31 Disember 2012

RIDE MELASAU: BALIK PERLIS

Isnin
10 Safar 1434
24 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Pertama-tama kali... aku ucap takziah atas musibah yang melanda penduduk pantai timur... yang dilanda banjir.




Semoga semua dapat bersabar dengan ujian Allah... dan semoga semuanya akan dipermudahkan Allah Ta'ala.

30 Disember 2012

RIDE MELASAU: ANAK MENAKAN

Ahad
9 Safar 1434
23 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Bersambung lagi kisah Ride Melasau di hari yang ke-2.




Hari ni... aku ke Batu Laut, Banting... melawat anak saudaraku yang baru lahir November lepas.

28 Disember 2012

RIDE MELASAU: PERJALANAN

Sabtu
8 Safar 1434
22 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Dua minggu lepas aku merancang... Dan hari ni bermulanya... sekali lagi solo ride aku yang aku namakan Ride Melasau.




Apa yang Melasau tu. Haaa... Melasau tu singkatan dari MELawat Anak SAudara barU...

27 Disember 2012

SELAMAT DATANG USTAZ ASYRAF

Khamis
6 Safar 1434
20 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Alhamdulillah... semua tugasan yang diamanahkan di Hospital Langkawi telah selesai dilaksana.




So... hari ni aku pulang ke Perlis. Lagi pun dah berjanji dengan Ustaz Asyraf... yang datang dari Perak... untuk membawa beliau ke homestay.

26 Disember 2012

CARI MAKAN 2012: LANGKAWI

Rabu
5 Safar 1434
19 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Sekali lagi... tuntutan out-station ke Langkawi.




Tugasan kali ni... siapkan QC test C-arm dan buat re-test untuk mobile x-ray yang dikatakan kV out of spec.

25 Disember 2012

ON-CALL: DIS 2012

Sabtu
1 Safar 1434
15 Disember 2012



Assalamu'alaikum,



Hari ni.. 1 Safar 1434... atau 1.2.34.. cantik tarikh ni.. =)



Minggu ni... aku bertukar jadual on-call dengan Nadzari... bagi memberi peluang beliau berjalan-jalan bersama familinya.

14 Disember 2012

USER TRAINING 2012: WAD TINGKAT 2

Khamis
29 Muharram 1434
13 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Agak lama dah aku tak beri user training.




User training ni dianjurkan oleh syarikat tempat aku kerja... diberikan kepada staf Hospital Tuanku Fauziah.

12 Disember 2012

CARI MAKAN @ SIK

Isnin
26 Muharram 1434
10 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Sekali lagi... tugasan menuntutkan aku travel ke Hospital Sik.




Seperti biasa... Siput Sedut menjadi tunggangan.

11 Disember 2012

FDT 2012: LEMBAH BUJANG

Ahad
25 Muharram 1434
9 Disember 2012




Assalamu'alaikum,




Family Day Trip (FDT) kali ni bukannya dirancang pun. Bangun pagi... terus teringat nak bawa famili jenjalan sambil belajar sejarah. Jadi... tempat tumpuan kali ni adalah Muzium Arkeologi Lembah Bujang... yang letaknya di Merbok, Kedah.




Kali terakhir aku melawat Muzium Arkeologi Lembah Bujang ni semasa aku bersekolah dahulu... sekitar tahun 80an. Begitu lama dulu. Sekarang ni.... dah tua dah. Macam manalah agaknya keadaan muzium tu.

06 Disember 2012

CARI MAKAN @ KULIM

Rabu
21 Muharram 1434
5 Disember 2012



Assalamu'alaikum,



Hari ni... tiba jadual untuk tugasan di Hospital Kulim.



Tugasan kali adalah untuk laksanakan preventive maintenance untuk General X-ray dan C-arm.

04 Disember 2012

KEM GENERASI AL-QURAN

Sabtu
17 Muharram 1434
1 Disember 2012



Assalamu'alaikum,



Cuti sekolah dah pun bermula hampir sebulan yang lepas. Pelbagai program telah dianjurkan oleh pelbagai pihak bagi memenuhi ruang masa lapang para pelajar.



Aku juga turut mengambil peluang untuk hantar Kakak Dina. 

03 Disember 2012

SERVICE ELEGAN: 17,127KM

Isnin
19 Muharram 1434
3 Disember 2012



Assalamu'alaikum,



Selesai tukar minyak enjin Kerbau Hitam....



Tiba pula untuk tukar minyak enjin Seput Sedut pula...

30 November 2012

SERVICE ER6N: 41,322KM

Jumaat
16 Muharram 1434
30 November 2012



Assalamu'alaikum,



20121129_151934



Kerbau Hitam dah pun mencecah 41,322 km. Dan rasanya nak kena buat valve clearance.



Mulanya... aku bercadang nak buat valve clearance.. dan dah pun buat appoinment dengan Mega Fortune serta estimate kos. Menurut Mega Fortune... kos buat valve clearance Kerbau Hitam tak lebih RM500.

28 November 2012

RIDE ANAK YATIM @ CHEMOR

Sabtu
10 Muharram 1434
24 November 2012



Assalamu'alaikum,



Lama juga aku tak ride ni... rasa-rasa semenjak bulan Ramadhan yang lepas.



Bila Haji Sabri up satu event... ride ke Chemor melawat anak-anak yatim kat sana.... terus rasa teruja untuk join sekali.

27 November 2012

KENARI WARDED: 185,096 KM

Selasa
13 Muharram 1434
27 November 2012



Assalamu'alaikum,



Setelah hampir 8 tahun berkhidmat dan mencecah 185,096km... kini Kenariku terpaksa dimasukkan ke 'wad' untuk pembaikan.

19 November 2012

HOBI

Sabtu
3 Muharram 1434
17 November 2012



Assalamu'alaikum,



Hobi....



Pada aku... adalah kecenderungan seseorang membuat sesuatu bagi mengisi masa lapang... yang bersesuaian dengan minatnya...

18 November 2012

FTP: SELAMAT TIBA

Selasa
28 Zulhijjah 1433
13 November 2012



Assalamu'alaikum,



Hari ni cuti umum sempena Deepavali. Terlebih dahulu aku ucapkan Selamat Deepavali kepada sesiapa yang membaca blog ni yang berbangsa India dan juga kawan-kawan yang berbangsa India.

17 November 2012

FTP: BUKIT BENDERA

Isnin
27 Zulhijjah b1433
12 November 2012



Assalamu'alaikum,



Hari ni adalah hari ke-2 kami di Pulau Pinang dalam kerangka Family Trip Penang (FTP).



Hari ni juga... ikut perancangan... kami nak ke  Bukit Bendera.

