20 Januari 2012

PHILIPS BV PULSERA - INITIALIZATION ERROR

Catatan Ayah

Jumaat
26 Safar 1433
20 Januari 2012

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak kongsi sedikit pengalaman dalam membuat troubleshooting C-Arm Philips BV Pulsera. For info, BV Pulsera adalah salah satu model C-Arm keluaran Philips.. kesinambungan dari BV 25 dan BV Libra yang mana BV 25 sudah obselete.. manakala BV Libra, khabarnya masih ada lagi spare-part tapi mesin sudah tak dikeluarkan lagi.. information lanjut boleh tanya kepada pihak Philips..

Problem yang aku hadapi sebelum ni adalah.. bila power-on, semasa sistem self-test (initializing).. mesin tak dapat meneruskan self-test.. terus keluar error.. Initialization Error M050.. Bila restart system, error akan hilang dan sistem boleh berfungsi dengan elok.. hinggalah pada suatu ketika.. sistem akan off dengan sendirinya.

Hasil troubleshooting bersama dengan pihak Philips, salah satu kemungkinan dan penyebab kepada masalah ini adalah sistem bateri yang tak mampu back-up sistem software.. di mana software tak dapat boot control sistem kerana kekurangan kuasa..

Dan penyelesaiannya adalah.. hanya dengan tukar keseluruhan baterinya.

Philips BV Pulsera
C-Arm Philips BV Pulsera

Philips BV Pulsera
Part number bateri

Photobucket

Philips BV Pulsera, Set battery
Keseluruhan gambaran bateri

p/s: insyaAllah.. jika ada info yang lain-lain.. akan aku update di sini sebagai rujukan kemudian hari...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...