27 Disember 2011

RIDE PAK BARA.. (BHG3)

Catatan Ayah

Selasa
2 Safar 1433
27 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Pak Bara akhirnya. Cantik keadaan di sini dan bersih.

Mai aku cerita sikit berkenaan Pak Bara dari kaca mata aku. Pak Bara ni letaknya di sebelah pantai barat selatan Thailand di antara Lan-Ngu dan Trang. Ia menjadi tumpuan ramai orang yang ingin beriadah di tepi-tepi pantai. Selain itu ianya juga menjadi tempat berlepasnya kaki-kaki pancing yang ingin memancing di laut dalam. Ianya juga menjadi tempat berlepas ke Pulau Kok Lipe dan Pulau Tarotao iaitu pulau-pulau peranginan di Thailand.   Kedudukan koordinatnya 6° 51' 0" North, 99° 49' 0" East.

Boleh dikatakan majoriti penduduk di Pak Bara ni beragama Islam, bahkan akan kedengaran azan berkumandang setiap kali masuk waktu solat dari masjid-masjid dan surau berdekatan. Banyak juga kedai-kedai makan yang halal yang diusahakan oleh penduduknya yang beragama Islam. Jadi soal makan minum di sini tak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya cuma mungkin dari segi komunikasi.

Kebanyakan harga barangan di sini pun agak murah jika dibandingkan di Malaysia. Kalau boleh aku bandingkan secawan ais krim cocktail kat Malaysia dalam lingkungan belasan ringgit secawan tapi kat Pak Bara hanya dalam lingkungan RM5 sahaja (pandangan peribadi aku). Bak kata orang, syurga makan. 

Kebanyakan penduduk di sini menjadi nelayan, peniaga makanan dan pengusaha kraftangan serta pengusaha ikan kering.

Pada pandangan mata kasar aku, soal kebersihan di sini juga agak memuaskan. Pekannya bersih, cuma bila malam boleh dikatakan pekan mati kerana tiada sebarang aktiviti selepas 10 malam.

Itulah serba sedikit pandangan aku mengenai Pak Bara.

Sebaik sahaja berhenti kat kedai makan tepi pantai tu, masing-masing ambil kesempatan berehat di tepi pantai. Ada juga yang makan dan minum. 

Sementara yang lain-lain dok makan, aku dan Che Ami ambil kesempatan untuk ronda-ronda mencari chalet untuk penginapan kami malam nanti. Nak makan masih kenyang lagi dek penangan pulut ayam kat Wang Prachan tadi. 

Pusing punya pusing, akhirnya kami memilih untuk menginap di Marina Bungalow Resort.

Photobucket

For info, kalau ada sesiapa yang akan ke Pak Bara dan ingin menginap di sana, boleh contact nombor telefon seperti tertera kat gambar di bawah.

Photobucket

Sewa semalam kat sini berharga Bhat 350 untuk bilik berkipas angin dan Bhat  400 untuk bilik berhawa dingin.

Rata-rata kadar sewa chalet kat Pak Bara yang aku perolehi sepanjang pencarian chalet tadi antara Bhat 220 hingga Bhat 500.

Selesai semua makan dan minum, kami terus menuju ke Marina Bungalow Resort.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Ali, berbangsa Pakistan yang mengusahakan chalet ini
Photobucket
Harga keseluruhan bilik Bhat 1,800 untuk 14 orang

Photobucket
masing-masing menunggu untuk bilik disiapkan

Photobucket
pantai hadapan chalet
Photobucket
keadaan bilik

Photobucket

Selepas masing-masing mendapat bilik, aku terus ke bilik untuk berehat seketika. Alangkah sedapnya bila dapat mandi dan tidur sekejap.

Selesai mandi dan tunaikan kewajipan, tiba-tiba perut terasa lapar pula. Lalu aku terus ke restoran kepunyaan ibu angkat Ali yang dipanggil dengan nama Mummy (seorang wanita separuh umur berbangsa Thai Islam). Lagipun aku cuma makan pagi tadi jer kat Wang Prachan.

Photobucket

Photobucket
somtam

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apalagi, order makan jer lah. Sedap juga masakan Mummy.

Selepas makan, aku pusing-pusing sekitar chalet dan kawasan berhampiran. Yang lain-lain ada yang mengail, menyembang dan ada juga yang tidur.

Photobucket
Suhail ambil peluang mengail

Sempat menjengok industri ikan kering di sebelah chalet.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selepas solat asar, aku bersama Che Ami, Salihin dan Mat Di keluar  meronda sekitar Pak Bara untuk melihat aktiviti-aktiviti masyarakat setempat dan keindahan di sini.

Photobucket

Kami berhenti kat jeti yang terdapat di sini.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
nelayan keluar mencari sotong

Sekitar perkampungan nelayan kat sini.

Photobucket

Photobucket

Photobucket
landmark kat Pak Bara

Selepas puas meronda-ronda sekitar jeti, kami beredar ke tempat lain pula. Terjumpa sebuah van pengembara. Kisah mereka boleh dibaca di sini tapi dalam bahasa Perancis ler...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Mungkin mereka juga dalam edisi mengelilingi dunia menaiki van.

 Photobucket
motor dijadikan motor roda tiga

Photobucket

Photobucket
berhenti beli goreng pisang kat salah sebuah kampung di Pak Bara

Kemudian kami beredar menyusuri jalan utama sehingga ke kawasan pekan berhampiran dengan Pak Bara sekitar 10 km dari Pak Bara.

Photobucket
arahan pemakaian topi keledar

Photobucket
salah satu motor berkuasa tinggi yang aku jumpa

Photobucket
Tesco kat sini

Photobucket
motor klasik yang diubahsuai

Photobucket
industri kampung

Setelah puas meronda, akhirnya kami berhenti untuk minum di tepi pantai pula.

Photobucket

Photobucket

Photobucket
jualan kasut bundle

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selesai minum kami pulang semula ke chalet. Mandi, tunaikan kewajipan dan rehat sekejap. Kejap lagi ada edisi makan malam pula.

p/s: Oklah... aku nak mandi dulu...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

6 ulasan:

  1. Wah....akhirnya berjaya juga sampai ke sini.Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...akan datang lagi...

      Padam
  2. perghh...van tu... tapi tak pelik pun.. orang malaysia nak motor pun dah sampai europe da..

    BalasPadam
  3. Macam menarik juga Pak Bara nie...khabarnya Koh Lipe pun sangat cantik. Boleh plan sekali ke sini nanti.

    BalasPadam
  4. Yang menariknya kat Pak Bara..makanannya yg murah berbanding tempat2 lain kat Siam...Koh Lipe pun cantik...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...