28 Disember 2011

RIDE PAK BARA.. (BHG4)

Catatan Ayah

Rabu
3 Safar 1433
28 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Mandi dah... solat dah... perut pula bersuara...

Sebaik keluar dari bilik, ramai yang dah menunggu di restoran yang diusahakan oleh Mami iaitu ibu angkat kepada Ali yang mengusahakan chalet ni.

"Apa kita nak makan malam ni?" terdengar Own bersuara.

"Apa-apa pun tak pa..", balas aku.

Kemudian Pijan bersuara, "Senang saja.. kita kira satu kepala Bhat 100, jadi kita ada Bhat 1400, kita tanya Mami apa yang kita boleh dapat dengan Bhat 1400 ni..."

"Bagus juga idea tu", balas Own.

Lalu Pijan berjumpa Mami dan Ali dan menyatakan cadangan tadi dalam bahasa rojak (melayu + thai + inggeris).

Sambil membelek-belek menu dan menekan kalkulator, Ali bercakap-cakap dengan Mami dalam bahasa Thai membincangkan apa yang boleh dimasak dengan jumlah wang sebanyak itu.

Tak lama, Ali mencadangkan beberapa menu kepada kami.

Sabar menunggu Mami menyediakan masakan.

Photobucket

Photobucket

Tak beberapa lama, inilah antara hidangan yang kami dapat dengan nilai Bhat 1400.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Leka menjamu selera...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Akhirnya...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Alhamdulillah.. sedap dan masing-masing kekenyangan. Jadi.. apalagi.. melepak ler..

Tak lama kemudian, Salihin mengajak kami ronda-ronda melihat keindahan malam sekitar Pak Bara.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa yang aku boleh kata, tiada sebarang aktiviti tak elok yang kelihatan sekitar Pak Bara ni pada sebelah malam.

Malah, pekannya menjadi pekan mati dan semua kedai tutup bermula jam 11 malam kecuali kedai-kedai 24 jam.

Aku dan Che Ami telah berhenti sekejap kat salah sebuah kedai 24 jam untuk membeli sedikit jajan. Bukan apa.. habuan nak dok menyembang sat lagi sambil menikmati angin pantai.

Kami pulang semula ke chalet dan mula mengelilingi meja yang ada kat situ. Jadi bermulalah sesi meyembang dan merapu sambil layan makan jajan yang telah dibeli tadi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sambil disirami cahaya rambulan...

Photobucket

Punya dok meyembang, sedar-sedar dah pun pukul 3.30 pagi. Esok dah nak balik Perlis, jadi masing-masing balik ke bilik untuk rehatkan diri.

p/s: aku tidur dulu yer... esok dah nak balik...

Wassalam

2 ulasan:

  1. Welcome to Pak Bara and Visit again
    http://pakbarathailand.blogspot.com/

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...