19 Mac 2012

POM POM POM.. BERTUKAR JADI... SUNYI..

Catatan Ayah


Isnin
26 Rabiul Akhir 1433
19 Mac 2012


Assalamu'alaikum,


Hampir 2 tahun aku menggunakan ekzos 2 beradik kat Kerbau Hitam aku ni.. bunyi cukup marbeles.. kalau tak salah aku.. pemasangan dilakukan september 2010 yang lalu... semuanya dilakukan secara DIY.. perinciannya boleh dibaca di sini...


Boleh dikatakan aku amat berpuas hati menggunakan ekzos 2 beradik ni.. yang aku beli secara online dari David Choo dengan harga RM1250 pada masa tu...


Bunyi cukup power.. dan prestasi Kerbau Hitam juga bertambah.. dengan daya pickup yang boleh dikatakan agak bagus.. 


Dalam dok syok-syok pakai.. secara tak semena-mena.. aku terasa bunyi ekzos 2 beradik ni.. agak berlainan dari kebiasaan.. yang aku perasan semasa outstation ke Alor Star baru-baru ni...


Yang aku perasan.. bunyinya agak kuat dari kebiasaan.. kemudian aku periksa.. keadaan ekzos agak longgar dari biasa... 


Jadi aku ambil keputusan untuk menukarkan kembali kepada ekzos asal.. sementara aku nak baiki dulu ekzos 2 beradik ni...


Pemasangan kembali ekzos asal tak mengambil masa yang lama.. lebih kurang 1/2 jam saja... senang saja...


Sebelum penanggalan dilakukan...


Photobucket


Proses-proses penanggalan dilakukan.. secara perlahan-lahan...


Photobucket


Inilah dia.. ekzos asal yang masih tersimpan rapi...


Photobucket


Pemasangan ekzos asal bermula...


Photobucket


Dan.. dah selesai...


Photobucket


Dah siap pasang.. test bunyi.. macam biasa ler.. bunyi mesin jahit.. hahahaha..


Dan aku mula kelebet tengok apa yang masalahnya ekzos 2 beradik ni...


Photobucket


Dan.. dah jumpa masalahnya... iaitu ribet sekeliling ekzos dah putus... tinggal tak tercabut saja lagi...


Photobucket


Oklah.. simpan dulu lah.. nanti aku akan pi pasang balik rebet yang baru... kemudian cadangnya nak masukkan balik fiber yang baru.. mudah-mudah bunyinya akan kembali kepada yang asal...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

4 ulasan:

  1. o baru sy tau rupenye ekzos pon ade maitanence jugak.bleh repair lagi ke tu?

    roczen.

    BalasPadam
  2. insyaAllah.. boleh dibaiki kembali..

    BalasPadam
  3. salam, nk tanya pakai two brothers ni bunyi die bising tak? saya kalo bole x mau terlalu bising..

    BalasPadam
  4. kebanyakan ekzos after market ni bising.. termasuklah ekzos 2 beradik ni.. terpulang kepada cita rasa masing-masing... =)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...