30 Mac 2012

PERSIAPAN HARI TUA

Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah...selesai satu hari training kat Public Mutual Alor Star...sebahagian dari siri latihan untuk pembangunan diri dan pengumpulan CPD point...iaitu antara syarat yang ditetapkan oleh pihak FIMM untuk memperbaharui lesen sebagai Unit Trust Consultant...


Sebagaimana aku dok pi refreshment training untuk memperbaharui lesen RPO...refreshment training untuk UTC ni juga dapat menajamkan pengetahuan dalam bidang pelaburan unit amanah....disamping dapat berkongsi pengalaman dengan otai-otai dalam bidang unit trust ni....


Alhamdulillah...sekali lagi...dapat mengingatkan aku...mengenai persiapan hari tua...selain dari ilmu dan amalan agama sebagai bekalan akhirat...wang ringgit dan harta juga perlu sebagai bekalan jasmani...tak kan nak harapkan anak-anak nak bela aku suami isteri....


Kalau nak harapkan simpanan KWSP...setakat mana yang cukup...dengan inflasi yang semakin lama semakin tinggi...


Adakah...nanti aku mesti bekerja...walaupun sudah melepasi umur pencen...? Fikir-fikirkanlah...


Bagi aku...biarlah hari tua aku dipenuhi dengan aktiviti menambahkan amalan akhirat...dan keperluan serta perbelanjaan harian....menggunakan wang simpanan...yang mana salah satu instrumen yang membuatkan wang bekerja untuk kita adalah instrumen unit saham amanah....dan Alhamdulillah...aku dah lama menggunakan kaedah ini...dan nampaknya agak memberangsangkan...


Aku menyokong kawan-kawan yang nak buat investment dalam unit trust ni...sama ada menggunakan wang cash atau menggunakan simpanan KWSP....


Kala ada sapa-sapa yang berminat dan berhajat untuk membuat pelaburan menggunakan kaedah unit saham amanah...boleh menghubungi aku untuk khidmat nasihat...kerana aku adalah salah seorang Unit Trust Consultant yang sah dan berdaftar dengan Public Mutual Berhad....


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

2 ulasan:

  1. Salam en Hasmizal..saya berminat nk labur dalam Unit trust..tp tak tau selok belok n nk pilih hak mana yang sesuai,banyak sngat fund..equity la,balance la,bond la,fixed income la..yang penting saya nk labur dlm islamic fund ja..objektif adalah untuk persaraan..bleh kot nk dptkan khidmat nasihat..saya dok area jitra..tq

    BalasPadam
  2. Salam Saudara Lana Bulu,


    Alhamdulillah.. saudara telah membuat keputusan yang bijak kerana mempunyai keinginan untuk menyimpan untuk hari tua... dan salah satu instrumen yang saudara pilih adalah unit trust..

    Memang banyak fund yang diuruskan oleh Public Mutual dan terbahagi kepada equity, bond/money market, balance dan fixed income..


    Pemilihan fund bergantung kepada individu dari segi jangka masa, jangkaan risiko dan pulangan serta tahap ketahanan risiko yang boleh diterima oleh individu tersebut...

    Yang penting, saudara perlu tahu tahap risiko yang saudara mampu... sebagai contoh:
    1. equity fund - pulangan tinggi, risiko pun tinggi
    2. bond - pulangan rendah, risiko pun rendah...

    Untuk lebih pemahaman, kita boleh berjumpa dan bersembang mengenainya..

    TQ

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...