14 Januari 2012

TAYAR BELAKANG DAN RANTAI ER6n 36232KM

Catatan Ayah

Jumaat
19 Safar 1433
13 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

Inilah solo ride yang pertama yang aku lakukan pada tahun 2012 ni... dan adalah solo ride #29 aku...

Dua tujuan solo ride aku kali ni.. iaitu melaksanakan tugasan rasmi aku di Hospital Kulim dan sekali harung.. untuk menukar tayar belakang dan rantai Kerbau Hitam aku.

For info, tugasan aku kat Hospital Kulim kali ni untuk membuat servicing C-Arm Philips BV Libra..

Perjalanan aku bermula seawal 8.15 pagi.. dengan cuaca yang agak baik dan sejuk.. tambahan pula sekarang ni kat Perlis tengah musim angin timur.. bak kata orang.. winter wind.. =)

Perjalanan agak lancar.. cuma bila sampai Sungai Petani, cuaca mula berubah dan mula hujan.. Namun aku teruskan juga tunggangan aku dalam hujan hinggalah sampai Kulim..

Photobucket
Berhenti sekejap kat tepi jalan selepas menempuh hujan yang agak lebat dari Sungai Petani..

Alhamdulillah.. semua tugasan kat Hospital Kulim berjalan lancar tanpa sebarang masalah berbangkit..

Memandangkan dah sampai Kulim, aku bercadang untuk singgah di Mega Fortune Sungai Petani untuk tukar tayar belakang Kerbau Hitam..

Selepas selesai tugasan.. aku terus bergerak menuju ke Mega Fortune Sungai Petani.. Cuaca masih lagi hujan renyai-renyai. Hampir setengah jam menunggang.. akhirnya aku sampai ke Mega Fortune Sungai Petani..

Photobucket
Jarak yang aku telah tempuhi selama ni.. sejauh 36,232km

Odometer aku menunjukkan 36,232km.. ini aku jadikan panduan untuk melihat tayar baru nanti boleh digunakan sejauh mana..

Kali terakhir aku tukar tayar belakang Kerbau Hitam adalah pada 14 Ogos 2010.. Masa tu aku tukarkan dari BT016 kepada BT021..

Photobucket
keadaan tayar Kerbau Hitam sebelum ditukar..

Selepas setahun dan menempuh perjalanan yang agak jauh tahun lepas antaranya Kangar-Johor Bahru, Kangar-Kuala Besut, Kangar-Satun, Thailand dan beberapa kali ulang-alik Kangar-Kuala Lumpur.. akhirnya ianya perlu ditukar..

Photobucket
sebelum penukaran..

Kali ni aku tukar ke BT023 pula. Menurut ketua mekanik Mega Fortune, tayar BT023 ni lebih baik performancenya berbanding BT021 dan Pilot 2 Plus..

Photobucket
Bridgestone Battlax BT023

Alhamdulillah, siap pemasangan tayar selepas dibuat balancing. For info, balancing kat Mega Fortune menggunakan mesin seperti kat kedai tayar kereta.. tapi kat Bikers Gallery, Alor Star menggunakan kaedah manual..

Selepas siap dibuat pemasangan tayar kat rim.. kini tibalah masa untuk membuat penukaran rantai pula..

Photobucket
rantai lama yang dah keras..

Kali terakhir aku tukar rantai Kerbau Hitam pada 4 November 2010..

Bila dah tukar rantai, mesti tukar sprocket sekali.. Dulu aku tukar sprocket depan sahaja, tapi kali ni aku tukar sprocket depan dan belakang..

Photobucket
keadaan sprocket belakang yang lama..

Photobucket
sprocket depan sebelum dibuka..

Photobucket
sprocket belakang siap dipasang..

Photobucket
sprocket depan yang lama..

Photobucket
sprocket depan siap dipasang..

Photobucket
siap pemasangan tayar, sprocket depan & belakang dan rantai baru..

Akhirnya.. siap semua pemasangan.. dan untuk rekod.. kosnya adalah.. 
  • Bridgestone Battlax BT023 160/60-Z17 - RM680
  • ER650 15T Front Sprocket  - RM119.70
  • ER650 46T Rear Sprocket  - RM221.40
  • DID X-Ring VX2 520 - RM354.00

Cuaca kat luar sudah hujan lebat. Nampaknya.. aku perlu redah hujan lagi. Sementara dok tunggu hujan reda sikit.. aku round-round sekitar showroom Mega Fortune, layan mata melihat motor-motor yang ada kat situ..

