01 Februari 2012

SUKA-SUKA TAK DAK KERJA

Catatan Ayah

Rabu
8 Rabiul Awal 1433
1 Februari 2012

Assalamu'alaikum,

Tika dan saat entri ni ditulis, aku sedang berada di Langkawi.. diarahkan untuk menjalankan tugasan.. iaitu membuat penyelenggaraan 2 unit mobile x-ray dan c-arm serta memasang tube baru general x-ray di Hospital Langkawi.. dari 2 Februari hingga 3 Februari 2011.

Aku akan pulang pada 4 Februari 2011 nanti. Aku baru saja sampai petang tadi.. dan diberi penginapan di One Helang Hotel, Langkawi.. bersebelahan dengan Langkawi International Airport, Padang Mat Sirat..

Baru tadi.. selepas solat Maghrib tadi.. aku mendapat perkhabaran dari mak aku yang Tok Ngah baru saja meninggal dunia.. sakit tua..

Rasa-rasanya usia Tok Ngah sudah mencecah ke 90 tahun dah.. Semoga roh Tok Ngah ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah..

Photobucket

Amin.. semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah Taala.. tiada sesiapa pun yang tahu bila saatnya kita akan dijemput Allah Taala.. 

Dalam dok saja-saja kat hotel ni.. aku sempat membelek-belek gambar-gambar yang terdapat di dalam komputer aku ni.. dan terlihat beberapa keping gambar yang saja-saja aku ambil beberapa hari yang lalu.. 

Terfikir akan kekuasaan Allah.. menjadikan alam ini.. cuma kadang-kala kita sebagai hamba-Nya yang tidak menghargai ciptaan-Nya.. 

Semoga kita semua akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selama ini...

Antara gambar-gambar yang aku snap menggunakan kamera cabuk aku.. (saja-saja try ambik gambar.. syok sendiri..)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

1 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...