16 November 2012

FTP... PERJALANAN

Ahad
26 Zulhijjah 1433
11 November 2012


 
Assalamu'alaikum,



Alhamdulillah... mak dijadualkan balik ke Malaysia dari Jeddah pada 12 November 2012... dan InsyaAllah akan sampai Tanahair pada 13 November 2012 melalui Bayan Lepas.



Jadi... bak kata orang... sambil menyelam minum air... aku sekeluarga ambil peluang bercuti di Pulau Pinang sebelum ambil mak kat Bayan Lepas.

14 November 2012

KONVOKESYEN AULAD BESTARI 2012

Sabtu
25 Zulhijjah 1433
10 November 2012



Assalamu'alaikum,



Genap 10 bulan Adik Iman berada di Tadika Aulad Bestari.... mengikuti program Little Khalifah.



For info.... Tadika Aulad Bestari diuruskan oleh pengurusan HR Bestari... yang sama menguruskan Tadika Smart Readers... yang diikuti oleh Kakak Dina dulu... di Taman Sri Bahagia..

11 November 2012

CARI MAKAN DI SIK

Khamis
23 Zulhijjah 1433
8 November 2012



Assalamu'alaikum,



Sekali lagi... aku bermusafir untuk menunaikan tanggungjawab... mencari rezeki sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga.



Tugasan kali ni.... membuat penyelenggaraan berkala ke atas General X-ray di Hospital Sik.

10 November 2012

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKJRSA 2012

Rabu
22 Zulhijjah 1433
7 November 2012



Assalamu'alaikum,



Hujung tahun persekolahan tiba lagi. Minggu depan akan bermulalah cuti panjang selama 2 bulan sehingga buka balik persekolahan untuk sesi 2013.



Jadi... berlangsunglah majlis-majlis anugerah kecemerlangan di serata sekolah-sekolah. Tak ketinggalan sekolah Kakak Dina.... iaitu Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi.

09 November 2012

SIEMENS MOBILETT PLUS HP HANGIT

Isnin
20 Zulhijjah 1433
5 November 2012




Assalamu'alaikum,




Laporan mengenai mobile x-ray hangit.... aku terima semasa aku berada di HSB minggu lepas... ketika kerja-kerja penukaran kapasitor mobile x-ray dilakukan.




Hari ni baru aku berpeluang untuk melihat dan memeriksa dengan teliti punca masalah kejadian berbau hangit ni.

08 November 2012

KONVOKESYEN PASTI 2012

Ahad
19 Zulhijjah 1433
4 November 2012



Assalamu'alaikum,



Kini... genap sudah 3 tahun Bang Cik Haikal menuntut ilmu di PASTI Al-Islah, Taman Jali.



Bang Cik Haikal bersekolah di PASTI Al-Islah semenjak berumur 4 tahun dan tahun depan akan bersekolah dalam darjah 1 di SK Jalan Raja Syed Alwi.

07 November 2012

KENANGAN DI MOTOGP 2012

Catatan Ayah



Rabu
15 Zulhijjah 1433
31 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Teringat... last sekali aku menonton Malaysian Grand Prix secara live pada tahun 1992 dan 1993 yang lalu... di Batu 3, Shah Alam.



Selepas tu... aku hanya menonton di kaca tv sahaja....

06 November 2012

PEMASANGAN CAPACITOR

Catatan Ayah




Rabu
15 Zulhijjah 1433
31 Oktober 2012




Assalamu'alaikum,




Hari ni dapat lagi satu pengalaman dalam kerjaya aku... dalam bidang kejuruteraan sinaran ni. Hari ni... aku telah diminta untuk menolong Syaiful Khairy memasang kapasitor baru kat mesin Siemens Mobilett Plus HP.

05 November 2012

DUCATI @ DUKAHATI....

Catatan Ayah



Rabu
15 Zulhijjah 1433
31 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Ducati... satu nama yang sangat gah...



Sesiapa yang mengaku meminati alam permotoran ni... pasti tahu akan jenama ni...

04 November 2012

VESPA...

Catatan Ayah



Ahad
19 Zulhijjah 1433
4 November 2012



Assalamu'alaikum,



"Hang free dak...?", kedengaran suara di hujung talian telefon... dan aku kenal benar akan nada suara tu...



"Awat...?", balas aku..

03 November 2012

KAWASAKI ZRX1200

Catatan Ayah



Selasa
14 Zulhijjah 1433
30 Oktober 2012



Assalamu'laikum,



Entah mengapa... aku agak tertarik dengan bentuk-bentuk motorsikal dalam kategori street-bike...



Bukannya tak berminat dengan sport-bike... tapi.. entahlah...

02 November 2012

KAWASAKI Z800

Catatan Ayah



Selasa
14 Zulhijjah 1433
30 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Kebelakangan ni heboh perihal model terbaru Kawasaki dari keluarga Z...



Model yang bermula dari Z750.. Z1000.. Z1000SX... dan terkini Z800...

01 November 2012

SELAMAT BERJAYA

Catatan Ayah



Selasa
7Zulhijjah 1433
23 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Genap dah setahun pelajar-pelajar WBL menjalani latihan industri kat HTF.



Pelajar-pelajar Advance Diploma jurusan  Kejuruteraan Bio-Perubatan dari Politeknik Shah Alam iaitu Fahmi, Waheeda dan Seha.

31 Oktober 2012

KXO-80G WHITE IMAGE - PT2

Catatan Ayah



Selasa
7 Zulhijjah 1433
23 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Catatan ni adalah kesinambungan dari catatan perihal masalah yang berlaku pada General X-ray Toshiba KXO-80G yang aku tulis minggu lepas. Perinciannya boleh dibaca di sini.



Masalah white image atau dikenali juga sebagai off-center. Yang mana mengakibatkan imej yang terhasil sebelah cerah dan sebelah gelap.

30 Oktober 2012

LITAR LUMBA

Catatan Ayah



Selasa
15 Zulhijjah 1433
30 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Kali ni... aku nak kongsi satu artikel yang ditulis oleh salah seorang sahabat permotoran aku... iaitu Ustaz Asyraf Ismail dari Ipoh, Perak mengenai keperluan penambahan Litar Lumba di Malaysia ni...

29 Oktober 2012

PULANG KE PERLIS

Catatan Ayah



Isnin
6 Zulhijjah 1433
22 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Terpampang di dada akhbar akan kejayaan Zulfahmi dan Hafizh Syahrin hari ni... Satu pencapaian yang amat membanggakan.



Dan hari ni... aku dan Che Ami akan bergerak pulang ke Perlis. Kami keluar seawal jam 8 pagi.. dan sempat bersarapan di Restoran Rumpun.

28 Oktober 2012

MOTOGP DI SIC

Catatan Ayah



Ahad
5 Zulhijjah 1433
21 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Inilah harinya yang ditunggu-tunggu...



Hari ni lah berlangsungnya... salah satu kejohanan dunia di SIC Sepang... iaitu Malaysian Grand Prix 2012... 

