11 Disember 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Catatan Ayah

Ahad
15 Muharram 1433
11 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Sepanjang cuti sekolah ni, pasti ramai yang akan mendirikan rumahtangga. Dan semakin banyaklah undangan kenduri yang perlu dihadiri..

Selain kenduri walimatul urus, ada juga kenduri sebab meraikan anak-anak yang berkhatan.

Jadi, di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" dan "Selamat Menimbang Menantu Baru" kepada mak saudara aku (kakak kepada mak aku) iaitu Mak Cik Mah yang tinggal di Behor Inai, Perlis.

Kenduri kahwin rumah MakCik Mah, Kenduri Atan kahwin pada 3 Disember 2011

Majlis kenduri telah diadakan di Behor Inai baru-baru ini.. dan kali ni menantu orang Terengganu..

Syabas dan tahniah kepada Atan...

Kenduri kahwin rumah MakCik Mah, Kenduri Atan kahwin pada 3 Disember 2011

Tak lupa aku ucapkan kepada Amir yang juga menjadi seorang suami baru-baru ni. Amir juga telah selesai akad nikah pada minggu lepas dan khabarnya kenduri kat sini akan diadakan pada Januari tahun depan.

"Eden ucapkan solamat pongantin baru kat ekau...", kerana mendapat isteri orang Negeri Sembilan.. =)

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...