28 Januari 2012

RIDE PAK BARA 2012 (GTTSBK) - 4

Catatan Ayah

Sabtu
4 Rabiul Awal 1433
28 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, kenyang perut.. senang hati. Sedap juga roti canai kat Pak Bara ni, cuma kuah dalcanya agak manis sikit.. Mungkin sebab gula murah kot.. hehehehe..

Selesai bersarapan.. masing-masing kembali ke bilik masing-masing untuk bersiap. Aku terus ke tempat berhimpun seperti yang telah dijanjikan sebelum ni...

Di tempat perhimpunan, Superyan telah mengeluarkan banner yang telah dibuatnya sebelum ni. Kemudian kami telah diminta untuk menurunkan tandatangan masing-masing di atas banner tersebut.

Photobucket

Photobucket

Setelah semua selesai menurunkan tandatangan.. sampailah masa sesi bergambar kenangan...

Antara motor-motor peserta yang sempat aku snap dengan kamera buruk aku ni..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selesai sesi bergambar, taklimat diberikan oleh Superyan. Selepas taklimat, kami akan bergerak ke Pekan Pak Bara untuk sesi membeli-belah. Kemudian.. konvoi akan berpecah kepada beberapa group. Ada yang akan pulang ke Malaysia, ada yang akan ke Pekan Satun dan kemudiannya ke Hatyai dan ada yang akan terus ke Hatyai.

Photobucket

Selesai taklimat, kami bersama-sama membaca doa sebelum bertolak.. memohon agar perjalanan kami semua dilindungi oleh Allah Taala dari sebarang musibah.

Gambar ihsan Imtias
Gambar ihsan Imtias

Kini.. tibalah masanya untuk kami bergerak bagi group yang akan pulang ke Malaysia. Sebelum tu, kami telah singgah sebentar di Pekan Pak Bara untuk membeli cenderahati. Dan seperti biasa, aku telah membeli beberapa helai t-shirt untuk anak-anak dan isteri.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selesai sesi membeli-belah, perjalanan dimulakan. Kami akan berhenti sekejap di stesen minyak untuk mengisi petrol bagi yang memerlukannya. Selepas itu, konvoi akan bergerak menuju ke Wang Prachan. Cadangan akan berhenti makan tengahari kat mana-mana kedai yang buka.

Cuaca amat baik sekali.. cuma agak panas sekali. Aku sekali lagi diberi tugas untuk lead konvoi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sepanjang jalan, sebelum sampai Wang Prachan, aku meninjau-ninjau mana-mana kedai makan Islam yang buka namun tidak berjumpa. Jadi perancangan dibuat untuk makan tengahari di Wang Prachan saja.

Akhirnya kami sampai Wang Prachan. Alhamdulillah.. konvoi bergerak lancar. Sebaik sampai Wang Prachan.. kami selesaikan dulu proses dokumen perjalanan..

For info, permit impot motorsikal perlu diserahkan kembali kepada pihak Kastam Thailand. Kegagalan menyerahkannya kembali akan dikenakan denda sebanyak RM 200.

Kemudian, proses cop passport dan border pass pula..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selepas berbincang, kami sepakat untuk makan tengahari di kedai makan yang letaknya di antara Kastam Thailand dan Imigresen Malaysia.

Photobucket

Photobucket

Lega rasanya bila dapat minum air sirap sejuk. Cuaca amat panas sekali. Sambil-sambil dok tunggu pesanan nasi goreng, seronok juga melihat gelagat sepasang warga Thailand dok belek-belek Kerbau Hitam. Mungkin berminat kot... =)

Photobucket

Selepas makan dan cop passport kat Imigresen Malaysia, kami mula bergerak pulang. Aku mengikut konvoi sehingga ke Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun. Kemudiannya konvoi terus ke Dannok untuk membeli-belah sebelum pulang ke Ipoh.

Maka tamatlah Ride Pak Bara 2012 bersama-sama dengan GTTSBK. Ikut odometer,  Kerbau Hitam cuma bergerak 323 km sahaja. Aku sampai rumah lebih kurang jam 3 petang.

Photobucket

Alhamdulillah, Ride Pak Bara 2012 ni telah berjaya dengan selamatnya walaupun menghadapi beberapa rintangan antaranya salah seorang peserta yang menunggang Versys telah terjatuh kat Guar Jentik, perjalanan tergendala dek hujan lebat kat Wang Prachan dan ada peserta yang telah terlepas simpang, keadaan bilik yang kurang memuaskan serta bateri KTM Super Duke Hasrul yang telah rosak...

Tahniah juga diucapkan kepada Superyan yang sekali lagi telah berjaya mengetuai dan memimpin rombongan. Tabik kepada Lady Biker Mazratul yang berjaya menempuh perjalanan dengan menunggang Sport-Bike. Juga syabas kepada peserta yang bekerjasama menolak KTM Super Duke Hasrul beberapa kali kerana kerosakan bateri. Kerjasama semua pihak tak akan dilupakan. Itulah semangat bikers...

Gambar ihsan Liza Idris
Gambar ihsan Liza Idris

Aku juga banyak belajar dari pengalaman Ride Pak Bara 2012 ni. Inilah kali pertama aku lead konvoi yang sebegini besar.. sehingga hampir 30 buah motorsikal semuanya.

Aku juga memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan yang dihadapi sepanjang Ride Pak Bara 2012 ni..

InsyaAllah, aku akan perbaiki lagi segala kelemahan pada ride yang akan datang.

Segala kekurangan yang berlaku adalah kelemahan aku sendiri.

Terima kasih kepada Superyan dan otai-otai yang lain atas semua tunjuk ajar...

InsyaAllah.. ada masa kita ride lagi ke mana-mana...

Tamat

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

4 ulasan:

  1. Best ker bercuti dekat Pak Bara ?

    BalasPadam
  2. Salam Saudara/saudari Tanpa Nama,

    Best atau tidak.. bergantung kepada individu itu sendiri... =)

    BalasPadam
  3. ada parking kereta tak kat jeti pak bara kalau nak ke pulau lipe?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Saudara Shah,

      Parking tu ada.. tapi tak sure secure ke tak..

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...