22 Mac 2012

FAMILY TRIP TO PANTAI TIMUR (FTPT) 2012

Catatan Ayah


Khamis
29 Rabiul Akhir 1433
22 Mac 2012


Assalamu'alaikum,


Cuti sekolah baru saja berakhir.. dan kehidupan seharian mula semakin sibuk seperti biasa.. bak kata orang.. kehidupan mesti diteruskan..


Sebelum ni.. aku telah merancang untuk ride ke Krabi bersama-sama GTTSBK.. dah siap order t-shirt lagi.. tapi kita hanya mampu merancang... Allah juga yang merencanakannya.. Perancangan asal untuk ke Krabi adalah dari 10 Mac hingga 13 Mac 2012.. tapi pada masa yang sama.. program tu telah clash dengan program lain... yang tak membolehkan aku untuk ke Krabi..


Aku telah menerima ajakan sepupu aku.. untuk mengikut rombongan pengantin.. iaitu anak lelakinya ke majlis akad nikah dan kenduri kahwin di rumah pihak perempuan di Ketereh, Kelantan.. jadi sehubungan dengan itu.. aku ambil peluang untuk membawa famili berjalan-jalan ke Pantai Timur.. yang kebetulannya cuti sekolah...


Photobucket


Perjalanan kami bermula dari 14 Mac hingga 17 Mac 2012.. dan routenya.. Kangar-Gerik-Kota Baru-Kuala Besut-Cameron Highland-Kangar...


Majlis akad nikah telah diadakan pada 14 Mac.. dan kenduri sebelah pengantin perempuan pada 15 Mac.. selebihnya aku sekeluarga berjalan-jalan sekitar Kota Baru, Kelantan dan Kuala Besut, Terengganu...


Hari pertama @ 14 Mac 2012


Seawal 5 pagi.. kami sekeluarga bergerak keluar dari rumah.. rancangannya untuk berhenti kat Gurun nanti untuk menunaikan kewajipan solat subuh... Suasana awal pagi amat sejuk dan nyaman sekali... dan lalu-lintas amat tenang.. mungkin masih ramai yang masih diulit mimpi...


Photobucket


Kurang lebih jam 6.30 pagi.. kami sampai R&R Gurun.. keadaan agak lengang.. selepas selesai tunaikan solat.. kami sempat bersarapan seketika.. sekadar melepaskan dahaga sebelum bertolak.. meneruskan perjalanan...


Cuaca amat baik sekali.. dan matahari sudah mula menampakkan diri.. 


Photobucket


Kami meneruskan perjalanan.. keluar dari Gurun.. menuju ke Sik..


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Menuju ke Baling, Kedah...


Photobucket


Photobucket


Sampai Baling.... teringat kisah Raja Bersiong... di mana orang tua-tua ada menceritakan kisah Raja Bersiong.. 


Photobucket


Photobucket


Dari Baling.. kami menuju ke Grik.. melalui jalan lama ke Pengkalan Hulu...


Photobucket


Photobucket


Indah suasana perjalanan menuju ke Grik.. yang jalannya diselimuti dengan kabus....


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Akhirnya.. kami sampai ke Grik... Bang Cik Haikal pula merungut lapar nasi lemak... hehehehe.. =)


Photobucket


Photobucket


Berhenti sekejap untuk beli nasi lemak di Grik...


Photobucket


Dan berhenti sekejap untuk isi minyak... sebelum meneruskan perjalanan mendaki Titiwangsa.. 


Photobucket


Kelihatan beberapa orang geng-geng motor berehat... terus teringatkan si Kerbau Hitam kat rumah...


Photobucket


p/s: aku rehat sekejap yer untuk isi minyak Kenariku... agar ia mampu terbang dengan selesa.. sat lagi nak berhenti kat Tasik Banding pulak.. untuk makan-makan bekalan yang disediakan isteri aku...


Bersambung...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

3 ulasan:

  1. salam.o cik pergi ke ketereh.belah mana tu.sy pun orang ketereh.

    rumag sewa sy dah jumpa.mnggu depan dah lapor diri kat HTF.tq

    roczen

    BalasPadam
  2. saya pi kat beta hulu, ketereh..

    BalasPadam
  3. Salam....dah dkt dgn rumah saya tue beta hulu.....salam rock dari bikers er6n 08;)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...