27 Oktober 2012

BMW C650GT/SPORT - KEMASKINI

Catatan Ayah



Sabtu
11 Zulhijjah 1433
27 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Artikel ini telah diterbitkan di dalam Berita Harian bertarikh 27 April 2012 dalam segmen Auto...
 


Bila aku mampu pakai scooter ni pun tak tau ler..... =P

UJIAN MASA MOTOGP

Catatan Ayah



Sabtu
4 Zulhijjah 1433
20 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Pagi yang indah dan sejuk di Selayang. Cuaca nampak cun pagi ni... moga-moga berkesudahan dalam keadaan cerah baik hingga ke petang nanti.

25 Oktober 2012

TRIP MOTOGP

Catatan Ayah



Jumaat
3 Zulhijjah 1433
19 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Oktober datang lagi....



Bila masuk oktober ni... apalagi... bulan Motogp ler...

24 Oktober 2012

KXO-80G WHITE IMAGE

Catatan Ayah


Khamis
2 Zulhijjah 1433
18 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Hari ni... aku nak tulis berkenaan problem yang terjadi kat General X-ray Toshiba KXO-80G kat HTF ni... sebagai rujukan aku pada masa akan datang.



Masalahnya masih belum diketahui puncanya dan telah berlaku sejak beberapa minggu yang lalu.

17 Oktober 2012

AIR

Catatan Ayah



Isnin
29 Zulkaedah 1433
15 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Air....



Salah satu elemen yang penting dalam kehidupan kita.

15 Oktober 2012

TRIP KE KHLONG NGAE

Catatan Ayah



Sabtu
27 Zulkaedah 1433
13 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



2-3 bulan lepas... ketika minum-minum... aku dan Che Ami ada dok nyembang bab pakaian bundle. Lalu Che Ami mencadangkan kat aku untuk melihat-lihat bundle kat Ban Khlong Ngae, Thailand.



Banyak yang menarik dapat dilihat di situ.... dan Che Ami merancang untuk ke sana selepas musim menuai padi.

10 Oktober 2012

SALAH PARKING

Catatan Ayah



Selasa
23 Zulkaedah 1433
9 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Parking...



Semasa belajar nak ambil lesen memandu.. kita akan diajar cara-cara memarkirkan kereta.

09 Oktober 2012

DEBU

Catatan Ayah



Selasa
23 Zulkaedah 1433
9 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Debu...



Debu salah satu elemen yang boleh dikatakan penting juga dalam kehidupan kita.

08 Oktober 2012

AIR COND KENARI... 182198 KM

Catatan Ayah



Sabtu
20 Zulkaedah 1433
6 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Kebelakangan ni... temperature Kenari aku selalu naik tinggi... tambahan jika on air-cond.



Aku perasan semenjak hantar mak aku ke Bayan Lepas yang lalu. Bila tak on air-cond... temperature ok...

06 Oktober 2012

PERANCANGAN 2013

Catatan Ayah



Jumaat
19 Zulkaedah 1433
5 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Lama juga aku memendamkan hasrat aku ni. Asyik dok plan saja tapi jadinya dak jugak.



Kali ni... insyaAllah akan aku cuba realisasikan juga.

05 Oktober 2012

MENU RAKYAT

Catatan Ayah



Khamis
18 Zulkaedah 1433
4 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Dah lama dah rasanya kedai-kedai makan sekitar Kangar menyediakan menu rakyat ni. 



Menu yang disediakan ada 2 set iaitu menu sarapan yang berharga RM 2 dan menu makan tengahari yang berharga RM 4.

04 Oktober 2012

MASUK BUKU APPOINMENT

Catatan Ayah



Selasa
17 Zuljaedah 1433
3 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Panas sungguh cuaca dalam 2-3 hari kebelakangan ni.



Rasa macam terbakar kulit semasa tunggang motor waktu balik makan tengahari kat rumah.

03 Oktober 2012

C-ARM GE STENOSCOP 2

Catatan Ayah



Isnin
15 Zulkaedah 1433
1 Oktober 2012



Assalamu'alaikum,



Alhamdulillah... akhirnya selesai juga riwayat hidup salah sebuah mesin x-ray yang terdapat kat HTF ni. 



Mesin tersebut adalah c-arm model GE Stenoscop 2. Mesin ni dah digunakan di HTF sejak lebih 10 tahun yang lalu.

02 Oktober 2012

JALAN-JALAN ALOR STAR

Catatan Ayah



Ahad
14 Zulkaedah 1433
30 September 2012



Assalamu'alaikum,



Tak pernah lagi aku dok jalan-jalan kot dalam Alor Star semenjak zaman persekolahan... cuma jika ada kerja yang perlu diselesaikan... go straight to the point place... (betui ke english aku ni...)



Selepas selesai meracun rumput sekeliling rumah... bersiap anak-anak.. kami sekeluarga terus menuju ke Alor Star.. dengan tujuan utama untuk ke Klinik Maha di Alor Star.

01 Oktober 2012

TAYAR MOBILETT PLUS E

Catatan Ayah



Khamis
11 Zulkaedah 1433
27 September 2012



Assalamu'alaikum,



Sekali lagi... ketika mengambil lagi satu mobile x-ray yang terletak kat Wad Tingkat 3 untuk dibawa turun ke JPD... aku dapati ada sedikit masalah.

29 September 2012

ALHAMDULILLAH

Catatan Ayah



Khamis
10 Zulkaedah 1433
26 September 2012



Assalamu'alaikum,



Alhamdulillah... ketika balik makan tengahari tadi... isteri beritahu satu berita yang menggembirakan hati.

28 September 2012

DAH TERTULIS

Catatan Ayah



Rabu
10 Zulkaedah 1433
26 September 2012



Assalamu'alaikum,



Hujan agak lebat hari ni... semenjak tengahari. Awan mendung dah kelihatan semenjak pagi lagi.



Dah dua tiga hari... Kangar dok asyik hujan saja... kalau tak pagi... petang atau malam. Apa-apa pun.. syukur alhamdulillah dengan hujan mahu pun panas.. yang Allah anugerahkan kepada kita. Jangan sesekali mengeluh....

26 September 2012

BULB MOBILETT PLUS E

Catatan Ayah



Rabu
10 Zulkaedah 1433
26 September 2012



Assalamu'alaikum,



Alhamdulillah... hari ni rasmilah sudah penyerahan bangunan baru MRI yang menempatkan mesin-mesin x-ray baru... diserahkan dari kontraktor kepada pihak HTF.



Khabarnya.. majlis dijalankan pada pukul 10.30 pagi dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis...

25 September 2012

SELAMAT AKHIRNYA...

