26 Februari 2012

CEPAT MASA BERLALU

Catatan Ayah


Ahad
4 Rabiul Akhir 1433
26 Februari 2012


Assalamu'alaikum,


Begitu cepat masa berlalu.. sedar tak sedar.. 


Masuk tahun ni.. dah 24 tahun aku memegang lesen memandu.. yang bermula dari lesen motor B2.. dan D.. dan kemudiannya upgrade dari B2 ke B...


Ingat lagi.. dulu aku ambil lesen tahun 1988 ketika berada dalam tingkatan 4..  ketika berusia 16 tahun.. 


Motor ayah akulah yang jadi mangsa percubaan menunggang motor.. Ketika itu, JPJ Perlis masih di tempat lama.. iaitu terletak bersebelahan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Perlis.. Sekarang JPJ Perlis sudah berpindah ke Jejawi...


Ketika itu masih tiada lagi kelas belajar teori.. cuma daftar (selepas daftar, pihak JPJ akan beri sekeping kertas yang mempunyai lambang-lambang di jalan untuk dihafal), dapatkan lesen L (ketika itu lesen L berbentuk sekeping kertas sahaja..) terus boleh bawa motor.. Ketika daftar untuk ujian.. pihak JPJ akan test buta warna.. bila lulus ujian buta warna.. terus boleh buat ujian bertulis... yang soalannya berkaitan dengan lambang-lambang yang terdapat sekitar jalan raya..


Selepas lulus ujian bertulis.. terus boleh daftar dengan sekolah memandu..


Ketika itu.. tempat belajar memandu motor hanya di perkarangan Stadium Dato Sheikh Ahmad saja.. sekarang ni stadium ni dah tak dak.. dah jadi Dataran Dato Sheikh Ahmad..


Dengan menggunakan motor Suzuki RC80.. aku diajar membrek kecemasan dan buat nombor 8 sahaja.. mengelilingi 2 kon..


Alhamdulillah.. dengan sekali ujian.. aku lulus dan boleh menunggang motor secara sah.. tapi waktu tiada lagi pelekat P..


Dan motor tunggangan aku waktu tu.. motor ayah aku Honda CB90 dan motor Mak Cik aku.. Suzuki FR80.. Selain tu.. aku juga tumpang menggunakan motor Mak Cik aku.. Yamaha 100 Sport.. selepas Suzuki FR80 rosak teruk akibat kemalangan yang membabitkan ayah dan adik aku.. dilanggar van dari belakang ketika ayah aku menghantar adik ke tuisyen...


Tahun 1990.. ketika belajar di UTM, Jalan Semarak.. aku telah membeli RXS.. dengan duit pinjaman MARA.. sebagai pengangkutan dari rumah sewa ke kampus... Banyak kenangan bersama RXS ni.. dan banyak juga tempat aku pergi dengan RXS ni.. malahan setiap kali cuti semester dan cuti raya.. aku pulang ke kampung dengan menunggang RXS ni.. 


Selepas tamat pengajian.. aku mendapat kerja di Sungai Petani.. masih lagi aku guna RXS ni.. Selama 5 tahun di Sungai Petani.. menggunakan RXS ni.. aku dapat pula kerja kat Kangar.. masih lagi guna RXS ni.. hinggalah tahun 2005.. aku beli Honda Wave 100..


Honda Wave 100 ni aku gunakan sebagai motor belasahan sehingga sekarang.. ulang-alik kerja.. ulang-alik ke masjid.. isteri tunggang ke pasar.. dan kadang-kala aku bawa untuk ambil anak kat sekolah...


Pada masa yang sama.. aku beli Kerbau Hitam ER6n ni sebagai tunggangan jarak jauh.. sama ada berjalan-jalan atau out-station...


Photobucket


CB90 dan RXS dah lama tersadai.. dan sekarang ni.. proses restoration sedang aku usahakan sedikit demi sedikit... bila nak siap tak tahulah.. sekadar menghabiskan masa lapang...


Adakah motor-motor yang dok parking kat rumah ni akan berkekalan...? Adakah minat aku kat motor ni akan tertumpah kat anak-anak..? tak tahulah...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

24 Februari 2012

SOLO RIDE #31

Catatan Ayah


Jumaat
2 Rabiul Akhir 1433
24 Februari 2012


Assalamu'alaikum,


Lagi sekali.. aku mendapat tugasan tergempar.. menggantikan Mie Korea yang tak sihat... untuk witness proses Testing & Commisioning (T&C) CT Scan yang baru dipasang di Hospital Kulim...


