24 Januari 2012

RIDE PAK BARA 2012 (GTTSBK) - 1

Catatan Ayah

Selasa
30 Safar 1433
24 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, tamat sudah edisi Ride Pak Bara 2012 bersama dengan Group TTS Bikerz Kitchen (GTTSBK) dari Simpang Pulai, Perak yang berlangsung selama 2 hari 1 malam dari 21 Januari 2012 hingga 22 Januari 2012 yang lepas.

Ramai yang menyertai program ni yang diketuai Superyan. Seramai hampir 40 orang penyertaan termasuk enam pasangan suami isteri dan seorang lady biker yang menunggang sendiri motorsikal.. yang terdiri dari berbagai jenis motor serendah 150cc hingga 1200cc.

Setelah hampir sebulan perancangan dibuat, maka pada pagi sabtu 21 Januari 2012, program Ride Pak Bara, Thailand terlaksana.

Seawal jam 8.46 pagi, aku keluar dari rumah menuju ke Changlun untuk menyelesaikan insuran motor untuk kawan-kawan. Selain itu, Irwan Shah juga telah menyelesaikan sebahagian insuran yang lain-lain.

Photobucket

Suasana pagi agak sejuk dan sedikit berkabus di Changlun. harap-harap tu biarlah cuaca sebegini elok hingga sampai ke Pak Bara nanti.

Photobucket

For info, antara dokumen yang perlu disediakan jika menunggang motorsikal ke Thailand adalah insuran motor. Insuran motor boleh dibuat di Changlun untuk selama sekurang-kurangnya 9 hari. Banyak terdapat kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan membuat insuran ni. Selain itu, boleh juga menukarkan duit RM ke Bhat.

Ramai orang sedang beratur di kaunter membuat insuran dan white-card ketika aku sampai ke salah satu kedai membuat insuran. For info, white-card perlu diisi jika seseorang ingin memasuki Thailand dengan menggunakan passport dan tidak perlu diisi jika menggunakan border-pass.

Jenuh juga beratur menunggu giliran. Kebanyakan yang aku perhatikan, rombongan yang hendak ke Hatyai. Ramai nampaknya yang ingin menghabiskan cuti sempena Gong Xi Fa Chai di Thailand. Rasa-rasanya kat Bukit Kayu Hitam nanti mesti sesak. Minta-mintalah kat Wang Kelian nanti, segala urusan akan lancar.

Jam 9.33 pagi, segala urusan insuran selesai... Alhamdulillah.

Photobucket

Photobucket

Tanpa berlengah, aku menuju ke Petronas Changlun untuk menunggu geng GTTSBK sampai seperti yang telah dirancang sebelum ni.

Semasa sampai Petronas Changlun, kelihatan Saudara Black Bird dah sedia menanti... yang telah datang awal.

Selepas mengisi minyak secukupnya, aku terus menunggu rakan-rakan yang lain di kedai kopi bersebelahan Petronas. Irwan Shah masih di Kodiang ketika aku hubungi tadi manakala Napi berada di Sadao. Mungkin sekejap lagi mereka akan sampai.

Photobucket

Sambil-sambil dok minum kopi, kelihatan ramai juga bikers yang singgah mengisi minyak sebelum masuk ke Thailand.

Sekitar jam 10.15 pagi, sekumpulan geng GTTSBK telah sampai. Mereka adalah kumpulan yang bergerak awal dari Ipoh. Setelah siap mengisi minyak, mereka datang ke kedai untuk minum sambil menunggu kumpulan yang lagi satu.

Photobucket

Photobucket

Sekitar jam 11.40 pagi, kumpulan terakhir telah sampai.. termasuklah Superyan. Tanpa berlengah, aku terus edarkan insuran dan white-card yang telah aku sediakan sebelum ni.

Photobucket

Photobucket

Selepas berehat seketika, Superyan telah meminta aku membawa beberapa orang yang hendak menukar duit dan membuat insuran motor bagi yang masih belum membuatnya.

Ketika di salah satu kedai menukar duit, aku telah terserempak dengan kawan lama aku semasa di Sekolah Teknik Alor Star dulu.. iaityu Manaf dan isterinya yang akan ke Kanchanaburi, Thailand dengan group Gold Wing.

Photobucket

Bagi yang telah selesai menukar duit, mereka terus ke Caltex Changlun yang terletak beberapa meter di hadapan.. sementara menunggu kumpulan yang lagi satu selesai berehat.

Aku berpatah balik ke belakang untuk melihat yang lain-lain selain mendapatkan Superyan untuk penjelasan program perjalanan. 

