26 Februari 2012

CEPAT MASA BERLALU

Catatan Ayah


Ahad
4 Rabiul Akhir 1433
26 Februari 2012


Assalamu'alaikum,


Begitu cepat masa berlalu.. sedar tak sedar.. 


Masuk tahun ni.. dah 24 tahun aku memegang lesen memandu.. yang bermula dari lesen motor B2.. dan D.. dan kemudiannya upgrade dari B2 ke B...


Ingat lagi.. dulu aku ambil lesen tahun 1988 ketika berada dalam tingkatan 4..  ketika berusia 16 tahun.. 


Motor ayah akulah yang jadi mangsa percubaan menunggang motor.. Ketika itu, JPJ Perlis masih di tempat lama.. iaitu terletak bersebelahan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Perlis.. Sekarang JPJ Perlis sudah berpindah ke Jejawi...


Ketika itu masih tiada lagi kelas belajar teori.. cuma daftar (selepas daftar, pihak JPJ akan beri sekeping kertas yang mempunyai lambang-lambang di jalan untuk dihafal), dapatkan lesen L (ketika itu lesen L berbentuk sekeping kertas sahaja..) terus boleh bawa motor.. Ketika daftar untuk ujian.. pihak JPJ akan test buta warna.. bila lulus ujian buta warna.. terus boleh buat ujian bertulis... yang soalannya berkaitan dengan lambang-lambang yang terdapat sekitar jalan raya..


Selepas lulus ujian bertulis.. terus boleh daftar dengan sekolah memandu..


Ketika itu.. tempat belajar memandu motor hanya di perkarangan Stadium Dato Sheikh Ahmad saja.. sekarang ni stadium ni dah tak dak.. dah jadi Dataran Dato Sheikh Ahmad..


Dengan menggunakan motor Suzuki RC80.. aku diajar membrek kecemasan dan buat nombor 8 sahaja.. mengelilingi 2 kon..


Alhamdulillah.. dengan sekali ujian.. aku lulus dan boleh menunggang motor secara sah.. tapi waktu tiada lagi pelekat P..


Dan motor tunggangan aku waktu tu.. motor ayah aku Honda CB90 dan motor Mak Cik aku.. Suzuki FR80.. Selain tu.. aku juga tumpang menggunakan motor Mak Cik aku.. Yamaha 100 Sport.. selepas Suzuki FR80 rosak teruk akibat kemalangan yang membabitkan ayah dan adik aku.. dilanggar van dari belakang ketika ayah aku menghantar adik ke tuisyen...


Tahun 1990.. ketika belajar di UTM, Jalan Semarak.. aku telah membeli RXS.. dengan duit pinjaman MARA.. sebagai pengangkutan dari rumah sewa ke kampus... Banyak kenangan bersama RXS ni.. dan banyak juga tempat aku pergi dengan RXS ni.. malahan setiap kali cuti semester dan cuti raya.. aku pulang ke kampung dengan menunggang RXS ni.. 


Selepas tamat pengajian.. aku mendapat kerja di Sungai Petani.. masih lagi aku guna RXS ni.. Selama 5 tahun di Sungai Petani.. menggunakan RXS ni.. aku dapat pula kerja kat Kangar.. masih lagi guna RXS ni.. hinggalah tahun 2005.. aku beli Honda Wave 100..


Honda Wave 100 ni aku gunakan sebagai motor belasahan sehingga sekarang.. ulang-alik kerja.. ulang-alik ke masjid.. isteri tunggang ke pasar.. dan kadang-kala aku bawa untuk ambil anak kat sekolah...


Pada masa yang sama.. aku beli Kerbau Hitam ER6n ni sebagai tunggangan jarak jauh.. sama ada berjalan-jalan atau out-station...


Photobucket


CB90 dan RXS dah lama tersadai.. dan sekarang ni.. proses restoration sedang aku usahakan sedikit demi sedikit... bila nak siap tak tahulah.. sekadar menghabiskan masa lapang...


Adakah motor-motor yang dok parking kat rumah ni akan berkekalan...? Adakah minat aku kat motor ni akan tertumpah kat anak-anak..? tak tahulah...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

5 ulasan:

  1. banyak sungguh motor kat rumah cik.memang peminat tegar ni hehe.kirenye dulu lepas test terus lesen kompeten la kan?

    Roczen

    BalasPadam
    Balasan
    1. taklah tegar mana pun.. cuma minat biasa saja.. sayang kat motor-motor ni.. banyak cerita kenangan pahit manis disetiap motor ni..

      dulu jpj mudah saja.. la ni saja yang depa buat susah...

      Padam
  2. pergh..byk koleksi motor hang hasmizal..ber roadtax tak tu..? ha ha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. heh... heh.. heh..

      Yang 2 tu.. nak kena masuk puspakom balik tu kalau nak peridup roadtax...

      Padam
  3. smpi tahun 2004 lu pakai RXS?? gua tabik lu bro..lu mmg steady

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...