelum ni.. pasar ni memang penuh dengan pengunjung...






Jom.. layan suasana malam sekitar Pasar Wakaf Che Yeh...






























Pusing punya pusing.. wife dan mak pun dah beli beberapa barang pilihan hati.. malam pun dah larut.. kaki pun naik lenguh... anak-anak pun dah naik penat berjalan... maka kami pun beransur pulang ke hotel... B-)


Malam ni kena rehat cukup-cukup... sebab esok kami akan menuju ke Kuala Besut, Terengganu pulak....


p/s: izinkan kami berehat yer...


Bersambung...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...