31 Mac 2012

BONUS.. BONUS..BONUS...

Assalamu'alaikum,


Kebanyakan orang mula berangan mendapat bonus ketika berada di hujung tahun... Mengharapkan majikan masing-masing menganugerahkan sedikit habuan selepas mengisytiharkan keuntungan...


Pada pandangan mata aku yang agak rabun jauh ni...staff gomen yang paling beruntung...kerana mereka dapat bermacam-macam imbuhan di hujung tahun...berbeza dengan staff swasta...yang hanya berharap majikan mendapat keuntungan yang besar dan menjaga prestasi sendiri agar sentiasa mampu berdaya saing...kalau prestasi down...jangan harap dapat bonus...dan KPI kena jaga dan tercapai...


Untuk aku...masih berharap majikan beroleh keuntungan yang besar...dan boleh merasa sedikit "isi"...bukan sekadar "kuah"...


Apa-apa pun...semua tu rezeki dari Allah Taala...mudah-mudahan dimurahkan rezeki untuk bonus ni...jika tiada bonus pun...Alhamdulillah...Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....


p/s: kawan-kawan semua dah dapat bonus ke?


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...