14 Januari 2012

ER6n 2012..

Catatan Ayah

Sabtu
20 Safar 1433
14 Januari 2012

Assalamu'alaikum,

Semenjak pertengahan 2011 yang lalu telah tersebar akan keluarnya ER6N/F model 2012. Banyak blog-blog dan laman-laman web serta forum-forum yang membincangkan mengenainya. Aku juga ada menceritakan serba sedikit mengenai ER6 2012 ni pada Oktober yang lalu.

Tengahari tadi, ketika pulang ke rumah dari tempat kerja.. aku ternampak sebuah jentera berwarna kuning yang dipamerkan di UA Motor.

For info, UA Motor adalah salah sebuah Kawasaki Green Shop di Perlis dan letaknya di Taman Sentua.. tak jauh dari rumah aku.

Ketika hendak kembali ke tempat kerja selepas makan tengahari kat rumah.. aku ambil peluang untuk berhenti kat UA Motor.. untuk melihat ER6n 2012 ni dari jarak dekat.. 

Dari pandangan pertama aku, ER6n ni nampak garang dan menarik. Tambahan lagi dengan warna kuning..

Nampaknya bukan setakat facelift saja.. malah body juga telah direkabentuk semula.. dari depan hinggalah ke belakang..

Dari segi handling.. tak tahulah pulak kerana belum berpeluang untuk mencubanya..

Harga yang ditawarkan di UA Motor ni adalah RM 37,500 (tunai)..

Di sini aku lampirkan sedikit gambiran yang sempat aku ambil tadi untuk perkongsian bersama...

ER6n 2012
pandangan sisi

Antara yang ketara berlainan dari model-model sebelum ni adalah:
  • arm
  • lampu depan
  • lampu belakang
  • meter
  • terdapat penutup fork depan
  • ekzos
Yang lain-lain masih sama... termasuklah enjin..

ER6n 2012
arm belakang

ER6n 2012
meter mengalami perubahan yang ketara

ER6n 2012
double tube untuk body

ER6n 2012
lampu depan yang didatangkan sekali dengan wind-shield kecil

ER6n 2012
wind-shield yang agak kecil

ER6n 2012
pandangan depan..  bahagian atas fork depan ditutup, juga lampu isyarat kat atas berbanding model yang sebelum ni..

ER6n 2012
bahagian belakang.. lampu belakang mengalami perubahan..

ER6n 2012
enjin yang masih sama..

ER6n 2012
arm belakang

ER6n 2012
ekor belakang.. rasanya makin ramai yang akan buang ekor lepas ni..

ER6n 2012
seat diubahsuai menjadi 2 bahagian

ER6n 2012
tangki juga berbeza bentuknya berbanding model sebelum ni

ER6n 2012
suspension belakang masih sama dengan model yang lepas

ER6n 2012
ekzos direkabentuk semula dan agak condong ke atas

ER6n 2012
masih 2-inline

Spesifikasi boleh dibaca mana-mana blog dan laman web yang banyak terdapat di internet sekarang ni.. cuma perlu tanya Pak Cik Google saja.. hehehehehe..

p/s: tapi aku masih berkenan dengan Z1000.. hehehehe.. 

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

15 ulasan:

  1. aku mmg ada plan nak beli moto2 mcm ni.. tapi lesen plak takder.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpa.. pelan2 pi ambik lesen dulu..

      Padam
  2. Balasan
    1. cukup dengan apa yang dah ada Kak Zmah.. sekadar pi tengok untuk santapan mata.. hehehe..

      Padam
  3. Mantap dan bergaya...

    BalasPadam
  4. mahal giler harga...dah sama harga versys cash.....

    BalasPadam
  5. salam semua. er6n 2012 berharga rm 34900 cash. harga asas rm33300. rm 37500 cash mahal lah. banyak lebih tu

    BalasPadam
  6. dah pakai ER6N 2012 ni sejak 2 minggu lepas. memang mantap dan bergaya...power not bad. bunyik jer kureng sket. tgh order Yoshi...plan nak bukak ekor tu. fenderless kits tak tau plak nak dpt kat maner? fabricate sendiri la nampaknya ni. lubang besar siot...

    BalasPadam
  7. mcm mane nk dptkan full system ekzos r9 untuk er6n 2012??dan sape tau hganye..

    BalasPadam
  8. Ermmm...memang cantik kuning itu...lagi manis sihitam kita...hihiii

    BalasPadam
  9. errr..looking for white ER6N..tak ader ker kat Malaysia?

    BalasPadam
  10. White ER-6n ade je kat KL banyak kedai jual kaler putih

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...