Catatan Ayah



Sabtu
6 Zulkaedah 1433
22 September 2012



Assalamu'alaikum,



Alhamdulillah.. Adik Ein selamat sampai dari Melaka kurang lebih pukul 9 malam semalam... dan Adik Syuhada selamat sampai dari KL kurang lebih pukul 1 pagi...



Terima kasih juga diucapkan kepada As sekeluarga yang menjamu kami semua dinner semalam...

24 September 2012

PERJALANAN MAK BERMULA

Catatan Ayah



Jumaat
5 Zulkaedah 1433
21 September 2012



Assalamu'alaikum,



Tibalah masanya... setelah beberapa tahun menanti... akhirnya Allah mengizinkan mak aku untuk menjadi tetamu-Nya.. menunaikan ibadah haji..

20 September 2012

WASTE CHAMBER 2 ERROR

Catatan Ayah



Khamis
4 Zulkaedah 1433
20 September 2012



Assalamu'alaikum,



On call.. itulah salah satu tanggungjawab yang perlu dipikul bila bekerja dalam bidang aku... Kami sepejabat telah berkongsi.. dan telah membahagi hari yang mana setiap orang akan kena on-call selama 4-5 hari seorang.. secara bergilir-gilir...



Sekali lagi dalam bulan september ni.. aku telah kena on-call selama 5 hari.. jadi tak boleh ke mana-manalah selama 5 hari tu.. standby jer kat rumah... sebab jika ada panggilan... aku perlu attend dalam masa 5 minit...

19 September 2012

ERGONOMICS & MANUAL HANDLING...

Catatan Ayah


Rabu
3 Zulkaedah 1433
19 September 2012



Assalamu'alaikum,



Lagi sekali... hari ni aku kena hadirkan diri ke Regional Office... menghadiri training yang bertajuk "Ergonomics & Manual Handling in Workplace"...



Antara yang terlibat dari Kangar selain aku adalah Mat Noq, Own, Zamri, Suhail, Fiza dan Aishah...

18 September 2012

PEMASANGAN BATERI MOBILETT PLUS HP

Catatan Ayah



Selasa
2 Zulkaedah 1433
18 September 2012



Assalamu'alaikum,



Hampir 2 minggu tugasan aku untuk memasang bateri baru ke mobile x-ray Siemens Mobilett Plus HP tertunda.



Mulanya disebabkan training yang perlu aku hadiri di Alor Star... dan kemudiannya bercuti sebab mengadakan majlis bacaan yaasin kat rumah... untuk mak yang akan mengerjakan haji... yang akan berangkat ke Tanah Suci pada 22 September 2012 nanti...

17 September 2012

NAT POKOK GETAH

Catatan Ayah



Isnin
1 Zulkaedah 1433
17 September 2012



Assalamu'alaikum,



Nat. Mungkin ada orang akan fikir..nat dan skru.



Tapi..bagi orang utara ni..mesti dah tahu apa itu nat.

16 September 2012

WELCOME ABEAWE..

Catatan Ayah



Ahad
29 Syawal 1433
16 September 2012



Assalamu'alaikum,



Terlebih dahulu.. aku ucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke-49..



Beberapa minggu yang lepas.. aku telah menerima panggilan dari Abeawe.. yang katanya akan datang untuk bercuti ke Langkawi..

13 September 2012

BELAJAR BERKOMUNIKASI...

Catatan Ayah



Jumaat
27 Syawal 1433
14 September 2012



Assalamu'alaikum,



Rupa-rupanya.. cara berkomunikasi juga penting dalam melaksanakan tugasan seharian.. dan sepanjang kehidupan..



Silap berkomunikasi.. maka silaplah tanggapan orang lain terhadap kita.. dan silap-silap bakal menimbulkan kemarahan orang.. itu yang aku telah pelajari selama 2 hari semasa menghadiri kursus Mastering Communication Skill With Confidence di Alor Star...

08 September 2012

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 13

Catatan Ayah



Sabtu
21 Syawal 1433
8 September 2012



Alhamdulillah.. kira-kira 2 bulan lebih.. kontraktor dok pulun.. akhirnya bangunan baru yang menempatkan mesin-mesin x-ray yang baru telah siap.. 



Bangunan baru Jabatan Pengimejan Diagnostik.. yang menempatkan 4 mesin utama.. iaitu MRI, CT Scan, General Fluoroscopy dan General X-ray.. bagi menggantikan mesin-mesin MRI, CT Scan dan General Fluoroscopy yang lama.. yang telah rosak akibat telah ditenggelami banjir pada tahun 2010 yang lepas..

07 September 2012

SEMANGAT KEMERDEKAAN...

Catatan Ayah



Jumaat
20 Syawal 1433
7 September 2012



Assalamu'alaikum,



Kita masih lagi dalam bulan kemerdekaan... Alhamdulillah.. sudah 55 tahun kita merdeka dari penjajahan.. semenjak tahun 1511...



Dijajah oleh Portugis, Belanda, Jepun dan British... dan akhirnya merdeka pada 31 Ogos 1957... 

06 September 2012

KEHIDUPAN DAN KEMATIAN...

Catatan Ayah


Khamis
19 Syawal 1433
6 September 2012


Assalamu'alaikum,


Mati itu pasti.. tidak akan lambat walau sesaat.. tidak akan cepat walau sesaat.. dan telah tertulis di Luh Mahfuz..


Sementara dok ada nyawa di badan ni... marilah kita beramal ibadah.. sebagai bekalan nanti..


Tak dak bekalan yang boleh dibawa.. cuma amal soleh dan doa anak-anak yang soleh sahaja...

05 September 2012

RAMAI SANGAT KA ORANG SAKIT...?

Catatan Ayah


Rabu
18 Syawal 1433
5 September 2012


Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah.. tamat sudah program selama 3 hari.. pre-T&C.. untuk mesin baru MRI, CT Scan, General Fluoro dan General X-ray..


Banyak yang aku pelajari hasil dari pengalaman selama 3 hari ni.. InsyaAllah.. akan aku kongsikan pengalaman tu nanti...

04 September 2012

GTTSBK DATANG RUMAH...

Catatan Ayah


Selasa
17 Syawal 1433
4 September 2012


Assalamu'alaikum,


Sabtu lepas.. aku amat berbangga dan berbesar hati... kerana telah menerima kunjungan dari kawan-kawan GTTSBK...


Ketika pulang ke rumah dari Program Alam Ria PASTI... aku telah menerima panggilan telefon dari salah seorang kawan aku dari GTTSBK.. iaitu Antu Korner.. yang mereka bercadang untuk datang ke rumah...

03 September 2012

ALAM RIA PASTI..

Catatan Ayah


Isnin
16 Syawal 1433
3 September 2012


Syawal dah pun ke pertengahannya.. dan masih ramai yang buat rumah terbuka...


Dan tak terlupa...tadika Bang Cik.. juga menganjurkan jamuan Aidil Fitri.. berserta program Alam Ria..

