27 Januari 2012

RIDE PAK BARA 2012 (GTTSBK) - 3

Catatan Ayah

Jumaat
3 Rabiul Awal 1433
27 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, nyenyak sungguh tidur semalaman. Walaupun bilik aku dan Azar diami tidak berhawa dingin, tapi dek kerana keletihan sepanjang menunggang sepanjang hari dan disulami dengan bunyian ombak menghempas pantai... nyenyak rasanya tidur aku.

Agak awal aku terjaga. Dengan kedinginan pagi, selepas mandi dan solat subuh.. terus aku keluar untuk menikmati suasana pagi di Pak Bara.

Walaupun nampaknya keadaan pantai yang dah surut, namun sedap pada pandangan mata aku. Aku berlegar-legar sekitar pantai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah Taala... sambil melihat burung-burung berterbangan... sinaran matahari yang mula menunjukkan diri.. keindahan awan yang berarak lalu di langit nan biru.. serta keriangan anak-anak tempatan bermain di gigi air. Terus teringatkan anak-anak di rumah.. InsyaAllah jika ada rezeki, akan aku bawa keluarga datang bercuti di Pak Bara ni semasa cuti sekolah nanti...

Photobucket
keadaan pantai yang dah surut airnya..

Photobucket

Photobucket
matahari yang mula menunjukkan dirinya..

Photobucket

Photobucket
gumpalan awan yang berarak lalu..

Photobucket
anak-anak yang leka bermain..

Photobucket
teringat anak-anak kat rumah..

Photobucket
kenangan yang diabadikan..

Photobucket
burung-burung yang berterbangan.. keriangan..

Selepas berehat-rehat di Pantai, aku kembali ke bilik untuk bersiap kerana Superyan sudah beritahu semalam.. untuk berkumpul dalam pukul 9.30 pagi (waktu Malaysia) sebelum bertolak balik.

Selepas bersiap, mulalah operasi memanaskan enjin Kerbau Hitam. Tu dia... punyalah teruk keadaan Kerbau Hitam dengan kotoran semasa melalui jalan yang lecah kelmarin.. Balik nanti jenuh juga nak dobi ni....

Photobucket
Tu dia Kerbau Hitam.. belemoih..

Photobucket

Photobucket
panaskan dulu enjin..

Sebaik sampai tempat berhimpun, nampaknya tiada sesiapa yang datang lagi. Mungkin keluar bersarapan kot.. Jadi aku pun keluar sama untuk bersarapan dulu. Sebelum tu, saja aku melalui Pekan Pak Bara untuk melihat jika ada kedai yang dah dibuka. Cadang tu nak beli sehelai dua t-shirt untuk anak-anak. Nampaknya.. masih belum dibuka lagi.

Lalu aku menuju ke gerai yang menjual sarapan pagi di tepi jalan. Ternampak ramai yang sedang bersarapan di situ. Terus aku menuju ke situ.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Antara menu yang masih ada ketika itu adalah roti canai dan nasi kerabu. Aku memilih untuk makan roti canai dan teh panas.

Tapi seperti biasa.. bak ayam bercakap dengan itik.. minta roti kosong.. yang datang roti telur.. hehehe.. =P

Hamtam sajalah labu.. asalkan kenyang...

p/s: Oklah.. izinkan aku isi perut dulu sekadar yang mampu.. mudah-mudahan bertenaga untuk menempuh perjalanan pulang ke Perlis nanti.. serta menempuh sebarang keadaan cuaca..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...