17 Januari 2012

SOLO RIDE #30

Catatan Ayah

Selasa
23 Safar 1433
17 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

InsyaAllah.. sabtu nanti, 21 Januari 2011.. aku akan sekali lagi berkonvoi ke Pak Bara, Thailand.. Kali ni berkonvoi bersama-sama dengan GTTSBK yang diketuai Superyan..

For info, GTTSBK adalah salah satu group bermotorsikal yang berpengkalan di Simpang Pulai, Ipoh.. dan aku selalu ikut berkonvoi bersama-sama group ni.. memang best group ni..

Hampir 40 orang akan menyertai konvoi kali ni.. dengan bilangan motorsikal mencecah hampir 30 buah.. dah boleh buat Pak Bara mini bike week ni.. hehehehe.. =)

Sehubungan dengan itu.. aku telah diberi amanah untuk menguruskan bab penginapan di Pak Bara nanti.. serta bab-bab dokumen perjalanan nanti.. supaya urusan kat border nanti berjalan lancar...

Jadi.. tadi aku telah bergerak secara solo menuju ke Pak Bara.. untuk menyelesaikan urusan penginapan..

Seawal 9 pagi aku bergerak keluar dari rumah.. menuju ke Pak Bara.. Laluan yang aku ambil.. melalui Padang Melangit.. menuju ke Guar Jentik.. terus ke Kaki Bukit.. dan akhirnya sampai ke Wang Kelian dan Wang Prachan di Thailand..

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
panaskan enjin Kerbau Hitam dulu..

Alhamdulillah.. selepas isi sedikit minyak kat Kampung Melayu, Wang Kelian.. aku terus masuk ke Wang Prachan.. memandangkan hari ni bukan hujung minggu.. perjalanan agak lancar.. dan urusan passport kat border lancar dengan cepat.. Orang pun agak kurang.. kecuali penduduk tempatan saja..

Cuaca pun elok hari ni.. terang benderang.. cuma agak panas sikit.. tapi biasalah kat Perlis ni.. memang panas..

Perjalanan dari Wang Prachan menuju ke Pak Bara juga agak lancar.. kecuali di beberapa tempat.. agak slow kerana keadaan jalan yang kurang elok kerana pembinaan jalan baru sedang dilakukan..

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
suasana di Wang Prachan.. agak lengang.. berbeza semasa hujung minggu..

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
suasana perkampungan di Thailand..

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
simpang menuju ke Trang, Langu dan Pak Bara..

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
memasuki Satun..

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
lagi 11km nak sampai Pak Bara

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
dah semakin hampir..

Akhirnya.. aku sampai ke Pak Bara.. walaupun kat Pekan Langu tadi kena tahan dengan Polis Trafik Thailand.. Alhamdulillah.. selepas tengok Kerbau Hitam yang berplatekan Malaysia.. terus depa suruh jalan.. tanpa membuat pemeriksaan... dan Ali iaitu tokeh Marina Bangalow Resort sedia menanti sebaik aku sampai ke sana..

Hampir 2 jam aku kat chalet Ali ni.. disamping berbincang mengenai kuantiti chalet yang diperlukan.. harga serta permintaan aku supaya Mami (ibu angkat Ali) dapat menyediakan makan malam pada hari sabtu nanti..

Disamping tu.. kami juga berbincang mengenai kawasan-kawasan yang boleh dilawat sekitar Pak Bara.. Ali mencadangkan agar nanti jika berkesempatan.. dia akan membawa kami ke satu kawasan air terjun yang menarik.. khabarnya.. boleh mandi-manda dan menikmati pemandangan indah.. tapi itu terpulanglah kepada persetujuan ramai nanti..

Ali juga ada mencadangkan agar kami menyewa speed boat untuk melawat sekitar Pulau Koh Taratou dan Koh Lipe.. memandang masa yang suntuk (2H1M).. maka cadangan tu rasanya tak mungkin direalisasikan kecuali kedatangan kami ke Pak Bara selama 3H2M... kerana masa yang diambil untuk melawat kepulauan tu sehari suntuk juga.. bermula seawal 6 pagi hingga 5 petang.. mungkin lain kali boleh dirancang lagi...

Sambil-sambil berbincang.. sempat juga menikmati nasi goreng udang.. memang sedap.. terima kasih kepada Ali dan mami yang memberi sedikit diskaun atas harga nasi goreng.. dan belanja minum kopi dan bekal sedikit air botol buat pengering tekak semasa nak pulang ke Perlis nanti..

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
suasana pantai berhampiran chalet..

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
Kerbau Hitam yang tak jemu menemani aku..

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
jemput makan..

Aku telah menempah sebanyak 13 bilik.. yang boleh menempatkan seramai 36 orang.. dan dapat harga selepas diskaun sebanyak Bhat 4,200...

Perjalanan pulang juga agak lancar.. tapi cuaca amat panas sekali... naik berpinau juga mata.. terlupa aku nak bawa spek mata hitam.. hehehehe..=)

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012
cuaca agak panas membahang...

Alhamdulillah.. aku selamat sampai rumah.. hampir pukul 2 petang... selepas menempuh perjalanan hampir 227km..

Ride Pak Bara - 17 Jan 2012

Photobucket

p/s: nantikan cerita Ride Pak Bara 2012 nanti yang bakal aku updatekan nanti.. InsyaAllah..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. salam... nak tanya.... ini moto apa??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Tanpa Nama.. motor ni Kawasaki ER6n..

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...