28 Mac 2012

FTPT 2012 @ SAMPAI KOTA BAHRU

Catatan Ayah


Rabu
5 Jamadil Awal 1433
28 Mac 2012


Assalamu'alaikum,


2-3 hari ni.. sudah datang musim hujan gamaknya di Perlis.. boleh dikatakan setiap petang hujan... hinggakan kat Kangar berlaku ribut di beberapa tempat.. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari malapetaka... Amin..


Hari pertama @ 14 Mac 2012


Selepas berlegar-legar sekitar Masjid Cina.. kini tibalah masanya kami beredar ke chalet penginapan.. yang letaknya di Kota Bahru... yang telah aku tempah sebelum ni...


Sepanjang jalan menuju ke Kota Bahru.. kelihatan banyak gerai-gerai menjual limau bali...





Selain tu.. banyak tempat kelihatan gerai-gerai menjual "air tuak".. terfikir juga aku.. apa "air tuak" ni.. kalau kat sebelah utara ni.. selalunya "air tuak" ni adalah air tapai.. yang memabukkan...






Selepas bertanya... barulah aku tahu... yang "air tuak" tu sebenarnya air nira... hehehehe.... =)


Semakin hampir ke Kota Bahru... jalan semakin sesak nampaknya... dan selalu tersangkut dalam jem... dah nak jadi macam kat Kuala Lumpur pulak aku tengok...










Akhirnya... kami selamat sampai ke chalet penginapan... yang letaknya berdekatan dengan Masjid Kota, Kota Bahru...


Chalet ni milik En Wan Amiruddin.. dan aku dapat info mengenai chalet ni dari sini... Chalet ni berharga RM80 semalam.. dan berdekatan dengan Wakaf Che Yeh.. serta terletak di dalam kampung...


Keadaan chalet agak luas... dan boleh menempatkan sekeluarga sehingga 10 orang.. rasanya...


Jom layan sedikit gambiran chalet ni...






















Alhamdulillah... selamat sampai.. solat pun dah buat semasa di Masjid Cina tadi... jadi.. apalagi.. rehatkan mata dulu ler.. lagi pun malam nanti baru nak pi ke rumah pengantin perempuan... menghadiri majlis akad nikah...


p/s: izinkan aku rehatkan mata sekejap yer...


Bersambung...


"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...