10 Februari 2012

PROJEK RESTORATION CB90 - 2

Catatan Ayah


Jumaat
17 Rabiul Awal 1433
10 Februari 2012


Assalamu'alaikum,


Si Tua Biru dah pun dikeluarkan dari stor. Debu-debu dan sawang serta sarang labah-labah telah pun dibuang. Kini tibalah masanya untuk dibasuh.


Dengan berbekalkan minyak diesel, aku telah menyembur kesan-kesan minyak di sekeliling Si Tua Biru ni. Dengan harapan.. kesan-kesan minyak dapat dibuang.


Selepas menyembur dengan menggunakan minyak diesel.. aku mula bilas dengan air dan kemudiannya basuh dengan sabun Dynamo.. 


Sebelum dibasuh...


Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket


Selepas disental dan dibasuh...


Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket


Aku cuba isi angin ke dalam tayar... Alhamdulillah.. tayar masih elok.. cuma rimnya perlu ditukar kerana dah berkarat agak teruk..


Kemudian... aku cuba buka skru kat bawah untuk buang minyak hitam yang lama.. Alhamdulillah.. agak senang dibuka.. jadi minyak lama dapat dibuang.. nampaknya taklah likat.. senang meleleh keluar...


Photobucket



Photobucket


Sementara dok tunggu minyak hitam habis keluar.. aku buka pula spark plug.. Alhamdulillah.. senang dibuka...


Photobucket



Photobucket


Selepas buka spark plug.. aku cuba bersihkannya... dan cuba check sama ada masih ada 'api' atau tidak... ternyata spark plug ni sudah tak boleh digunakan lagi...


Aku ambil spark plug Wave aku... kot-kot boleh guna.. ternyata tak sama.. dan tak boleh digunakan.. Spark plug Si Tua Biru agak besar threadnya berbanding spark plug Wave.. rasa-rasanya spark plug Si Tua Biru ni sama besar dengan spark plug yang digunakan kat mesin rumput aku.. nanti nak kena try tengok... 


Lepas cuci dan test spark plug.. aku pasang balik spark plug tu.. Sebelum tu aku check tengok sama ada masih ada combustion.. atau dengan kata lain.. piston masih berfungsi atau tidak.. Alhamdulillah masih ada tekanan angin yang keluar bila engko stater ditendang...


Selesai pasang balik spark plug.. aku cuci pula kotoran degil yang masih berada di bawah enjin...


Photobucket



Photobucket


Selesai cuci serba sedikit kotoran.. kini tibalah untuk masukkan minyak enjin yang baru...


Photobucket


Tibalah masanya untuk check bateri pulak...


Photobucket



Photobucket


Nampaknya.. Si Tua Biru ni menggunakan bateri 6V.. dan sudah barang tentu bateri ni dah rosak... nak kena cari bateri baru ni...


Try check tengok pula tangki petrol... Alamak.. sekali tak boleh buka la pulak...


Jenuh juga mengompilnya.. Nak force kuat-kuat.. bimbang patah pulak kunci penutup tangki ni.. jadi kenalah semburkan WD40...


Tapi masih juga tak boleh dibuka... Apalagi.. kena guna screw driver la jawabnya... adjust sikit-sikit... Alhamdulillah.. lama-lama berjaya juga aku membuka penutup ni...


Photobucket



Photobucket


Lepas ni.. nak kena usahakan dulu agar penutup ni berfungsi dengan elok.. dapat dibuka menggunakan kuncinya.. beli spark plug dan bateri baru... 


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...