Seperti biasa.... sekali lagi Solo Ride #31 berlangsung... menuju ke Hospital Kulim...


Agak lewat aku ke Kulim... kurang lebih pukul 9 pagi aku bertolak dari office... Alhamdulillah.. cuaca amat baik sekali.. dan jalan agak lapang...



T&C CT Scan di Kulim
Berhenti sekejap kat tepi lebuhraya.. dok tak dok.. rasa mengantuk pula...


T&C CT Scan di Kulim
Suasana pagi di tepi lebuhraya...


Selepas berehat sekejap kat tepi lebuhraya.. aku terus shoot ke Kulim...


T&C CT Scan di Kulim
Berhenti sekejap sebelum masuk ke kawasan Hospital Kulim...


Hampir pukul 11 pagi aku sampai Hospital Kulim... singgah sekejap kat office Kulim.. terus ke Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Kulim...


For info, Hospital Kulim telah mendapat sebuah mesin CT Scan dari model Siemens Somaton Emotion.. 16 slices... 


Program ni diatur oleh pihak Kejuruteraan KKM.. membuat pemeriksaan bersama dengan pihak Siemens.. untuk memastikan peralatan berfungsi dengan elok sebelum diserahkan kepada pihak Hospital Kulim...


Antara yang turut serta adalah Dr Ir Tuan Syed Mustafa...


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim
Inilah dia rupa x-ray tube untuk CT Scan..


T&C CT Scan di Kulim
Dr Ir Tuan Syed Mustafa..


T&C CT Scan di Kulim
Ramai yang berminat... hehehe...


T&C CT Scan di Kulim
Selain dari CT Scan.. dapat juga patient monitor dan defibrillator...


T&C CT Scan di Kulim
TV LED pun dapat...


T&C CT Scan di Kulim
Defibrillator..


T&C CT Scan di Kulim
Patient Monitor..


CT Scan ni sambung terus ke Laser Imager Kodak Dryview 6850...


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


Selesai aturcara.. terus aku pulang ke Perlis.. walaupun hujan nampaknya mula turun kat Kulim ni... tak sangka pulak hari akan hujan... sebab kat Perlis dah berhari-hari tak hujan...


Bila menunggang dalam hujan ni.. mula mata naik mengantuk... apa-apa hal berhenti sekejap kat tepi jalan dulu.. Alhamdulillah.. hujan pun dah mula berhenti...


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


Bila mata dah segar kembali.. terus aku shoot balik.. Alhamdulillah.. cuaca amat cerah dari Sungai Petani hingga Perlis.. 


T&C CT Scan di Kulim
Berhenti basahkan tekak kat Tol Hutan Kampung..


T&C CT Scan di Kulim


T&C CT Scan di Kulim


Alhamdulillah.. selamat sampai rumah...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

23 Februari 2012

PROJEK RESTORATION RXS - 1

Catatan Ayah


Khamis
1 Rabiul Akhir 1433
23 Februari 2012


Assalamu'alaikum,


Dah pun memasuki bulan Rabiul Akhir.. begitu cepat masa berlalu.. meninggalkan bulan kelahiran Junjungan Besar.. Rasulullah SAW... 


Walaupun dah meninggalkan Rabiul Awal.. jangan pula kita meninggalkan segala sunnah Rasullullah SAW.. kehidupan kita mesti sentiasa diatur berlandaskan sunnah Rasul.. InsyaAllah...


Berbalik kepada projek terbaru aku... walaupun projek CB90 masih belum selesai.. namun bagi mengisi masa lapang... aku mulakan projek ke-2 aku... iaitu untuk membuat restoration motor lama aku... Yamaha RXS...


For info, RXS ni aku beli... kalau tak silap dalam tahun 1990.. di Selangor.. second-hand.. sebagai pengangkutan ulang-alik dari rumah sewa ke kampus... semasa belajar di UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur...


Banyak kenangan aku dalam bidang motor ni bersama RXS... yang dulunya berwarna biru...


Dengan RXS nilah.. aku dimarahi oleh keluarga kerana pulang ke Perlis dari Kuala Lumpur dengan menunggang RXS seorang diri... yang memakan masa sehingga 12 jam... (waktu tu Lebuhraya PLUS masih belum lengkap lagi...)


Dengan RXS ni juga.. aku selalu ke Litar Batu 3, Shah Alam... menonton Malaysian Grand Prix setiap tahun... ronda-ronda sehingga ke timur dan selatan Semenanjung Malaysia...


