08 Februari 2012

OUTSTATION KE LANGKAWI

Catatan Ayah

Selasa
14 Rabiul Awal 1433
7 Februari 2012


Assalamu'alaikum,


Untuk pertama kali dalam 2012, aku menjalankan tugasan di Hospital Langkawi. Kali terakhir.. kalau tak salah ingatan dalam bulan Oktober 2011 yang lepas.


Kali ni tugasan yang aku lakukan adalah membuat penyelenggaraan untuk C-Arm Philips BV 25, Mobile x-ray Shimadzu MUX-100 dan menukar x-ray tube General X-ray Philips Optimus 65.


Semua tugasan di atas hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). For info, semua kerja-kerja bersangkutan dengan sinaran x-ray perlu mendapat kelulusan dari LPTA dan tertakluk kepada Akta 304.


Perancangan aku, penyelenggaraan untuk C-Arm Philips BV 25 dan Mobile X-ray Shimadzu MUX-100 akan dilakukan pada 2 Februari 2012 dan kerja-kerja penukaran x-ray tube General X-ray Philips Optimus 65 akan dilakukan pada 3 Februari 2012.


Jadi aku telah ke Langkawi pada 1 Februari 2012 petang dan akan pulang pada 4 Februari 2012 sebelah paginya.


Alhamdulillah, perjalanan aku ke Langkawi pada 1 Februari 2012 yang lepas berjalan lancar. Risau juga awalnya.. kot-kot ramai orang sebab minggu tu akan bertemu dengan cuti yang agak panjang. 


Seperti biasa aku ditempatkan di Hotel One Helang di Padang Mat Sirat.. bersebelahan dengan Lapangan Terbang Langkawi.


Photobucket

Bahagian depan Hotel One Helang

Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket


Hari pertama



Seawal jam 9 pagi 2 Februari 2012 aku sampai ke Hospital Langkawi. Mengikut perancangan, aku mulakan tugasan dengan membuat penyelenggaraan C-Arm Philips BV 25 dahulu.


Photobucket



Photobucket


Sebelah petangnya, aku buat pula penyelenggaraan Mobile X-ray Shimadzu MUX-100.


Photobucket



Photobucket
CR yang digunakan...


Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket


Terima kasih kepada Syed Faridzul dan Basri kerana membantu menyiapkan tugasan.


Sebelah petang hujan pula kat Langkawi ni. Alhamdulillah sebelah malam hujan agak reda dan hanya rintik-rintik  sahaja. Disebabkan perut lapar, aku gagahkan juga berjalan ke kedai makan yang jaraknya hampir satu km dari hotel. Tapi mahal rasanya harga makanan di kedai tu. Nasi goreng pattaya, sup campur dan nescafe tarik berharga RM12. Kalau kat Perlis, tak habis RM10 dan selalunya dalam linkungan RM8 sahaja.


Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket


Hari ke 2


Selepas bersarapan, aku terus ke hospital bagi melaksanakan tugasan terakhir iaitu menukarkan x-ray tube General X-ray Philips Optimus 65.


Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket


Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.. cuma tunggu pihak Philips untuk membuat proses adaptation dan calibration.


Agak awal siap tugasan dan agak awal juga aku balik semula ke hotel. Jadi aku ambil peluang untuk keluar makan sebelum malam menjelma. Bimbang kalau-kalau hujan di malam hari.


Photobucket



Photobucket



Photobucket


Kali ni, aku ke kedai yang lain pula. Malangnya, kedai tu tak ada masakan goreng-goreng. Jadi aku minum saja nescafe tarik. Tapi.. minuman yang aku minta tu.. manis tak sangga. Dah rasa macam minum susu krim sahaja, langsung tak rasa nescafe. Jadi selepas 2 hirupan, aku tinggalkan kedai tu dan menuju ke Marry Brown di dalam Lapangan Terbang Langkawi untuk membeli juadah makan malam nanti...


Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket


Hari ke 3


Seawal jam 9 pagi, aku keluar dari hotel menuju ke Jeti Kuah untuk balik ke Perlis. Tu dia.... ramainya orang kat jeti. Baik yang baru sampai ke Langkawi mahupun yang hendak ke tanah besar. Aku dapat tiket jam 10 pagi, tetapi feri belayar jam hampir 11 pagi.


Photobucket



Photobucket



Photobucket


Hampir pukul 12 tengahari aku sampai Kuala Perlis. Kat Kuala Perlis, ramai sungguh orang yang nak ke Langkawi. Nasib baik masa aku nak ke Langkawi... orang tak ramai. Inilah satu-satunya perkara yang kadang-kadang malas nak ke Langkawi.. sebab ramai sangat orang yang nak bercuti kat sana....


Photobucket



Photobucket


Apa-apa hal pun.. Alhamdulillah... semua tugasan aku selesai dan terima kasih kepada Syed Faridzul dan Basri yang banyak membantu aku dalam menjalankan tugasan. InsyaAllah... dalam sebulan dua lagi.. mungkin aku akan ke sana lagi...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

4 ulasan:

  1. 5 hb sy ke langkawi..masa pergi arau tercari-cari juga trafik light duutan aji..ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kang bawak famili jalan-jalan ke Langkawi ke?

      Padam
  2. lama doh aku tak ke langkawi.. rindu pulak nak ke sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau hang nak pi Langkawi, hang jangan pi waktu cuti sekolah (peak time).. orang banyak sangat.. susah nak naik feri nanti.. lagi pun segala-galanya mahal time tu..

      Dan kalau hang nak ke Langkawi, kereta boleh simpan kat rumah aku.. kalau simpan kat Kuala Perlis tu.. paham-paham saja ler.. dah la mahal.. kereta pun belum tentu terjaga.. kadang-kadang tu depa letak kat tepi jalan saja.. asal kata letak tempat berbumbung...

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...