23 Februari 2012

PROJEK RESTORATION RXS - 1

Catatan Ayah


Khamis
1 Rabiul Akhir 1433
23 Februari 2012


Assalamu'alaikum,


Dah pun memasuki bulan Rabiul Akhir.. begitu cepat masa berlalu.. meninggalkan bulan kelahiran Junjungan Besar.. Rasulullah SAW... 


Walaupun dah meninggalkan Rabiul Awal.. jangan pula kita meninggalkan segala sunnah Rasullullah SAW.. kehidupan kita mesti sentiasa diatur berlandaskan sunnah Rasul.. InsyaAllah...


Berbalik kepada projek terbaru aku... walaupun projek CB90 masih belum selesai.. namun bagi mengisi masa lapang... aku mulakan projek ke-2 aku... iaitu untuk membuat restoration motor lama aku... Yamaha RXS...


For info, RXS ni aku beli... kalau tak silap dalam tahun 1990.. di Selangor.. second-hand.. sebagai pengangkutan ulang-alik dari rumah sewa ke kampus... semasa belajar di UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur...


Banyak kenangan aku dalam bidang motor ni bersama RXS... yang dulunya berwarna biru...


Dengan RXS nilah.. aku dimarahi oleh keluarga kerana pulang ke Perlis dari Kuala Lumpur dengan menunggang RXS seorang diri... yang memakan masa sehingga 12 jam... (waktu tu Lebuhraya PLUS masih belum lengkap lagi...)


Dengan RXS ni juga.. aku selalu ke Litar Batu 3, Shah Alam... menonton Malaysian Grand Prix setiap tahun... ronda-ronda sehingga ke timur dan selatan Semenanjung Malaysia...


Dengan RXS ni juga... aku ikut berlumba sekitar Kuala Lumpur waktu tu... (antara perkara bodoh yang aku lakukan.. kerana mengikut hati muda...)


Banyak modifikasi yang aku telah lakukan.. dari enjin hinggalah ke ekzos... hingga mampu mencabar RXZ, Raider, Panther dan Gi Pang waktu tu... tapi tak lama... akhirnya semenjak tahun 2000.. tersadai di bawah rumah... 


Banyak kenangan pahit manis bersama RXS ni... 


Selepas lebih 10 tahun tersadai... teringin pulak nak buat restoration balik... jadi inilah dia RXSku...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Selepas dibuang sawang dan debu-debu cinta... =P


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Proses pertama.. basuh dan bersih 2.0 dulu... =)


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Lepas ni.. nak kena ronda... cari-cari spare-part...


p/s: insyaAllah akan aku update progress dari masa ke semasa..


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

2 ulasan:

  1. Salam.RXS ni enjin dia hidup lagi ke tak?

    Roczen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dok try start tak mau hidup.. banyak nak kena buat ni.. tapi takpa.. pelan-pelan..

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...