19 Januari 2012

PROJEK RESTORATION CB90 - 1

Catatan Ayah

Khamis
25 Safar 1433
19 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

Lama dah aku bercadang nak membuat restoration motor Allahyarham ayah aku ni. Pejam celik.. pejam celik.. hampir 10 tahun Allahyarham ayah meninggalkan kami sekeluarga.. Al-Fatihah..

Dan.. hampir 8 tahun.. motor Honda CB90 ni dok terperam kat dalam stor.. ramai yang datang minta nak beli.. tapi sengaja aku tak mau jual.. kerana banyak kenangan aku bersama Allahyarham ayah dengan motor ni..

Setahu aku.. motor ni Allahyarham ayah beli baru pada tahun 1975.. dan kemana-mana saja.. Allahyarham ayah akan menunggangnya..

Sepanjang hayat Allahyarham ayah.. motor ni dijaga dengan baik sekali.. sentiasa berkilat.. dan dengan motor ni lah.. aku belajar menunggang motor..

Ingat lagi macam mana terkial-kial belajar menggunakan tuil clutch... hehehehe... tu pun secara curi-curi mengambil kunci motor sewaktu Allahyarham ayah ke bendang..

Selepas aku secara rasmi mendapat lesen.. barulah Allahyarham ayah membenarkan aku menunggang motor ni.. pada hal aku dah pandai sikit bawa motor ni tanpa pengetahuannya.. hehehe.. =)

Teringat lagi dulu.. orang kampung dok kata.. bila Allahyarham bawa motor ni.. slow and steady saja.. tapi bila dapat kat anak dia.. habis keluar karbon yang dok terkumpul kat dalam ekzos.. punyalah dok pederas.. hehehe..

Sekarang ni.. rasanya ada sikit kelapangan masa untuk untuk buat restoration motor ni.. sikit demi sedikit.. setakat yang mampu.. kalau nak buat sekali gus.. tak dak modal.. dok survey.. kosnya antara RM 2K hingga RM 5K (kedai-kedai pomen sekitar Perlis..)

Jadi aku ambil keputusan untuk buat sedikit demi sedikit.. biar lambat.. jangan tak buat langsung.. moga-moga kenangan aku dan Allahyarham ayah akan sentiasa segar bila melihat motor ni.. dan semoga kenangan itu boleh disambungkan kepada anak cucu aku nanti..

Inilah dia.. Honda CB90 yang baru aku keluarkan dari stor.. so projek pertama.. buang segala debu dan sawang dulu...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selepas dibuang segala debu dan sawang.. cadang tu nak basuh dulu.. tapi memandangkan hari dah nak malam.. simpan dululah.. nanti sambung lain...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

p/s: nantikan kesinambungan projek ni..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. hmzal, tlg carikan seat utk motor sy...dan besi pemegang belakang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Kang.. nanti kalau saya terjumpa.. saya bagitau Kang..

      Padam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...