07 Januari 2012

UTAN AJI BAKAL BERUBAH WAJAH LAGI - 2

Catatan Ayah

Sabtu
13 Safar 1433
7 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, nampaknya semakin menampakkan beberapa perubahan sekitar kampung aku merangkap tempat tinggal aku.

Utan Aji bakal berubah lagi di tahun 2012 ni. Disamping kawasan perumahan dan perniagaan yang giat dibangunkan berhadapan dengan kedai Nyonya, kini di simpang tiga Kepala Batas Titi Chai juga sedang disiapkan dan akan dilengkapi dengan lampu isyarat.

Semoga dengan adanya lampu isyarat nanti, masalah kesesakan semasa waktu pagi dan semasa hari pasar malam pada hari khamis dan ahad akan selesai.

Cuma bagi yang turun dari Lebuhraya Changlon-Kuala Perlis, mereka sudah tidak boleh menyeberang jalan lagi kerana telah diletakkan pembahagi jalan konkrit sekarang ni.

Selain dari persiapan meletakkan lampu isyarat kat simpang tiga ni, pembahagi jalan kat depan Pejabat Kesihatan Negeri Perlis yang baru dibuka beberapa bulan yang lepas telah dibuka dan sudah boleh u-turn kat situ.

For info, Pejabat Kesihatan Negeri Perlis tu dibuka dengan memindahkan beberapa section dari Pejabat Kesihatan Negeri kat Bangunan Persekutuan, tingkat 8.

Setiap perkara ada pro dan kontra. Bila telah dibuat u-turn kat depan Pejabat Kesihatan, kat depan Taman Sentua pula telah ditutup, jadi akan jadi masalah kepada pekerja TNB dan penduduk flat TNB serta penduduk sekitar apabila hendak ke Kangar. Mereka terpaksa kedepan sikit untuk buat u-turn depan Pejabat Kesihatan.

Jadi.. kenalah give and take...

Sedikit gambiran sekitar pembinaan untuk perkongsian bersama...

Pejabat Kesihatan Negeri Perlis yang baru dibuka..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pembahagi jalan yang baru dibina di Kepala Batas Titi Chai...

Photobucket
kereta yang datang dari Lebuhraya Changlon-Kuala Perlis dah tak boleh menyeberang jalan kecuali membuat u-turn

Photobucket

Photobucket

Photobucket
kena buat u-turn kalau nak ke Kangar

Photobucket
dari arah kampung aku akan dipasang lampu isyarat dan dibuat pembahagi jalan

Photobucket
pembahagi jalan dibuat depan Caltex

Pembahagi jalan depan Klinik Kesihatan dibuka untuk u-turn...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kat depan JKR pun akan dipasang lampu isyarat...

Photobucket

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...