13 Februari 2012

PRU 13???

Catatan Ayah


Isnin
20 Rabiul Awal 1433
13 Februari 2012


Assalamu'alaikum,


Sepanjang ingatan aku.. kalau tak salah.. aku telah melalui pengalaman mengundi 3 kali dalam pilihanraya umum dan sekali dalam pilihanraya kecil...


For info, aku berada dalam kawasan pilihanraya DUN Tambun Tulang dan Parlimen Arau... Dalam pilihanraya yang lalu, antara parti politik yang bersaing dalam DUN Tambung Tulang dan Parlimen Arau adalah antara BN dan PAS... dan memang sengit setiap kali pilihanraya baik pilihanraya umum mahupun kecil...


Kebelakangan ni.. bau-bau pilihanraya umum ke-13 kerap didengar disembang di kedai-kedai kopi sekitar kampung... 


Adakah PRU13 ni akan diadakan dalam masa terdekat ni?... Sama-samalah kita tunggu...


Apa yang aku perasan.. kebelakangan ni.. banyak bendera-bendera parti politik dipacak... semacam PRU13 ni bakal berlaku tidak lama lagi...


Jom.. layan gambiran suasana sekitar antara kampung aku hingga Kangar...


Photobucket
Jalan kat kampung aku...



Photobucket
Sekitar kampung penduduk keturunan Siam...



Photobucket
Sekitar tapak pasar malam Kepala Batas Titi Chai...



Photobucket
Simpang tiga Kepala Batas Titi Chai...



Photobucket
Berhampiran jejambat Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun...



Photobucket
Simpang tiga berhadapan Pejabat Jabatan Haiwan...



Photobucket
Jalan Raja Syed Alwi berhadapan asrama UniMAP...



Photobucket
Simpang tiga berhampiran Taman Kemajuan...



Photobucket
Berhampiran Sekolah Kebangsaan Seri Perlis, Kangar...



Photobucket
Berdekatan Pasaraya Aneka...


Cuma persoalan yang sedang bermain di minda aku... tidak salah mengibarkan bendera Malaysia dan bendera Perlis di tempat-tempat awam.. malah amat digalakkan sekali... tetapi adakah dibenarkan mengibarkan bendera-bendera parti politik di tempat awam?


Apa yang aku faham.. bendera-bendera selain bendera kebangsaan dan negeri hanya dibenarkan dikibarkan di dalam premis masing-masing sahaja... dan hanya dalam masa pilihanraya dan berkempen sahaja yang dibenarkan bendera-bendera parti politik dikibarkan di tempat awam....


Jika salah pemahaman aku... aku mohon ribuan kemaafan..


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...