06 Mac 2012

BEAM ALIGNMENT TOSHIBA KXO-80G - 2

Catatan Ayah


Selasa
13 Rabiul Akhir 1433
6 Mac 2012


Assalamu'alaikum,


Baru-baru ni, aku menghadapi masalah berkaitan dengan beam alignment General X-ray Toshiba KXO-80G seperti yang telah aku hebahkan di dalam entri ni...


"Ni kena tukaq collimator baru ni..", teringat kata-kata seseorang di JPD..


"Mak ai.. takkan sampai kena tukaq collimator baru..", namun ianya hanya terdetik dalam hati aku saja.. malas nak lawan berbahas..


"Takpa.. nanti saya try adjust tengok.. insyaAllah ok nanti..", balas aku...


Selepas beberapa hari meneliti technical manual.. di pagi yang hening aku menuju ke JPD.. moga-moga semuanya berjalan lancar..


Inilah dia.. keadaan filem sebelum adjustment dilakukan...


Photobucket


Tanpa membuang masa.. aku cuba untuk membuat adjustment.. terdapat 4 skru yang kecil yang terletak di bahagian atas collimator.. tapi terlebih dahulu perlu dikeluarkan collimator dan longgarkan keempat-empat skru tadi...


Photobucket


Tapi.. kerja-kerja adjustment ni.. perlu dilakukan secara perlahan-lahan.. dan kena banyak bersabar... kerana silap sedikit.. kena ulang balik dari mula...


Setiap kali adjusment.. kena shoot imej atas filem untuk dilihat keputusannya... dan proses ni akan menggunakan filem yang banyak...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Selepas hampir... 4 jam membuat adjustment... alhamdulillah hasilnya agak memuaskan...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

1 ulasan:

  1. cik tanya skit. mesin ct dan mri dah bleh gune ke kat HTF?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...