31 Mac 2012

FTPT 2012 @ AKAD NIKAH

Catatan Ayah


Sabtu
8 Jamadil Awal 1433
31 Mac 2012


Assalamu'alaikum,


Hari Pertama @ 14 Mac 2012


Terbantut sekejap penceritaan perjalanan aku sekeluarga ke Pantai Timur ni... last sekali kami sekeluarga dah pun selamat sampai ke Kota Bahru ni.. dan selamat sampai ke chalet penginapan kami... di Kampung Kota...


@ Akad Nikah


Alhamdulillah... sebaik sampai ke chalet.. mandi.. dan tidur sekejap.. kami dah sedia untuk ke Ketereh... lebih tepat Beta Hulu... untuk majlis akad nikah anak lelaki sepupu aku.. yang akan diadakan selepas isya nanti...


Hampir jam 6 petang... kami mula menuju ke Beta Hulu... Alhamdulillah.. dengan bantuan GPS.. agak senang mencari homestay sewaan sepupu aku... di mana semua rombongan akan berkumpul sebelum ke rumah pengantin perempuan...


Perjalanan menuju ke Beta Hulu bermula....





Perjalanan agak perlahan.. kerana kesesakan jalanraya... pada pandangan mata aku yang rabun jauh ni.. kesesakan di Kota Bahru ni dah macam kat KL... mungkin sebab cuti sekolah kot... ramai pengunjung yang datang melawat ke Kelantan...










Akhirnya... perjalanan agak lancar selepas menghampiri Ketereh...










Sebaik sampai Beta Hulu.. ramai saudara-mara yang dah sampai... dan semuanya sedang membuat sedikit persediaan akhir sebelum ke majlis akad nikah nanti...


Selepas isya... masa yang dinanti-nantikan sudah tiba... masing-masing bersedia untuk bergerak ke rumah pengantin perempuan... yang letaknya kurang lebih 3 km dari homestay ni...














Secara berkonvoi... kami menuju ke destinasi.. iaitu rumah pengantin perempuan.... dan akhirnya.. selamat sampai... Alhamdulillah...


















Menunggu ketibaan Tok Imam...














Ketibaan Tok Imam...






Dan... acara akad nikah... bermula...














Sementara majlis akad nikah berlangsung... aku meninjau keadaan kat luar rumah... dan nampaknya penduduk setempat bergotong-royong.. membantu tuan rumah menjayakan kenduri yang bakal diadakan keesokan harinya...










Alhamdulillah... akad nikah berlangsung dengan sempurna...


Selesai akad nikah... apalagi.. makan ler... =)














Alhamdulillah... kenyang perut.. senang hati... terima kasih buat tuan rumah atas persediaan dan jamuan yang disediakan... dan tahniah kepada Syukur.. yang telah menjadi seorang suami.. dan tahniah kepada Abang Megat dan Kak Miah... yang telah menerima seorang menantu....


Selesai makan.. masing-masing beransur pulang ke homestay... dan kami sekeluarga terus menuju ke Wakaf Che Yeh... sebelum balik ke chalet... saja-saja meninjau keadaan Pasar Wakaf Che Yeh...


























Selepas puas berpusing-pusing... nampaknya jam dah pun menunjukkan pukul 2 pagi... anak-anak pun dah keletihan nampaknya... jadi kami pun pulang ke chalet... nampaknya.. esok malam nak kena mai lain... nak beli beberapa barang yang berkenan di hati...


Alhamdulillah... selamat sampai ke chalet...


p/s: izinkan kami berehat dulu yer... agak letih juga.. harap-harap tu.. dapat tidur yang nyenyak....


Bersambung...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

BONUS.. BONUS..BONUS...

Assalamu'alaikum,


Kebanyakan orang mula berangan mendapat bonus ketika berada di hujung tahun... Mengharapkan majikan masing-masing menganugerahkan sedikit habuan selepas mengisytiharkan keuntungan...


Pada pandangan mata aku yang agak rabun jauh ni...staff gomen yang paling beruntung...kerana mereka dapat bermacam-macam imbuhan di hujung tahun...berbeza dengan staff swasta...yang hanya berharap majikan mendapat keuntungan yang besar dan menjaga prestasi sendiri agar sentiasa mampu berdaya saing...kalau prestasi down...jangan harap dapat bonus...dan KPI kena jaga dan tercapai...


