03 Februari 2012

ULTRASOUND SIEMENS ANTARES TAK BOLEH PRINT

Catatan Ayah

Jumaat
10 Rabiul Awal 1433
3 Februari 2012

Assalamu'alaikum,

Tika dan saat ini, aku masih di Langkawi.. menghabiskan tugasan aku.. iaitu memasang x-ray tube yang baru untuk general x-ray Philips Optimus 65 di Hospital Langkawi.

 InsyaAllah.. esok baru aku akan balik ke Kangar.. dan for info aku menginap di One Helang Hotel.. yang letaknya bersebelahan dengan Lapangan Terbang Langkawi.

Sambil-sambil dok buat pemasangan x-ray tube ni.. aku nak kongsi pengalaman mengenai masalah salah satu ultrasound di Hospital Tuanku Fauziah.. model Siemens Antares yang mempunyai masalah.. tidak boleh print image walaupun dihubungkan direct ke laser imager printer Fuji..

For info, terdapat cuma sebuah saja ultrasound Siemens Antares ni. Model ini digunakan di Jabatan  Pengimejan Diagnostik, HTF.. dan digunakan oleh Dr Sazali.. salah seorang Pakar Radiologi di HTF..

Walaupun penyambungan ke Laser Printer Fuji dilakukan secara direct, namun imej tak dapat dicetak.

Aku telah memeriksa segala penyambungan.. serta menukarkan cable baru (menggunakan cable LAN Cat 5), namun masih tak berjaya..

Lagi satu masalah.. aku tak tau dan tak dak ilmu bab-bab ultrasound ni.. main redah saja.. hehehe.. =P


Photobucket
Awai-awai lagi dah bagi amaran..

Aku telah menghubungi salah seorang staf dari syarikat pembekal ultrasound ni.. dan beliau telah memberi cara-cara untuk memeriksa dan re-install printer..

Cara-caranya...

Selepas power-on sistem, tekan butang PRESETS yang terdapat kat keyboard..

Photobucket

Kemudian buat pemilihan di skrin DICOM CONFIGURATION dengan menggerakkan bebola tetikus..

Photobucket

Pada skrin DICOM CONFIGURATION, gerakkan bebola tetikus ke bahagaian PRINTERS.

Photobucket

Kemudian select printer yang diperlukan...

InsyaAllah.. masalah akan selesai..

Timbul satu masalah kat sini.. di mana tiada senarai printer yang tersenarai kat dalam memory ultrasound ni.. nampaknya ada sesiapa yang telah reset segala maklumat dan data sebelum ini..

Bila perkara ini berlaku, installation perlu dilakukan semula.. serta perlukan IP Address.. dan masalahnya aku tidak dibekalkan dengan maklumat IP Address..

Setelah menghubungi pihak vendor.. nampaknya aku terpaksa memanggil pihak mereka untuk membuat installation semula..

p/s: semoga problem ni dapat settle dengan segera.. Dr pun dok tanya bila nak siap ni.. hehehe.. =P

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...