01 September 2012

SHIMADZU JERK

Catatan Ayah


Sabtu
14Syawal 1433
1 September 2012


Assalamu'alaikum,


Lama rasanya aku tak berkongsi pengalaman membuat troubleshooting mesin x-ray...


Semasa dalam bulan ramadhan yang lepas.... ketika aku ke JPD, HTF.. salah seorang Juru X-ray telah memberitahu aku..

30 Ogos 2012

SERVICE KENARI... 178465KM

Catatan Ayah


Khamis
12 Syawal 1433
30 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Sekali lagi...perjalanan Kenari dah sampai tempat komanya...berhenti sat perjalanannya..dek telah tiba masa untuk selenggaraan...

29 Ogos 2012

KAWASAKI W800 - KEMASKINI

Catatan Ayah


Selasa
11 Syawal 1433
29 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Dalam setahun dua kebelakangan ni.. telah mula keluar motor-motor yang berbentuk klasik.. yang diberi nadi baru... 


Bak kata orang.. zaman berputar.. dan kembali semula ke era yang lama..

28 Ogos 2012

ANAK-ANAK...

Catatan Ayah


Selasa
10 Syawal 1433
28 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Pejam celik.. pejam celik.. dah pun masuk 10 Syawal.. bermakna dah 10 hari kita telah meninggalkan ramadhan... begitu cepat rasanya masa berlalu...


Suasana hari raya Aidil Fitri sudah tak terasa dah.. Itulah salah satunya keberkatan ramadhan.. kerana aura ramadhan terasa selama sebulan... tapi aura hari raya cuma terasa kurang lebih seminggu saja.. (bagi aku ler.. orang lain tak tahulah pulak..)

20 Ogos 2012

ZIARAH...

Catatan Ayah


Isnin
2 Syawal 1433
20 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Sesungguhnya.. mati itu pasti.. bila.. dan di mana.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui...


Kita dituntut untuk mengingati mati.. supaya kita sentiasa meningkatkan taqwa.. mengingati Allah Taala.. dan meningkatkan amal ibadah kepada Allah Taala...

19 Ogos 2012

AIDIL FITRI 1433 @ 2012

Catatan Ayah


Ahad
1 Syawal 1433
19 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah... kita telah pun masuk ke bulan Syawal 1433... meninggalkan Ramadhan.. bulan yang penuh keberkatan...


Mudah-mudahan... kita berkesempatan menyambut Ramadhan 1434 yang akan datang...

18 Ogos 2012

MENJELANG AIDIL FITRI 1433..

Catatan Ayah


Sabtu
29 Ramadhan 1433
18 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Hari ni...insyaAllah kita berada di hari terakhir di dalam bulan ramadhan...semoga kita berkesempatan lagi bertemu dengan ramadhan di tahun depan...


Seperti yang telah ditakdirkan Allah Taala..hari 29 Ramadhan 1433 telah jatuh pada hari sabtu...dan jika nampak anak bulan nanti..insyaAllah esok kita akan berhari raya...

15 Ogos 2012

AYAM GORENG HANGAT

Catatan Ayah


Rabu
26 Ramadhan 1433
15 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


InsyaAllah..hujung minggu ni..kita akan menyambut Aidil Fitri..meninggalkan Universiti Ramadhan...


Mudah-mudahan..segala usaha dan pembelajaran sepanjang Ramadhan ni..dapat diteruskan sepanjang tahun...

12 Ogos 2012

JERUBU...

Catatan Ayah


Ahad
23 Ramadhan 1433
12 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Perlis dilanda jerubu lagi nampaknya.


Kat mana puncanya...tak tahulah..nak kata pembakaran jerami...sekarang ni bukan semua orang menuai padi lagi...kalau ada pun..geng-geng petani yang menabur awal jer...

10 Ogos 2012

PASAR RAMADHAN TAMAN KEMAJUAN

Catatan Ayah


Jumaat
21 Ramadhan 1433
10 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Dah pun masuk 21 hari kita berpuasa..dan kini kita telah berada dalam fasa 10 hari dihujung Ramadhan..


Maka...pakat-pakat berebutlah kita..peluang yang masih berbaki...sepanjang ramadhan ni..mana tau kot-kot tahun depan dah tak berpeluang berjumpa dengan ramadhan lagi....


Di hujung-hujung ramadhan ni...selain berebut mengimarahkan masjid...ada juga di kalangan kita yang berebut-rebut mengimarah shopping complex..mencari baju raya.. hehe.. =P

08 Ogos 2012

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 12

Catatan Ayah


Rabu
19 Ramadhan 1433
8 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Nampaknya.. pembinaan bangunan baru yang menempatkan 4 unit mesin x-ray..iaitu CT Scan, Fluorocopy, General X-ray dan MRI mengikut jadual...


InsyaAllah..tak lama lagi keempat-empat mesin tu boleh digunakan...

07 Ogos 2012

PASAR RAMADHAN KANGAR

Catatan Ayah


Selasa
18 Ramadhan 1433
7 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Dah pun masuk 18 hari kita berpuasa di bulan ramadhan ni... Alhamdulillah..


Sepanjang bulan ramadhan ni..ramai rakan-rakan motor dok buat pi berbuka puasa... di sana-sini..rasa hati macam nak join...tapi malas la pulak..nak ride dalam bulan posa ni...takpalah..tengok jer gambiran mereka kat dalam facebook....

05 Ogos 2012

SUNGAI BARU

Catatan Ayah


Sabtu
15 Ramadhan 1433
4 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Panas betul cuaca hari ni...terutama antara jam 12 tengahari hingga waktu asar.. Alhamdulillah, kita umat Islam di Malaysia ni dikurniakan nikmat yang berlimpah-ruah oleh Allah Taala...


Bila badan terasa panas..boleh mandi..kemudian duduk kat depan kipas..malah sesetengah rumah dah ada alat penghawa dingin... Dah tak terasa bahang kepanasan dah....

03 Ogos 2012

SERVICE ELEGAN... 13771KM

Catatan Ayah


Jumaat
14 Ramadhan 1433
3 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Dua tiga minggu yang lepas.. bila bawak Siput Sedut ni..rasa macam kureng sikit....


Semasa slow...ok rasanya...tapi bila laju sikit...akan terdengar semacam benda bergesel..yang kadang-kadang berbunyi semacam....ntah..tak tau nak kata..hehehe.. =P

02 Ogos 2012

HUJAN LEBAT & ANGIN KUAT

Catatan Ayah


Khamis
13 Ramadhan 1433
2 Ogos 2012


Assalamu'alaikum,


Agak lama juga, hujan tak turun sekitar Perlis ni. Panas agak membahang terutama antara pukul 11.30 hingga pukul 3.30 petang. Bila tunggang motor waktu-waktu sebegini..terasa bahang dan hawa yang panas menyapu muka...


