08 Januari 2012

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 8

Catatan Ayah

Ahad
14 Safar 1433
8 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, setakat hari ni, Kangar masih lagi bebas dari banjir walaupun hujan dok turun dalam sehari dua ni.

Tahun lepas, Kangar dilanda banjir sebanyak 3 kali kalau tak salah aku. Dan sudah tentu Hospital Tuanku Fauziah (HTF) turut dilanda musibah banjir ni.

Tahun 2005 yang lepas, antara peralatan yang telah rosak ketika Kangar dilanda banjir adalah CT-Scan, General X-ray, General Fluoroscopy dan beberapa peralatan yang lain. Semuanya telah dibaiki selepas itu dan menelan belanja yang agak besar.

Pada tahun 2010, sekali lagi Kangar dilanda banjir dan sekali lagi beberapa peralatan di HTF telah rosak akibat ditenggelami air termasuklah CT-Scan, MRI, General X-ray, General Fluoroscopy dan beberapa peralatan yang lain. General X-ray telah dibaiki sebaliknya CT-Scan, MRI dan General Floroscopy masih belum dibaiki sehingga sekarang.

Khabarnya, bangunan baru akan dibina bagi menempatkan peralatan MRI, CT-Scan, General Fluoroscopy dan tambahan General X-ray bagi menggantikan tempat yang lama dan khabarnya akan dibina di tingkat atas bagi mengelakkan ditenggelami banjir.

Photobucket

For info, MRI yang lama telah dibuka di HTF pada tahun 2008 dan dirasmikan oleh DYMM Raja Perlis.

Photobucket
lokasi MRI sekarang

Akibat kejadian banjir yang lalu, khabarnya pihak pengurusan hospital akan membina bangunan baru yang akan menempatkan peralatan baru iaitu MRI, CT-Scan, General Fluoroscopy dan General X-ray.

Bila projek akan bermula.... tak tahulah...

Photobucket
kawasan yang akan dibina bangunan baru yang menempatkan MRI, CT-Scan, General Fluoroscopy dan General X-ray

Dan bangunan baru khabarnya akan dibuat di tingkat atas...

Photobucket

Semoga ianya akan cepat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Perlis.

p/s: buat masa sekarang, untuk kes-kes yang melibatkan penggunaan MRI dan CT-Scan akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...