26 Januari 2012

RIDE PAK BARA 2012 (GTTSBK) - 2

Catatan Ayah

Khamis
2 Rabiul Awal 1433
26 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Hujan masih lagi lebat.. selebat-lebatnya..

Alhamdulillah, talian komputer telah pulih dan proses declaration untuk semua motorsikal telah selesai dilaksanakan.

Bagaimanapun, perlukah kami menunggu hujan reda atau meneruskan perjalanan? Ada yang dah siap memakai baju hujan.. dan ada yang tak memakai pun baju hujan... termasuklah aku.

Hampir pukul 4 petang, nampaknya hujan sedikit reda. Selepas sedikit perbincangan, kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan.. lagipun hari dah semakin petang.

Lalu masing-masing mendapatkan motor... perjalanan diteruskan dengan agak perlahan. Nampaknya sudah ada yang mendahului aku di hadapan. Pergerakan aku masih perlahan.. bimbang ada yang tertinggal di belakang.

Group di hadapan aku semakin jauh ke hadapan tapi yang di belakang masih belum sampai. Jadi aku mengambil keputusan untuk mengejar mereka yang di hadapan.. kerana bimbang mereka akan terlepas satu simpang ke kiri. Lagi pun tadi dah dibuat briefing.. akan ada second-man yang akan tunggu di setiap simpang jalan agar sesiapa yang kat belakang tidak salah jalan.

Akhirnya, aku berjaya mengejar group di hadapan dan lead mereka tetapi agak slow agar group yang di belakang tadi dapat mengejar.

Perjalanan kami agak perlahan sehinggalah masuk satu simpang yang menuju ke Lebuhraya Satun-Hatyai.. iaitu jalan 416.

Dalam dok perlahan-lahan tu.. tiba-tiba Superyan telah muncul dari belakang dan memberitahu aku .. masih ada yang tertinggal di belakang. Jadi aku ambil keputusan untuk berhenti di hadapan (penghujung jalan) sebelum masuk ke Lebuhraya 416 Satun-Hatyai.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Agak lama juga kami berhenti di tepi jalan. Hujan masih lagi renyai-renyai. Disebabkan group yang di belakang tadi tak muncul-muncul, Nash dan anaknya telah berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku. Bimbang juga jika ada yang 'down' atau tersesat jalan akibat terlepas simpang tadi.

Alhamdulillah, akhirnya semua muncul dan sememangnya mereka telah terlepas simpang tadi. Nasib baik jalan yang mereka ikut tu pun bertemu dengan Lebuhraya Satun-Hatyai.. Alhamdulillah semuanya selamat.

Perjalanan diteruskan dan memasuki jalan menuju ke Trang. Mula-mula jalan agak elok dan lancar. Namun apabila hampir sampai Langu, jalan mula kurang memuaskan kerana masih dalam pembinaan. Keadaan jalan agak lecah dek kerana hujan. Namun perjalanan tetap diteruskan secara perlahan.

Alhamdulillah, sebaik sampai Langu.. hujan dah pun berhenti. Namun tunggangan kami tetap perlahan agar konvoi tidak terputus.

Akhirnya, hampir jam 6.30 petang (waktu Malaysia), kami semua selamat sampai Pak Bara. Masing-masing parkirkan motor dan berehat seketika sementara urusan pembahagian bilik diuruskan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Hampir 7.30 malam (waktu Malaysia).. urusan penyerahan bilik selesai.. cuma yang berpindah ke chalet yang lain agak tertunda sekejap.. tapi selesai diuruskan. Alhamdulillah.. semua dapat bilik masing-masing. Perancangan untuk pergi ke kawasan air terjun pada awalnya terpaksa dibatalkan dek kekangan masa. Sebelum ke bilik masing-masing, Superyan mengingatkan kami yang makan malam akan bermula jam 8.30 malam (waktu Malaysia) nanti.

Aku berkongsi bilik dengan Azar.. 

Photobucket

Photobucket

Photobucket
seronok mendengar deruan ombak..

Photobucket
best ni buat tempat lepak-lepak..

Photobucket
lampu-lampu di tengah laut..

Lebih kurang jam 8.20 malam (waktu Malaysia), aku, Azar dan Khairul Zainuddin serta isterinya bergerak ke kedai makan yang ditetapkan.

Photobucket
Ke tempat selamat jika tsunami berlaku..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Antara menu kami malam tu adalah nasi putih, tomyam, ikan kerapu goreng bercili, ikan siakap steamboat dan telur dadar. Alhamdulillah... rezeki kurniaan Allah Taala.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selepas makan.. kami duduk bersembang seketika. Kemudian masing-masing kembali ke bilik untuk berehat. Esoknya.. ada yang akan balik ke Ipoh.. ada yang akan ke Hatyai.. dan sebagainya..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

p/s: apa-apa pun.. biarlah kami berehat seketika selepas menempuh perjalanan yang agak memenatkan tadi...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...