25 Mac 2012

FTPT 2012 @ MENJAMU MATA DI BUKIT BUNGA

Catatan Ayah


Ahad
2 Jamadil Awal 1433
25 Mac 2012


Assalamu'alaikum,


Panas sungguh hari ni.. macam nak hujan.. tapi tak hujan pun.. tengok ramalan cuaca kat "Samseng Nota" dok ada 32 darjah celcius...


Tak palah.. ni baru hangat dunia.. macam mana nanti hangat di 'sana'...? Semoga aku sekeluarga dilindungi rahmat Allah di 'sana' nanti...


Hari pertama @ 14 Mac 2012


Perut pun dah kenyang... badan pun dah rasa segar balik... jadi jom.. aku dan famili nak teruskan perjalanan kami menuju ke Pantai Timur.. tadi mak aku ada contact Kak Miah.. ibu kepada pengantin lelaki... dan mereka baru sampai sekitar Baling.. For info, mereka mulakan perjalanan dalam pukul 8 pagi...


Photobucket


Perjalanan diteruskan.. suasana sekitar amat nyaman sekali.. jalan-jalan mula berselekoh.. alangkah bestnya kalau tunggang Kerbau Hitam... 


Sedap juga mata memandang kehijauan sekeliling.... 


Photobucket


Akhirnya... kami sampai ke puncak Titiwangsa... lalu aku ambil kesempatan untuk berhenti sekejap untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Sungguh indah alam ciptaan Allah.. sejuk mata memandang dan suasana sekitar juga dingin... inilah kali pertama aku menikmati keindahan puncak Titiwangsa.. 


Sempat juga bergambar kenangan bersama anak-anak... kalaulah Huzaifah dapat ikut bersama.........


Photobucket


Selepas berada seketika kat Titiwangsa ni.. kami pun teruskan lagi perjalanan... 


Melalui terowong kat Titiwangsa.....


Photobucket


Akhirnya.. kami melintas sempadan Perak-Kelantan... yea!!!... welcome to Kelantan...


Photobucket


Maka berakhirlah selekoh-selekoh tajam semasa mendaki dan menuruni Titiwangsa tadi...


Pemanduan kami agak santai... sambil menikmati keindahan sekeliling... di sepanjang jalan...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Setelah beberapa lama memandu.. kami sampai ke tempat yang bernama Bukit Bunga.. terdapat sebuah medan niaga yang besar kat situ.. jadi aku mengambil keputusan untuk berhenti seketika.. melihat-lihat barangan yang dijual kat situ.. dari dalam Kenari.. nampak macam menarik...


Photobucket


Besar juga kawasan niaga kat Bukit Bunga ni.. aku lihat macam seolah-olah Padang Besar.. dan banyak barangan yang dijual... antaranya baju-baju, keropok, buah-buahan dan produk-produk Thailand...


Orang pun ramai yang singgah membeli belah kat sini...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Bila tengok gambar buah mempelam ni.. teringat kisah seorang peniaga tu.. memujuk kami untuk membeli mempelam dari gerainya.. dan katanya mempelam tu adalah mempelam harum manis.. kami sekeluarga hanya senyum saja... sebab kami tahu.. memepelam tu bukan mempelam harum manis.. dan for info, mempelam harum manis sekarang ni baru berbunga.. belum berbuah lagi... 


Kami cuma mengangguk dan mengiyakan saja.. sambil tersenyum.. dan kami beli juga 2 biji mempelam tu habuan kudapan malam nanti....


p/s: izinkan kami berlegar-legar sekejap kat sini yer... nak tengok apa lagi yang dijual kat sini... =)


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

4 ulasan:

  1. saya pengikut setia blog tuan....tahniah kerana selalu berkongsi pengalaman sekeluarga....tak sangka gambar kereta saya terakam dlm blog ini.

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana selalu mengikuti blog yang tak seberapa ni.. errr.. gambar mana satu tu?..

    BalasPadam
  3. gambar dekat sempadan kelantan perak.....livina putih...saya kerja kangar gak....

    BalasPadam
  4. kat Perlis.. kerja kat mana?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...