05 Januari 2012

SESI SEKOLAH 2012...

Catatan Ayah

Khamis
11 Safar 1433
5 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2012 dah pun bermula kelmarin. Kini keempat-empat anak aku pun dah mula bersekolah. 

Yang sulung dah masuk darjah 5, Kakak masuk darjah 4, Bangcik pula masuk tadika 6 tahun dan adik pula mula memasuki tadika 4 tahun.

Alhamdulillah, tiada sebarang masalah pada hari pertama persekolahan.. cuma adik saja yang mula merasai alam persekolahan.

Bila semua keempat-empat mula bersekolah, belanja juga agak tinggi.. Tapi takpalah.. ini semua pelaburan demi masa depan mereka. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan berpelajaran. Duit boleh dicari...

Sepanjang bulan disember yang lalu, rata-rata supermarket aku dan famili redah sekitar Kangar dan Alor Star untuk membeli segala peralatan sekolah.. letih juga.. Tapi hati gembira bila melihat anak-anak gembira dengan segala peralatan sekolah mereka.. dan seronok melihat semangat mereka yang tak sabar-sabar hendak memulakan sesi persekolahan...

Photobucket
ramai orang kat Jakel

Photobucket
kain putih untuk buat tudung.. kain jenis lycra

Photobucket
kain hitam juga untuk buat tudung.. jenis lycra


Photobucket
kain untuk baju kurung.. 

Photobucket
kain hitam untuk buat kain baju kurung dan kain susun..

Photobucket
tadika adik.. HR Aulad Bestari.. Kakak dulu kat HR Bestari Smart Readers

Photobucket
hari pertama adik kat tadika..

Photobucket

Photobucket

p/s: ayah doakan semoga anak-anak ayah akan jadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara... 

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...