Minggu lepas juga..aku berpeluang untuk ke Pasar Ramadhan Simpang Empat...

30 Julai 2012

KOEWTEOW KERANG..

Catatan Ayah




Isnin
10 Ramadhan 1433
30 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Tup tap..tup tap..dah masuk 10 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni... dan esok masuklah fasa ke-2..untuk 10 hari yang kedua...


Bagaimana dengan amalan kita untuk 10 hari yang lepas???.....


Semoga puasa kita mendapat keberkatan dari Allah Taala...

28 Julai 2012

HASRAT HATI...

Catatan Ayah




Sabtu
8 Ramadhan 1433
28 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Baru dapat info...yang menimbulkan keinginan hasrat hati...


Semua kejadian akan berlaku dalam bulan Oktober nanti....:-P

27 Julai 2012

RESTORAN RUSNANI TOMYAM..

Catatan Ayah


Jumaat
7 Ramadhan 1433
27 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


"Kandis buka dak dalam bulan puasa ni?", aku bertanya kepada kawan aku...Own


Restoran Kandis ada aku nukilkan di dalam blog ni suatu ketika dulu..


"Buka kot...", balas Own.. "Hang nak pi makan-makan kat situ ka?", sambung Own lagi...

26 Julai 2012

FLOW ALARM...

Catatan Ayah


Khamis
6 Ramadhan 1433
26 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Dah lama rasanya tak kena panggil ketika on-call...


Tapi...dalam minggu lepas..ketika sedang dalam on-call...telah masuk satu call untuk mesin hemodialysis...


"Flow alarm...problem yang depa repot...", ujar staf helpdesk di hujung talian...

25 Julai 2012

MURTABAK BERATUR..

Catatan Ayah


Rabu
5 Ramadhan 1433
25 Julai 2012




Assalamu'alaikum,




Di hari pertama bekerja dalam bulan ramadhan tahun ni..tak banyak kerja yang dilakukan...


Masa banyak dihabiskan dengan membaca manual dan berborak kosong..selepas meeting pagi...

24 Julai 2012

LAICIKANG...

Catatan Ayah




Selasa
4 Ramadhan 1433
24 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


"Alhamdulillah..hari ni telah pun masuk hari ke-4 kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini..dan hari ini juga genaplah 4 hari kita menunaikan fardhu puasa. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dalam semua ibadah yang dilakukan..."

23 Julai 2012

LAJUNYA

Catatan Ayah




Isnin
3 Ramadhan 1433
23 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah, 8 Julai 2012 yang lalu..usiaku telah mencecah ke angka 40... Begitu cepat rasanya masa berlalu...


Sebermula di tahun 1972..di mana aku dilahirkan...dan mula bertadika di Tadika Kemas di usia 4 tahun di Kampung Binjai...dan kemudiannya berpindah ke Tadika Kemas Kampung Surau...di usia 5 dan 6 tahun..

22 Julai 2012

NGETEH RENAZ2

Catatan Ayah


Ahad
2 Ramadhan 1433
22 Julai 2012


Assalamu'alaikum,




Alhamdulillah..telah masuk hari ke-2 kita berpuasa di bulan Ramadhan ni... Dan tahun ni juga..Bang Cik Haikal mula belajar berpuasa. Kelmarin Bangcik berjaya berpuasa sehingga pukul 1.00 tengahari. Hari ni tak tau lagi macam mana. Harap-harap berjaya seperti kelmarin atau kot-kot boleh lajak hingga pukul 2.00 petang pulak. Nanti tunggu dan tengok macam mana. Lagipun pagi tadi ketika sahur, Bangcik siap makan nasi tambah 3 kali....hahaha... =)

20 Julai 2012

KAWAN LAMA

Catatan Ayah


Jumaat
30 Syaaban 1433
20 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah..esok masuk 1 Ramadhan 1433...bulan yang mulia...di mana semua umat Islam akan mengerjakan salah satu rukun Islam...iaitu bepuasa di bulan Ramadhan...semoga kita semua akan mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini...


Baru-baru ni...aku telah mendapat kunjungan...

19 Julai 2012

TTS DANNOK

Catatan Ayah




Khamis
29 Syaaban 1433
19 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Lama dah dok teringin nak makan daging bakar kat Dannok ni...


Khabarnya...daging bakarnya sedap...dan juga perut lilit gorengnya...

18 Julai 2012

TUKAR PULLEY SIPUT SEDUT... 12800KM

Catatan Ayah


Rabu
28 Syaaban 1433
18 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Baru-baru ni...aku telah tukarkan pulley Siput Sedut... dan ada aku catatkan di sini...


Bila bawak..boleh dikatakan agak smooth...tapi pick-upnya masih terasa kurang lagi...akan terasa terutama ketika kat traffic light....

17 Julai 2012

SELAMAT HARI LAHIR... FAHMI

Catatan Ayah


Selasa
27 Syaaban 1433
17 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Sesungguhnya..rezeki Allah ada di mana-mana.. Sudah tertulis..dalam seminggu sebelum menjelang Ramadhan..rezeki Allah datang mencurah-curah..


Selepas jamuan makan seminggu yang lalu yang aku ukirkan di sini... dan makan durian.. yang juga aku hebahkan di sini...kali ni sekali lagi kami sepejabat dihidangkan dengan makanan... Alhamdulillah...

16 Julai 2012

DURIAN OH DURIAN

Catatan Ayah


Isnin
26 Syaaban 1433
16 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


"Teringat durian pulak dah...", terpampang mesej yang aku terima dari Che Ami...


"Pasang dah...ada lagi ka durian kat Balik Pulau?..", balas aku.. Balik Pulau, Pulau Pinang memang terkenal dengan duriannya... seingat aku..kali terakhir aku dan Che Ami ke Balik Pulau pekena durian dulu pada tahun 2010...perincian ride tu ada aku paparkan di sini...

15 Julai 2012

HSB VS HTF

Catatan Ayah


Ahad
25 Syaaban 1433
15 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Seumur hidup aku...belum pernah lagi aku main futsal...


Bukan apa...cuma aku kurang berminat sikit dalam hal-hal main bola ni...setakat suka tengok saja...


Namun begitu...aku tetap support kat kawan-kawan yang dok main futsal ni...satu riadah yang baik untuk kesihatan...

12 Julai 2012

MAKAN...MAKAN...MAKAN...

Catatan Ayah


Khamis
22 Syaaban 1433
12 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Musim durian dah pun nak sampai ke penghujung musim... Boleh tengok kat pasar-pasar malam..malahan tepi-tepi jalan..akan terdapat peniaga yang menjual durian secara borong... Dah tak kira kilo dah...main longgok saja...


Pagi tu..sebaik sampai opis...bau wangi durian telah memasuki deria hidu aku...

