04 Disember 2011

UTAN AJI BAKAL BERUBAH WAJAH LAGI

Catatan Ayah

Ahad
8 Muharram 1433
4 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Kat Perlis ni tak dak daerah, cuma ada mukim sahaja. Antara mukim di Perlis ni adalah Utan Aji.

Hampir 40 tahun aku berada di Utan Aji ni dan kampung aku adalah Kampung Sentang, salah sebuah kampung yang agak kecil sahaja dalam Utan Aji ni.

Banyak cerita-cerita sejarah yang berlaku di Utan Aji ni kalau rajin bersembang dengan orang-orang tua/lama.

Banyak cerita-cerita lama seperti lagenda Tok Tina Aluih yang mempunyai ketinggian 3 kali ganda orang dewasa (kubur beliau boleh dilihat di Kampung Binjal), lagenda Tok Arau dan bagaimana Tok Arau boleh berpindah dan bertapa di Bukit Air (terdapat batu yang dikatakan bekas tapak kaki Tok Arau), Tok Surau, Tok Binjal dan sebagainya dan nama-nama ini telah dijadikan nama-nama kampung.

InsyaAllah akan aku ceritakan nanti...

Sepanjang hampir 40 tahun aku tinggal di Utan Aji ni juga, banyak perubahan dan pembangunan telah berlaku.

Untuk pengetahuan, Utan Aji ni terletak dalam Parlimen Arau dan DUN Tambun Tulang, rasanya kebanyakan orang tahu siapa wakil rakyatnya iaitu Dato Sri Dr Shahidan Kassim.

Photobucket

Photobucket

Antara perubahan-perubahan yang akan berlaku adalah di Titi Chai, sebuah pekan kecil di Utan Aji dan tak jauh dari rumah aku.

p/s: teringat bagaimana marahnya ayah aku dulu bila orang panggil nama Titi Chai, padahal dulu orang panggil pekan kecil ni Kepala Batas. Disebabkan dulunya terdapat titi dan berdekatan dengan titi tu ada sebuah rumah yang penghuninya bernama Chai, terus dipanggil Titi Chai. Khabarnya Chai ni bukan penduduk asal, jadi tak sepatut namanya dijadikan nama tempat. Itulah penyebab kemarahan ayah aku dulu. Tapi sehingga sekarang orang memanggil Kepala Batas pada suatu ketika dulu dengan Titi Chai.

Kat sini dulunya adalah kawasan sawah padi tapi telah ditambak dengan tanah sejak kurang lebih 5 tahun yang lalu.

Cuma baru-baru ni projek perumahan dan kedai akan dibangunkan. Projek perumahan ni letaknya berhadapan dengan Kedai Nyonya Bujang (Nyonya pun dah tua sekarang ni dan kedai dah diambil-alih oleh anaknya).

Photobucket

Photobucket

Tak jauh dari Titi Chai, berhadapan dengan Stor TNB telah dibangunkan Pejabat Kesihatan Negeri Perlis di mana kawasan ni dulu pun adalah kawasan sawah padi.

Pejabat Kesihatan ni pun telah dibuka dan sekarang ni divider jalan sedang dibuka untuk membolehkan kenderaan keluar masuk ke Pejabat Kesihatan.

Photobucket

Photobucket

Apabila divider kat depan Pejabat Kesihatan Negeri perlis dibuka, maka rasanya kat depan Taman Sentua ni pula akan ditutup.

Sebelum ni kat sinilah penduduk-penduduk setempat membuat u-turn untuk masuk ke Lebuhraya Kuala Perlis-Changlon.

Photobucket

Photobucket

Kat depan simpang tiga Titi Chai ni pula nampaknya akan dibina divider dan berkemungkinan akan diletakkan lampu isyarat.

Aku sokong diletakkan lampu isyarat kat sini kerana simpang ni terlalu sesak waktu peak terutama pagi dan waktu pasar malam pada hari ahad dan khamis.

Untuk pengetahuan, pasar malam Titi Chai ni cukup famous terutamanya pada hari ahad.

p/s: masih terbayang keadaan Utan Aji sewaktu aku kecil-kecil dulu dan perbezaan-perbezaan yang dapat dilihat sekarang. Cuma ianya termetri dalam ingatan tanpa ada sebarang gambar bercetak. Semoga entri ni akan menjadi kenang-kenangan anak cucu aku nanti, bagaimana keadaan Utan Aji pada tahun 2011... bagaimanakah rupa Utan Aji nanti lagi 20~30 tahun akan datang?...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

1 ulasan:

  1. Salam, cuba buat kajian tentang sejarah bukit raja yg skrg dah jadi kuari.
    Menurut beberapa sumber dulu di atas bukit raja ada istana lama. Ada kaitan dgn makam Tok Tina Aluih.
    Menurut sejarah Tok Tina Aluih seorang raja kerajaan siam islam purba.
    Hubungi saya di email: norizan8888@hotmail.com

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...