Untuk aku...masih berharap majikan beroleh keuntungan yang besar...dan boleh merasa sedikit "isi"...bukan sekadar "kuah"...


Apa-apa pun...semua tu rezeki dari Allah Taala...mudah-mudahan dimurahkan rezeki untuk bonus ni...jika tiada bonus pun...Alhamdulillah...Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....


p/s: kawan-kawan semua dah dapat bonus ke?


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

30 Mac 2012

PERSIAPAN HARI TUA

Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah...selesai satu hari training kat Public Mutual Alor Star...sebahagian dari siri latihan untuk pembangunan diri dan pengumpulan CPD point...iaitu antara syarat yang ditetapkan oleh pihak FIMM untuk memperbaharui lesen sebagai Unit Trust Consultant...


Sebagaimana aku dok pi refreshment training untuk memperbaharui lesen RPO...refreshment training untuk UTC ni juga dapat menajamkan pengetahuan dalam bidang pelaburan unit amanah....disamping dapat berkongsi pengalaman dengan otai-otai dalam bidang unit trust ni....


Alhamdulillah...sekali lagi...dapat mengingatkan aku...mengenai persiapan hari tua...selain dari ilmu dan amalan agama sebagai bekalan akhirat...wang ringgit dan harta juga perlu sebagai bekalan jasmani...tak kan nak harapkan anak-anak nak bela aku suami isteri....


Kalau nak harapkan simpanan KWSP...setakat mana yang cukup...dengan inflasi yang semakin lama semakin tinggi...


Adakah...nanti aku mesti bekerja...walaupun sudah melepasi umur pencen...? Fikir-fikirkanlah...


Bagi aku...biarlah hari tua aku dipenuhi dengan aktiviti menambahkan amalan akhirat...dan keperluan serta perbelanjaan harian....menggunakan wang simpanan...yang mana salah satu instrumen yang membuatkan wang bekerja untuk kita adalah instrumen unit saham amanah....dan Alhamdulillah...aku dah lama menggunakan kaedah ini...dan nampaknya agak memberangsangkan...


Aku menyokong kawan-kawan yang nak buat investment dalam unit trust ni...sama ada menggunakan wang cash atau menggunakan simpanan KWSP....


Kala ada sapa-sapa yang berminat dan berhajat untuk membuat pelaburan menggunakan kaedah unit saham amanah...boleh menghubungi aku untuk khidmat nasihat...kerana aku adalah salah seorang Unit Trust Consultant yang sah dan berdaftar dengan Public Mutual Berhad....


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

29 Mac 2012

HADIAH ISTIMEWA

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..sewaktu pulang ke rumah tadi..aku telah mendapat satu perkhabaran yang menggembirakan...

Lagi sekali...Kakak Dina telah mendapat keputusan peperiksaan awal tahun yang telah berlangsung sebelum cuti sekolah yang lalu....

Dan sekali lagi...Alhamdulillah..Kakak Dina telah mendapat tempat pertama dalam kelasnya....

Syabas Kakak...semoga kakak terus sukses dalam kehidupan....

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

28 Mac 2012

FTPT 2012 @ SAMPAI KOTA BAHRU

Catatan Ayah


Rabu
5 Jamadil Awal 1433
28 Mac 2012


Assalamu'alaikum,


2-3 hari ni.. sudah datang musim hujan gamaknya di Perlis.. boleh dikatakan setiap petang hujan... hinggakan kat Kangar berlaku ribut di beberapa tempat.. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari malapetaka... Amin..


Hari pertama @ 14 Mac 2012


Selepas berlegar-legar sekitar Masjid Cina.. kini tibalah masanya kami beredar ke chalet penginapan.. yang letaknya di Kota Bahru... yang telah aku tempah sebelum ni...


Sepanjang jalan menuju ke Kota Bahru.. kelihatan banyak gerai-gerai menjual limau bali...





