17 Februari 2012

WINTER WIND SEASON 2012

Catatan Ayah


Jumaat
24 Rabiul Awal 1433
17 Februari 2012


Assalamu'alaikum,


Teringat dulu semasa bersekolah.. dalam pelajaran ilmu alam.. yang kemudiannya ditukar nama ke geografi.. cikgu ada mengajar mengenai perihal angin.. antaranya angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya...


Dan sekarang ni.. sudah tiba musim tiupan agin timur laut.. atau dikenali di Perlis.. angin timur.. atau dengan panggilan penduduk kampung aku.. winter wind season.. hehehehe..


Musim ni.. selalunya musim kemarau panjang di Perlis... siangnya cukup panas... manakala malamnya cukup sejuk.. dengan tiupan angin yang cukup kuat...


Kat kampung aku.. sekarang ni.. kebanyakan orang dah selesai menuai padi.. jadi sawah bendang yang kering kontang amat sesuai dijadikan lapangan bermain layang-layang dan wau.. tambahan pula dengan tiupan angin kencang...


Jadi sekarang ni.. bila balik kerja... aku meluangkan masa memerhati dan melayan tengok wau-wau yang diterbangkan di awang-awangan... sebagai terapi menghilangkan kepenatan bekerja...


Jom.. layan sedikit gambiran yang dapat dikongsikan bersama di sini...


Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket


Adakah tradisi bermain wau ni akan berlanjutan di masa depan?...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

3 ulasan:

  1. Lama dah tak main layang-layang ni..

    BalasPadam
  2. patutlah saya tengok sungai di Tmn rekreasi sg Kechor nampak tohor..musim winter wind rupanya..he he...

    BalasPadam
  3. Kak Mah: seronok juga main wau ni.. beli yang murah-murah kat anak.. tapi pak yang dok main.. hehehehe...

    Kang Latep: kat Perlis orang panggil musim winter wind.. Dato Seri Shahidan Kassim beri nama ni dulu.. la ni kat bendang pun dah merekah...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...