Photobucket

Aku telah dilantik oleh Superyan untuk lead konvoi dan kami akan menuju ke Wang Kelian melalui Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis - Seriab - Padang Melangit - Guar Jentik - Kaki Bukit - Wang Kelian yang jauhnya hampir 70 km. Kami akan berhenti di Kampung Melayu, Wang Kelian untuk mengisi minyak sebelum ke sempadan Malaysia-Thailand.

Inilah pengalaman pertama aku menjadi lead untuk konvoi yang agak besar. Sebelum ni, aku hanya biasa menjadi lead konvoi yang kecil sahaja.. tetapi aku lebih selesa menjadi sweeper sahaja.

Cuaca amat panas sekali. Tiada tanda-tiada akan hujan. Risau juga sebab 2-3 hari yang lepas selalu hujan sebelah petang.

Photobucket

Photobucket

Perjalanan agak lancar sehingga Guar Jentik walaupun terpaksa berhenti seketika disebabkan konvoi yang terputus. 

Malang tak berbau, nampaknya salah seorang peserta yang menunggang Versys telah terjatuh di selekoh selepas persimpangan Guar Jentik menuju ke Kaki Bukit. Tak tahu pula bagaimana boleh terjadi sebab aku berada di depan.. Alhamdulillah, penunggangnya selamat tanpa sebarang kecederaan.. cuma Versysnya calar sedikit.

Photobucket
Gambar ihsan dari Black Bird

Photobucket
Gambar ihsan dari Black Bird

Yang menjadi kebimbangan aku adalah ketika menaiki dan menuruni Bukit Wang Kelian, tetapi nampaknya sebelum Bukit Wang Kelian sudah berlaku kecelakaan.

Aku hantar dulu group di hadapan ke Caltex Kg Melayu Wang Kelian dan berpatah balik untuk melihat keadaan group belakang yang telah berhenti tadi. Nampaknya mereka telah meneruskan perjalanan dengan selamatnya.. Alhamdulillah.

Akhirnya.. semua selamat sampai Caltex.. untuk mengisi minyak kali terakhir sebelum masuk ke Thailand.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selesai isi minyak dan berehat seketika, Superyan mencadangkan untuk berhenti makan tengahari di Wang Kelian.

Jadi semua menuju ke salah sebuah kedai makan di Wang Kelian. Cuaca mula rintik-rintik menandakan hari akan hujan. Disebabkan bilangan kami yang ramai dan seorang tukang masak, maka penyediaan makanan agak perlahan. Jadi kami telah berpecah kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan makan di Wang Kelian dan satu kumpulan lagi akan makan di Wang Prachan selepas selesai segala urusan dokumen perjalanan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

For info, selepas urusan cop passport, kita dikehendaki untuk declare motor pula. Selepas declare, barulah boleh membawa motorsikal memasuki Thailand secara sah. Nanti bila keluar, borang declare tersebut perlu diserahkan kembali kepada pihak Kastam Thailand.

Selepas selesai urusan di Imegresen Malaysia dan Kastam Thailand, kami menuju ke kedai makan. Seperti biasa aku akan makan pulut ayam. Agak terkilan sebab daging bakar berlada sudah kehabisan. kalau tidak, mesti sedap dimakan dengan pulut.

Photobucket

Tiba-tiba hujan turun denga lebatnya. Agak lama juga kami di sini. Malah, menurut Superyan, sistem komputer untuk buat declaration tadi telah hang akibat hujan lebat. Nampaknya sudah ada 2 halangan semasa ride kali ni, iaitu seorang rider telah down dan hujan yang agak lebat.

Jadi kami telah menunggu sehingga semua selesai membuat declaration disamping berharap hujan akan reda..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Macam mana dengan perjalanan kami? Adakah akan ada lagi halangan di hadapan? Adakah kami akan meneruskan perjalanan di dalam hujan atau menunggu sehingga hujan reda?

Jam pun dah menunjukkan pukul 3 petang, yang pada perancangan aku, sepatutnya kami telah sampai ke Pak Bara...

Tunggu sambungannya...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. Salam.bleh sy tahu ape tugas sweeper, marshall dan lead.

    Jxr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam saudara JXR, mengikut pemahaman saya yg tak seberapa ni.. lead adalah orang yang mengetuai sesuatu konvoi tu, sweeper adalah orang yang paling belakang.. yg memastikan tiada sesiapa lagi dibelakangnya dan marshall akan mengawal pergerakan konvoi supaya berjalan lancar..

      Untuk lebih info.. saudara boleh mengikuti kursus-kursus marshall yang banyak diadakan..

      Mohon ribuan kemaafan jika ada sebarang kesalahan info.. TQ..

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...