26 Disember 2011

RIDE PAK BARA.. (BHG2)

Catatan Ayah

Isnin
1 Safar 1433
26 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, makan pun sudah, perut pun dah kenyang, jadi time to tayar bergolek kembali. Cuaca masih lagi sejuk dan nyaman. Semasa berbaris untuk cop passport tadi, aku sempat berbual dengan seorang penduduk Thai yang boleh berbahasa melayu, katanya Pak Bara sekarang ni asyik dok hujan saja. Minta-minta tu, janganlah hujan dan mohon Allah anugerahkan cuaca yang baik sepanjang perjalanan.

Selepas makan, semua berkumpul. Masing-masing kekenyangan dek pukulan pulut ayam =). Setelah masing-masing bersedia, perjalanan seterusnya bermula.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kat langit, kadang-kadang ternampak tompok-tompok awan hitam. Orang Perlis panggil pokok hujan. Namun begitu, semakin lama cuaca semakin cerah dan mula membahang. Perjalanan setakat sekarang masih lagi steady dan tiada sebarang masalah yang timbul.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Menjadi pemandangan biasa kat sini, kebanyakan penunggang motorsikal tidak memakai topi keledar. Banyak juga kedapatan motorsikal yang telah diubahsuai menjadi motorsikal beroda tiga. Ianya digunakan sama ada mengangkut barang-barang atau pun orang.

Photobucket

Pemandangan kiri kanan jalan juga agak menarik. Kebanyakannya terhidang dengan sawah padi yang terbentang luas dan bukit-bukau, diselang-seli dengan ladang getah dan kelapa sawit.

Photobucket

Dalam dok ralit-ralit bawa motor, satu kejadian yang agak lucu telah terjadi. Ketika itu, jarak untuk sampai ke Pak Bara masih lagi berbaki 11 km. Ketika lagi 1 km nak sampai Pekan La-Ngu, ada sebuah motorsikal roda tiga yang membawa barang-barang jualan menuju ke arah Pak Bara. Terdapat banyak periuk yang aku rasa mempunyai pelbagai masakan yang akan diniagakan. Tiba-tiba saja tudung periuk telah terjatuh dan bergolek ke jalan. Nasib baik Nadzari dan Yusuf sempat mengelak. Alhamdulillah tiada sebarang kemalangan berlaku.

Photobucket
pasar sehari di Pekan La-Ngu
Perjalanan diteruskan. Jam menunjukkan hampir 12 tengahari. Nampaknya hampir 2 jam kami menunggang tanpa henti. Aku yang dok kat belakang sekali nampak pelbagai gelagat geng-geng kat depan. Ada yang mengubah kedudukan punggong atas seat, ada yang mengunjurkan kaki dan ada yang berdiri atas pedal sekejap-sekejap yang menunjukkan masing-masing sudah tak selesa.

Amboi.. nampaknya leader konvoi iaitu Salihin tak sabar-sabar nak sampai Pak Bara ni, sampai tak mahu berhenti rehat sekejap. Namun Own yang bertindak sebagai salah seorang marshall menyedari situasi ini, lalu memecut ke depan untuk memberitahu Salihin agar berhenti sekejap untuk kendurkan urat.

Akhirnya kami berhenti sekejap di tepi jalan. Rasanya Pak Bara dah tak jauh dah. Dalam lingkungan 5~6 km lagi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Setelah berehat seketika, masing-masing bersetuju untuk teruskan perjalanan. Setelah semuanya siap, perjalanan menuju ke Pak Bara diteruskan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Akhirnya kami sampai ke Pak Bara. Cantik tempatnya dengan pantai yang bersih dan pulau-pulau yang berbalam-balam kelihatan di tengah laut. Kami terus mencari tempat berehat sementara nak mencari chalet dan tempat makan tengahari.

Selepas berpusing-pusing seketika, kami berhenti di sebuah kedai makan yang letaknya di tepi pantai. Cantik pantainya... =)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

p/s: izinkan kami berehat seketika yer.. sat lagi nak pusing-pusing cari chalet penginapan pula..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. lain kali masa berxpdc jgn guna spender, guna seluar pendek,barulah tak melecet..ha ha..

    BalasPadam
  2. kesian kat 2-3 org yang tak biasa ride jauh-jauh.. yg lain-lain yg dah biasa tak masalah.. hehehe...

    yg dah biasa kebanyakan dah prepare awai2.. pakai boxer atau seluar pendek.. =P

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...