24 Mac 2012

FTPT 2012 @ TASIK BANDING

Catatan Ayah


Sabtu
1 Jamadil Awal 1433
24 Mac 2012


Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah.. berjumpa kembali.. dan diizinkan-Nya untuk aku menulis lagi sedikit coretan di blog yang tak seberapa ni..


Hari pertama @ 14 Mac 2012


Kenari dah pun diisikan sedikit minyak habuan bekalan ke Pantai Timur.. dan masing-masing dah pun lega melepaskan sedikit hajat di stesen minyak tadi.. jadi sampailah masanya untuk meneruskan perjalanan kami menuju ke Pantai Timur.. iaitu Kelantan..


For info, seperti yang aku telah coretkan sebelum ni.. perjalanan kami ke Kelantan adalah memenuhi undangan sepupu aku mengikut rombongan  pengantin.. di mana majlis akad nikah akan diadakan malam nanti dan majlis kenduri akan diadakan pada keesokan harinya.. iaitu pada 15 Mac 2012..


Mengikut perancangan aku.. kami akan berhenti kat Tasik Banding untuk berehat sambil berkelah.. berhenti makan bekalan yang disediakan oleh isteri aku.. Bang Cik Haikal pun dah mula merenget lapar nasi lemak.. yang baru saja dibeli tadi sebelum berhenti isi minyak...


Photobucket


So... perjalanan menuju ke Tasik Banding dimulakan....


Photobucket


Cuaca amat baik sekali.. dan kenderaan pun tak banyak kat atas jalan... Alhamdulillah...


Photobucket


Photobucket


Awas.. gajah liar melintas... hehehe.. selalunya waktu malam dikatakan gajah selalu melintas.. siang-siang hari ni tak dak kot...


Photobucket


Sampai satu tempat.. kat salah sebuah kem tentera.. terlupa pulak nama kem tentera ni.. ternampak sebuah kereta kebal yang dijadikan hiasan di hadapan kem tersebut.. terus aku berhenti sekejap untuk bergambar.. bukan senang beb.. nak jumpa tempat macam ni kat Perlis... sampai geng-geng tentera yang sedang bertugas kat pintu pagar kem gelak melihat telatah kami anak beranak...


Photobucket


Selesai bergambar sebentar.. kami meneruskan perjalanan.. dan akhirnya sampai ke Tasik Banding...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


For info, Tasik Banding masih terletak dalam negeri Perak Darul Ridzuan.. dan merupakan salah satu tempat tumpuan ramai kaki-kaki pancing.. Tasiknya amat luas sekali... sayup mata memandang...


Kami terus menuju ke tepi tasik.. untuk berhenti rehat sambil berkelah...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Jalan yang curam.. menuju ke tepi tasik...


Photobucket


Photobucket


Nampaknya.. beberapa kawasan kat tepi Tasik Banding ni sedang ditenggelami air.. mungkin dek paras air tasik yang naik melimpah.. dah seperti banjir pulak...


Sedap juga makan-makan sambil menghirup udara nyaman di tepi tasik... walaupun hanya berbekalkan bihun goreng... dan nasi lemak yang dibeli tadi.. berselera sungguh tengok Bang Cik Haikal dan Adik Iman.. menikmati nasi lemak... tapi Kakak Dina... hhhmmmm.. tak mau makan lagi...


Oklah.. biar kami berehat seketika yer.. makan sedikit sekadar melapik perut bagi menambahkan tenaga.. jauh lagi rasanya nak sampai Kelantan ni... =)


Bersambung...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...