06 Januari 2012

SCOTTOILER...

Catatan Ayah

Jumaat
12 Safar 1433
6 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

Sekali lagi aku upgrade sikit Kerbau Hitam aku..

Sebelum ni (2 tahun lepas) dah tukar ekzos.. pakai ekzos buluh dua beradik.. Sekarang aku pasang scottoiler pulak..

For info.. scottoiler ni adalah sejenis alat yang dipasang untuk meminyakkan rantai secara automatik.

Lama dah dapat info mengenai scottoiler ni.. cuma waktu tu tabung belum mengizinkan lagi untuk memasangnya..

Antara yang telah menggunakannya adalah Han TayarGolek.Com dan geng-geng EM1M..

Kebanyakan info yang aku dapat.. depa beli sekali pasang dalam harga lingkungan RM700..

Alhamdulillah.. aku beli secara online.. dapat harga RM395 tapi kena pasang sendirilah.. hehehehe.. dengan kata lain DIY...

Beberapa hari yang lepas.. aku telah order dari James Shop.. dan dihantar melalui Poslaju 2 hari kemudian..

Inilah dia pakej yang aku dapat.. Scottoiler V System.. yang menggunakan sistem vakum..

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Isi dalam...

Photobucket
tabung minyak...

Photobucket
minyak rantai yang dibekalkan sekali..

Photobucket
antara kelengkapan untuk pemasangan...

Photobucket
manual yang disertakan...

Dan petang tadi baru aku berkesempatan untuk memasangnya.. dengan merujuk manual yang didatangkan sekali dalam kotak dan rujukan kat laman web www.scottoiler.com..

Photobucket
sebelum pemasangan..

Selepas beberapa kali merujuk manual dan membelek motor.. akhirnya terpasanglah scottoiler kat Kerbau Hitam aku... moga-moga lepas ni.. tahan lama sikit rantai Kerbau hitam aku ni...

Photobucket
tabung minyak yang telah siap dipasang..

Photobucket
muncung tempat minyak keluar ke rantai..

Photobucket
saluran minyak dari tabung ke rantai..

Photobucket
dari tabung.. disambungkan ke body throttle.. untuk dapatkan vakum..

Alhamdulillah.. selepas diuji seketika.. semuanya success..

p/s: sekarang dah ready untuk menjelajah ke Pak Bara sekali lagi.. kali ni dengan Kerbau Hitam pula..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

6 ulasan:

  1. bro.. mcm mane nak pasang kat throttle body?
    sy baru beli ingat nak DIY
    tapi masalah kat throttle body

    BalasPadam
  2. bro skali lagi tanye.. cam mane nak pasang kat throttle body? kena bukak tank?

    BalasPadam
  3. Salam Wan Muz,
    Tak perlu buka tank....
    Just kat bawah tank tu saja..
    Ada extra muncung yang dicover dengan getah..
    Cabut getah tu dan masukkan tiub yg diberi...seperti arahan dalam manual...
    Selamat mencuba..

    BalasPadam
  4. TQ bro.. baru jumpe hehehehe
    boleh share gamba kat area throttle body tak?
    nak tgk cara route tube dia
    saya pakai er-6n 2012
    email saya wanmuz@gmail.com

    BalasPadam
  5. Wan Muz..
    Gambar yg ada cuma yg saya letakkan di entri saja..
    Sila rujuk gambar yg akhir sekali.. (saya model 2009)..
    Sebelah tubing hitam tu letaknya satu muncung yg ditutup dengan satu penutup hitam..
    Cabut penutup tu..kemudian sambungkan tubing hitam yang dibekalkan bersama Scottoiler...
    Routekan tubing tu di bawah tank ke bawah seat...dan sambungkan ke tabung minyak scottoiler seperti gambarajah yang disertakan sekali di dalam kotak scottoiler..
    Selamat mencuba...

    BalasPadam
  6. kat belah2 prai ada tak scoot oiler ni?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...