11 Julai 2012

BERHUJAN KE BALING

Catatan Ayah


Rabu
21 Syaaban 1433
11 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Panggilan tugas datang lagi...kejap Kulim..kejap Sik..dan kali ni Baling...


Tugasan di Baling kali ni...akan memakan masa selama 2 hari...yang melibatkan 2 unit General X-ray dan 2 unit Mobile X-ray...

09 Julai 2012

PESTA BUKU PERLIS 2012

Catatan Ayah


Isnin
19 Syaaban 1433
9 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Suatu petang...isteriku telah berbisik kepada aku...


"Bangcik buat perangai pulak dah...", bisik isteriku..

08 Julai 2012

FTPT 2012 @ BIKERZ KITCHEN

Catatan Ayah


Ahad
18 Syaaban 1433
8 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah...sampailah episod terakhir catatan pengalaman FTPT 2012...yang telah berlangsung selama 3H4M dalam bulan Mac 2012 yang lalu...


Perjalanan FTPT...yang melalui Kangar-Baling-Grik-Rantau Panjang-Kota Bahru-Kuala Besut-Cameron Highland-Simpang Pulai-Gurun-Kangar...

07 Julai 2012

FTPT 2012 @ GUA MUSANG

Catatan Ayah


Sabtu
17 Syaaban 1433
7 Julai 2012


Assalamu'alaikum


Bersambung lagi dalam siri catatan pengalaman FTPT 2012 yang masih belum habis lagi...


Kini kami dalam perjalanan pulang ke Perlis dari Kuala Besut...melalui Kuala Krai-Gua Musang-Cameron Highland-Simpang Pulai....terus menerusi Lebuhraya Plus ke Kangar...

06 Julai 2012

JAMUAN MENYAMBUT RAMADHAN 1433H

Catatan Ayah


Jumaat
16 Syaaban 1433
6 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah..dalam 2 minggu lagi..kita akan menyambut Ramadhan 1433H...semoga kita dipanjangkan umur dan berkesempatan untuk bertemu dengannya...InsyaAllah...


Lama dah rasanya kami sepejabat tak buat makan-makan... Kalau dulu..setiap bulan kami akan buat collection untuk buat makan-makan ni...

04 Julai 2012

CUCI RANTAI - 2

Catatan Ayah


Rabu
14 Syaaban 1433
4 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Ramai jugak kawan-kawan dok tanya aku...bagaimana nak menjaga rantai dan mencuci rantai...


Aku bukannya pandai pun bab-bab penjagaan rantai ni... Dengan pembacaan, sembang-sembang dengan kawan-kawan yang telah lama berkecimpung dalam era permotoran...serta bersembang dengan mekanik..aku telah mencuba pelbagai kaedah dalam bab mencuci rantai motor ni....

03 Julai 2012

REPAIR ELEGAN... 12096KM

Catatan Ayah


Selasa
13 Syaaban 1433
3 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Dah semakin jauh Si Siput Sedut ni meneroka jalan...baik jalan kampung, jalan negeri, jalan persekutuan...mahupun lebuhraya...

02 Julai 2012

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 11

Catatan Ayah


Isnin
12 Syaaban 1433
2 Julai 2012


Assalamu'alaikum,


Semakin hari...semakin pesat nampaknya pembinaan bangunan baru Hospital Tuanku Fauziah ni....


Berikut adalah beberapa gambiran yang aku sempat ambil beberapa minggu yang lalu...untuk perkongsian bersama....

27 Jun 2012

FTPT 2012 @ KUIH TEPI JALAN

Catatan Ayah


Rabu
7 Syaaban 1433
27 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Penuh belakang Kenari...yang tak besaq mana pun...dengan keropok..


Ada keropok lekor...ada keropok kering...ada keropok segera...serta dengan sos-sosnya... Jenuh makan nanti kat rumah...

26 Jun 2012

FTPT 2012 @ KEROPOK LEKOR

Catatan Ayah


Selasa
6 Syaaban 1433
26 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Agak lama terhenti catatan perjalanan aku sekeluarga ke Pantai Timur..


Terakhir sekali...kami telah menginap di Kuala Besut, Terengganu...

25 Jun 2012

RIDE LUNCH PAK BARA 2012

Catatan Ayah


Ahad
4 Syaaban 1433
24 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Pak Bara lagi... hehehehe... 


Inilah kali ke-5 aku ke Pak Bara, Thailand...kelmarin 23 Jun 2012...dan kali ni bersama-sama kawan-kawan Northen Comunity Bikers....


Kali pertama dulu...dengan kapcai bersama-sama kawan-kawan sekerja...kemudian aku pi sorang-sorang..uruskan sewa chalet...kemudian pergi ke sana bersama-sama dengan GTTSBK..dan minggu lepas pergi dengan Doc ZoolMD..

21 Jun 2012

TUKAR TAYAR KENARI... 173478KM

Catatan Ayah


Khamis
1 Syaaban 1433
21 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


2-3 minggu lepas... sampailah masanya untuk penukaran tayar Kenari...nampaknya..dah semakin 'botak' dah bunganya...


Mileage Kenari ketika tu...dah pun mencecah 174378km...

19 Jun 2012

RIDE PAK BARA 2012 with DOC ZOOLMD

Catatan Ayah


Selasa
29 Rejab 1433
19 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Motor Doc ZoolMD pun dah siap dibaiki... dan hari jumaat lepas.. beliau telah pun sampai ke Kangar untuk membawa pulang Firebladenya...

18 Jun 2012

RECTIFIER..OH RECTIFIER...

Catatan Ayah


Isnin
28 Rejab 1433
18 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Motor Doc ZoolMD yang rosak beberapa minggu yang lalu...telah pun diperiksa oleh pomen dari Aik Huat...dan suspect mengalami kerosakan rectifier...yang menyebabkan bateri tak dapat dichargekan kembali...

17 Jun 2012

BERSAMA DR ZOOLMD

Catatan Ayah


Ahad
27 Rejab 1433
17 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Sebaik sampai rumah dari office Jumaat 1 Jun 2012 yang lepas...aku telah menerima satu mesej...yang mengkhabarkan.. salah seorang kawan aku..Dr ZoolMD dari KL telah mengalami kerosakan motor..dan tersangkut kat Stadium Darul Aman..

15 Jun 2012

TAKZIAH... SHAH

Catatan Ayah


Jumaat
25 Rejab 1433
15 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Terkejut dan sedih...tiba-tiba mendapat berita pagi tadi...yang mana salah seorang sahabat permotoran aku..iaitu Shah telah kembali ke rahmatullah...

12 Jun 2012

SERVICE KENARI... 171758KM

Catatan Ayah


Selasa
22 Rejab 1433
12 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Tup-tap...tup-tap..mileage Kenari dah pun mencecah 171758km...dan dah berusia 7 tahun... Ini bermakna..dok congak-congak..purata sebulan Kenari ni bergerak sejauh lebih kurang 2044km sebulan...