Selain tu.. banyak tempat kelihatan gerai-gerai menjual "air tuak".. terfikir juga aku.. apa "air tuak" ni.. kalau kat sebelah utara ni.. selalunya "air tuak" ni adalah air tapai.. yang memabukkan...






Selepas bertanya... barulah aku tahu... yang "air tuak" tu sebenarnya air nira... hehehehe.... =)


Semakin hampir ke Kota Bahru... jalan semakin sesak nampaknya... dan selalu tersangkut dalam jem... dah nak jadi macam kat Kuala Lumpur pulak aku tengok...










Akhirnya... kami selamat sampai ke chalet penginapan... yang letaknya berdekatan dengan Masjid Kota, Kota Bahru...


Chalet ni milik En Wan Amiruddin.. dan aku dapat info mengenai chalet ni dari sini... Chalet ni berharga RM80 semalam.. dan berdekatan dengan Wakaf Che Yeh.. serta terletak di dalam kampung...


Keadaan chalet agak luas... dan boleh menempatkan sekeluarga sehingga 10 orang.. rasanya...


Jom layan sedikit gambiran chalet ni...






















Alhamdulillah... selamat sampai.. solat pun dah buat semasa di Masjid Cina tadi... jadi.. apalagi.. rehatkan mata dulu ler.. lagi pun malam nanti baru nak pi ke rumah pengantin perempuan... menghadiri majlis akad nikah...


p/s: izinkan aku rehatkan mata sekejap yer...


Bersambung...


"Pengalaman membentuk kematangan dan keperibadian..."


Wassalam

27 Mac 2012

FTPT 2012 @ MASJID CINA

Catatan Ayah


Selasa
4 Jamadil Awal 1433
27 Mac 2012


Assalamu'alaikum,


Hari Pertama @ 14 Mac 2012


Masih lagi di hari pertama perjalanan aku ke Kelantan.. sekarang dah pun masuk Kelantan.. dan kami sekeluarga berehat sebentar di Bukit Bunga, Kelantan..


Selepas berlegar-legar sekitar kawasan pasar Bukit Bunga ni.. dan membeli 2 biji mempelam.. yang dikatakan mempelam harum manis oleh peniaga tu.. tapi bukan mempelam harum manis pun.. mempelam biasa saja.. kami sekeluarga pun mula bersiap untuk menyambung perjalanan kami...



Uploaded with ImageShack.us


Perjalanan kami menuju ke Rantau Panjang... saja aku tak terus ke Kota Bahru.. sebaliknya ke Rantau Panjang.. kerana nak bawak famili solat kat Masjid Cina sambil melawat serta mengisi perut kat Rantau Panjang...



Uploaded with ImageShack.us




Uploaded with ImageShack.us


Selepas melalui beberapa kawasan kampung.. akhirnya kami sampai ke Rantau Panjang... dan terus menuju ke sebuah kedai makan yang terletak tak jauh dari pekan Rantau Panjang...




Uploaded with ImageShack.us



Uploaded with ImageShack.us


Sedap juga bihun sup siam kat sini.. cukup pedas, masam dan masinnya... =)


Errrkkkk.. Alhamdulillah... makan sudah.. jom kita singgah sebentar kat Masjid Cina.. menunaikan kewajipan dan melawat sekitar Masjid Cina ni...




Uploaded with ImageShack.us


Inilah kali ke-2 aku sampai ke Masjid Cina ni.. sebelum ni semasa ikut Fun Ride 2011 yang lalu...




Uploaded with ImageShack.us


Aku tak tau pulak nama sebenar masjid ni... tapi yang aku tau.. masjid ni dipanggil Masjid Cina...


@ Masjid Cina


Masjid ni.. dibina mengikut seni bina Cina.... jom kita layan serba sedikit gambiran masjid ni...


Pintu gerbang masuk ke perkarangan masjid..




Uploaded with ImageShack.us


Kawasan dalam masjid...




Uploaded with ImageShack.us




Uploaded with ImageShack.us




Uploaded with ImageShack.us




Uploaded with ImageShack.us




Uploaded with ImageShack.us




Uploaded with ImageShack.us


Izinkan kami tunaikan solat dulu... nanti kita sambung lagi perjalanan ke Kota Bahru...


Bersambung...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...