Dengan RXS ni juga... aku ikut berlumba sekitar Kuala Lumpur waktu tu... (antara perkara bodoh yang aku lakukan.. kerana mengikut hati muda...)


Banyak modifikasi yang aku telah lakukan.. dari enjin hinggalah ke ekzos... hingga mampu mencabar RXZ, Raider, Panther dan Gi Pang waktu tu... tapi tak lama... akhirnya semenjak tahun 2000.. tersadai di bawah rumah... 


Banyak kenangan pahit manis bersama RXS ni... 


Selepas lebih 10 tahun tersadai... teringin pulak nak buat restoration balik... jadi inilah dia RXSku...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Selepas dibuang sawang dan debu-debu cinta... =P


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Proses pertama.. basuh dan bersih 2.0 dulu... =)


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Lepas ni.. nak kena ronda... cari-cari spare-part...


p/s: insyaAllah akan aku update progress dari masa ke semasa..


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam

22 Februari 2012

JALAN-JALAN KE PADANG BESAR

Catatan Ayah


Selasa
28 Rabiul Awal 1433
21 Februari 2012


Assalamu'alaikum,


Lama dah rasanya tak berjalan-jalan ke Padang Besar... Macam mana la rupanya sekarang ni.. Mesti ada orang kata.. dok saja kat Perlis.. tapi Padang Besar pun tak pernah sampai... hahaha.. aku bukannya tak pernah sampai... cuma jarang-jarang ke sana.. sebab tak dak apa yang nak dibuat.. kalau nak membeli belah.. baik beli saja kat Kangar.. lagi murah dari Padang Besar..


Padang Besar ni nama saja pekan dekat sempadan.. dan diceritakan barangannya murah.. tapi setakat aku dok tengok... kat Kangar lagi murah...


Kalau nak betul-betul murah.. baik ke Wang Kelian... 


Padang Besar.. sekarang ni dah tak macam dulu... Kalau dulu memang aku akui yang barangannya memang murah... hinggakan ada kawan-kawan aku pernah beli barangan kat sini dan dihantar ke Kuala Lumpur untuk dijual kembali... dan keuntungannya berlipat kali ganda... tapi sekarang ni.. barangannya agak mahal... mungkin sebab ramai pengunjung yang datang... jadi barangan pun jadi mahal...


Masih lagi aku ingat... dulu-dulu bila membeli belah kat Padang Besar... siap boleh tawar menawar sehingga 50%~70%... tapi sekarang.. payah nak dapat.. nak dapat 10%~30% diskaun pun payah nak dapat...


Hari ahad yang lepas.. selepas mengambil Kakak Dina di Pusat Khidmat Guru Simpang Empat... yang belajar di kelas tambahan setiap sabtu dan ahad.. kami sekeluarga terus menuju ke Padang Besar... saja-saja nak meninjau dan melihat perkembangan terkini Padang Besar...


Kurang lebih pukul 12.30 tengahari kami sampai Padang Besar...


Photobucket


Seperti biasa... ramai pengunjung yang datang...


Jom layan sedikit gambiran sekitar Padang Besar....


Photobucket
Perencah tomyam... original dari Thailand...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Jalan-jalan Padang Besar


Jalan-jalan Padang Besar
Sebarisan baju-baju motor...


Jalan-jalan Padang Besar
Baju-baju metal...


Jalan-jalan Padang Besar
T-shirt G-Lock.. yang agak terkenal kebelakangan ni...


Jalan-jalan Padang Besar


Jalan-jalan Padang Besar


Jalan-jalan Padang Besar
Pedang samurai pun ada la ni...


Jalan-jalan Padang Besar
Jenama yang terkenal yang dijual di Padang Besar dari dulu sampai sekarang... dan semakin mahal...


Jalan-jalan Padang Besar
Tak lupa.. antara benda yang aku akan beli di Padang Besar... beras pulut susu... balik tanak.. makan dengan mempelam... marbeles..


Letih berlegar-legar keliling kawasan niaga.. kami sekeluarga balik.. sebelum tu singgah makan sat kat Pauh...


Aku rekemen makan kat sini.. sedap masakannya... terutama sup tulang... InsyaAllah.. nanti aku buat satu entry untuk kedai makan ni....


p/s: kat sini.. aku nak ucapkan selamat pergi dan balik kepada GTTSBK yang akan ride ke Krabi dari 10 Mac 2012 hingga 13 Mac 2012... Semoga semua peserta bergembira dan selamat semuanya... Safe ride...


"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...