10 Jun 2012

PEKENA SUP TULANG KAT CHANGLUN..

Catatan Ayah


Ahad
20 Rejab 1433
10 jun 2012


Assalamu'alaikum,


Beberapa bulan yang lepas...selepas balik dari kerja..aku terasa sangat kepingin nak makan sup tulang.. Tak tau pasai apa..dah terasa macam sup tulang dah berada depan mulut..hahaha.. Dah jadi macam orang mengandung pulak.. =P

08 Jun 2012

SIPUT SEDUTKU...

Catatan Ayah


Jumaat
18 Rejab 1433
8 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Nampak gayanya...bebanan tugasan semakin bertambah...dan semakin kerap aku kena outstation...ke semua hospital sekitar Perlis dan Kedah..


Jadual telah aku aturkan...dan nampak gayanya..setiap minggu aku harus keluar ke serata hospital sehingga  bulan ogos nanti...bagi melaksanakan amanah yang diberikan...iaitu membuat penyelenggaraan dan ujian kualiti (QA test) untuk mesin-mesin x-ray...

06 Jun 2012

NASI ARAB

Catatan Ayah


Rabu
16 Rejab 1433
6 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Lama juga dok teringin nak makan nasi arab ni...(betui ke Tok Arab makan nasi ni..hehehe...)


Banyak dok tengok kat wall facebook kawan-kawan...dok bubuh gambar-gambar menjamu selera nasi arab ni...

05 Jun 2012

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 10

Catatan Ayah


Selasa
15 Rejab 1433
5 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Begitu cepat masa berlalu...dan projek penambahan bangunan Hospital Tuanku Fauziah terus berlangsung...

04 Jun 2012

INDAH ALAM CIPTAAN ALLAH

Catatan Ayah


Isnin
14 Rejab 1433
4 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Tak dak apa aku nak tulis hari...cuma nak kongsi sedikit gambiran akan keindahan alam (pada pemandangan mata kasar aku) ciptaan Allah Taala...

03 Jun 2012

SERVICE ELEGAN... 11406KM

Catatan Ayah


Ahad
13 Rejab 1433
3 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Mileage Siput Sedut dah pun mencecah ke 11406km...dan tibalah masanya untuk selenggaraan dilakukan...

02 Jun 2012

ULAR.. ULAR.. ULAR

Catatan Ayah


Sabtu
12 Rejab 1433
2 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Alhamdulillah...isnin lalu pada 28 Mei 2012 yang lepas.. aku sekeluarga berkesempatan untuk ke Pameran Ular yang berlangsung di Muzium Negeri Kedah..

01 Jun 2012

SEPETANG BERSAMA ABE MAT

Catatan Ayah




Jumaat
11 Rejab 1433
1 Jun 2012


Assalamu'alaikum,


Hari ahad yang lepas.. iaitu 27 Mei 2012.. adalah hari yang amat bermakna bagi aku...


Dalam dok relaks-relaks kat rumah bersama Adik Iman... anak aku yang bongsu.. aku telah menerima satu panggilan telefon..


"Hello.. Assalamu'alaikum..", kedengaran suatu suara di hujung talian...


"Wa'alaikumsalam..", balas aku..

31 Mei 2012

PEMBUKAAN MSSM 2012

Catatan Ayah


Khamis
10 Rejab 1433
31 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Agak lama terdelay aku nak naikkan entry ni..mengenai peristiwa yang diadakan di Perlis baru-baru ni... iaitu Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM ke-54... yang berlangsung di Stadium Utama Kangar.

30 Mei 2012

SOLO RIDE #40

Catatan Ayah




Rabu
9 Rejab 1433
30 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Kesekian kalinya...aku perlu ke Hospital Sik sekali lagi...bagi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada aku..dan sekali lagi..khidmat Siput Sedut digunakan..


Alhamdulillah..dengan adanya Siput Sedut..beban yang ditanggung oleh Kerbau Hitam dapat diringankan...

29 Mei 2012

KEMPEN DERMA DARAH 2012

Catatan Ayah




Selasa
8 Rejab 1433
29 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Sekali lagi...yang tak salah aku..adalah kali ke-2 FMS menganjurkan kempen derma darah...dan merupakan kali pertama dalam tahun 2012..


Dan aku juga tak melepaskan peluang untuk turut serta...sebab dah lama rasanya aku tak menderma darah ni... Kali terakhir..rasanya hujung tahun 2011 yang lalu..

28 Mei 2012

KERBAU HITAMKU DAN GPS...

Catatan Ayah


Isnin
7 Rejab 1433
28 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Zaman beredar.. dari mundur kepada maju... dan terus bertambah maju... Pembangunan semakin rancak dengan berbagai prasarana... dari kota hinggalah ke desa...


Dulu.. ke mana-mana saja.. aku hanya cuma berpandukan papan tanda sahaja.. dan menggunakan sistem BTO... iaitu Berhenti Tanya Orang... jika tersesat dan tak tahu menuju ke sesuatu destinasi...


Sekarang... zaman sudah berubah... dengan terciptanya sistem yang dipanggil GPS....

27 Mei 2012

SUKANEKA PASTI 2012

Catatan Ayah


Ahad
6 Rejab 1433
27 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Pertama-tama kali aku nak ucapkan tahniah kepada Bang Megat dan Kak Miah yang telah mengadakan kenduri kahwin anak mereka.. iaitu Shukor dan pasangannya hari ni...


Dan juga... aku ucapkan selamat datang ke Perlis kepada Abe Mat dan Kak Zmah... Abe Mat dan Kak Zmah adalah antara otai-otai yang aku kagumi... yang banyak pengalaman ride overlander... banyak kisah-kisah ride mereka dipaparkan di http://ceritaku.my


Hari ni... aku nak kongsi pengalaman aku sekeluarga ketika Hari Sukaneka Tadika anak aku.. iaitu Bang Cik Haikal... yang kini sedang belajar di Tadika Pasti Al-Islah 2.. dalam tahun 6..

22 Mei 2012

SPORT DAY HR AULAD BESTARI 2012

Catatan Ayah


Selasa
1 Rejab 1433
22 Mei 2012


Assalamu'alaikum,


Kasut sukan dah dibeli... pakaian sukan juga dah dapat... jadi hari yang ditunggu-tunggu Adik Iman dah sampai... iaitu Sport Day Tadika HR Aulad Bestari 2012...


Sport Day Tadika HR Aulad Bestari telah diadakan pada 19 Mei 2012 yang lepas...  Ini adalah kali pertama hari sukan diadakan untuk Tadika HR Aulad Bestari semenjak pembukaannya  5 bulan yang lepas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...