Terus mata aku terpaku kat salah sebuah motor idaman kalbu... iaitu Z1000 naked. Siap dengan warna oren lagi. Terus aku mencuba. Nampaknya Z1000 ni agak rendah juga seperti ER6n, dan kaki aku boleh cecah ke tanah walaupun hanya hujung riding shoes aku.. Dan yang paling best, ianya agak ringan.. lebih kurang berat Kerbau Hitam aku saja..

OOOooooppppsssss.... jangan layan sangat.. nanti tak boleh tidur lena pulak.. layan dulu Kerbau Hitam aku ni...

Bila hujan dah agak reda, aku mulakan tunggangan balik ke Perlis... namun begitu, sampai saja Gurun.. hujan turun dengan lebatnya.. hinggalah Perlis..

Photobucket
berhenti sekejap di Kepala Batas, Jitra..

Alhamdulillah, hampir 8.30 malam aku sampai rumah..

p/s: nampaknya.. Kerbau Hitam aku dah ready untuk ke Pak Bara minggu depan...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan.."

Wassalam

16 ulasan:

  1. wah solo ride pertama tahun 2012, ermmm banyak tukar barang tu.. mesti duit bonus berkepok2.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. persediaan untuk ke siam pulak minggu depan.. hehehehe.. =)

      Padam
  2. salam..bt021 tu tahan berapa km? bt023 ni agak2 berapa km boleh sampai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Tanpa Nama,

      BT021 dulu saya guna.. kalau tak salah saya hampir 15,000 km.. cuma BT023 ni tak tahu lagi sebab baru tukar.. kita tunggu dan lihat nanti.. akan saya update.. insyaAllah..

      Padam
  3. Salam,

    Apa saiz yang sesuai untuk sprocket belakang?
    Selalu laa masuk Siam, dekat dari sana kan?

    BalasPadam
  4. Salam..

    Saya pakai sprocket standard saja.. Tak selalu pun pi Siam.. kadang-kadang saja.. bila free..

    BalasPadam
  5. salam perlis tang mana saya slalu jer p perlis.. maklum la orang umah orang perlis... dah slalu pi siam tapi kenapa tak try ushar part kat blah siam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan.. saya dok kat Utan Aji..kalau balik Perlis..ternampak saya..keloi keloi ler..hehehe..

      Padam
  6. assalamualaikum..terjumpa blog ni..tengah cari info er6-n ni..ingat nak amik satu tapi xtahu yang baru..ke yg second hand..pada pendapat tuan lagu mana ek?
    sy plan nak pakai long distance,balik tganu melaka,tganu johor...kalau bawa 160 - 180 ok ke x ok(cepat punah)???mohon pengalaman orang yg makan garam dulu ^^,

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum tuan

    saya minat nak amik er6-n..performance ok??bawa laju 170-180 long distance ade masalah(cepat punoh)
    ingat nak pakai balik tganu melaka,tganu johor..
    tapi mana yg elok ye..baru ke second hand...
    susah tak jaga...xpenah pakai superbike lg..
    mohon pencerahan tuan ^^,

    BalasPadam
  8. Sy pakai er6n 2011....sy beli masa november2011..da hampir dua tahun pakai ni...er6n memg terbaik....tahan lasak dan memudahkan...untuk perjalanan jarak jauh insya'allah xda masalah..nk bwk g tmpt keje yg jauh hari2 pn xpe..asalkan servis minyak hitam bila smpi masa...bawak jgn asyk nk perah jer...pki moto ape pn barai...hahaha...

    BalasPadam
  9. Salam ramadhan buat tuan blog! Lama tak jumpa. Bila turun K L call kami. Motor dah lama simpan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum ada rancangan lagi..inshaAllah jika saya turun KL..nanti saya call abe Mat..

      Padam
  10. Salam...saya baru sambar er6n...so far x der masalah....milage baru 3k lebih..cuma nak tau..dengar kata motor ni ada masalah...betul kerrr...

    BalasPadam
  11. Salam...saya baru smbar er6n...so far terbaik...milage 3k lebih...cuma nak tanya...dengar citer ada masalah skit...

    BalasPadam
  12. slm...tompang lalu...er6n club ade geng area kl x. mai pakat lepak2 minom tt mamak :)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...