05 Februari 2012

UTAN AJI BAKAL BERUBAH WAJAH LAGI - 3

Catatan Ayah

Ahad
12 Rabiul Awal 1433
5 Februari 2012

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah.. hari ni bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1433.. adalah hari Maulidul Rasul.. junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..

Bersama-samalah kita memperbaiki diri dan mengikut segala sunnah Nabi dalam menjalani kehidupan kita...

Hari ni.. aku nak berkongsi sedikit pengalaman dan pembangunan yang berlaku sekitar Perlis... dan secara khasnya yang berlaku di kampung aku.

Alhamdulillah.. setelah sekian lama.. akhirnya simpang tiga kat Kepala Batas Titi Chai.. telah dipasang lampu isyarat.. dan bermula hari jumaat yang lepas.. lampu isyarat mula berfungsi.

Semoga dengan adanya lampu isyarat ni.. kesesakan lalu-lintas terutama di waktu pagi dan pada hari pasar malam iaitu hari ahad dan khamis akan selesai. Orang ramai dan penduduk kampung dapat melintas jalan dengan selesa.

Semoga.. lepas ni.. pakat-pakat kita ikut peraturan lampu isyarat ni.. untuk kebaikan bersama.. jangan dok selalu langgar isyarat lampu merah.. atau mengejar lampu kuning...

Photobucket

Photobucket

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...