25 Disember 2011

RIDE PAK BARA.. (BHG1)

Catatan Ayah

Ahad
29 Muharram 1433
25 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Selepas ride ramai-ramai dengan rakan-rakan awal tahun yang lalu ke Satun, tercetus idea untuk ride ke Pak Bara pula. Pengalaman ride ke Satun boleh dibaca di sini.

Masa tu kami pergi ke Satun sehari saja, pergi sebelah pagi dan pulang pada sebelah petangnya. Cuma pergi makan tengahari saja kat sana.

Semasa di Satun, dapat info yang Pak Bara adalah salah satu tempat yang menarik di Thailand. Jadi dari situ tercetus idea untuk terjah ke Pak Bara.

Selepas hampir 2 bulan merancang, kami ambil keputusan untuk ke Pak Bara pada 17 Disember 2011 yang lalu dan pulang semula ke Perlis pada 18 Disember 2011, iaitu selama 2 hari 1 malam. Selepas diwar-warkan, seramai 14 orang akan join ride kali ni. Bagi memeriahkan lagi suasana, aku telah menempah t-shirt sebagai kenang-kenangan ride kali ni.

For info, Pak Bara ni terletak berhampiran dengan La-Ngu dan Satun di Thailand. Jaraknya dari Kangar dianggarkan 120 km dan mungkin memakan masa 3 jam untuk sampai ke sana.
Kali ni aku ambil keputusan untuk menunggang Wave 100 aku memandangkan rakan-rakan yang lain akan menunggang kapcai.

Mengikut perancangan, kami akan berkumpul di Tasik Melati seawal jam 8 pagi dan akan bertolak jam 8.30 pagi melalui Wang Kelian.

Kini sampailah masa dan ketika untuk kami merealisasikan perancangan untuk ke Pak Bara. Dua hari sebelum tu, aku, Own dan Nadzari telah ke Changloon untuk membeli insuran kenderaan. For info, insuran untuk motorsikal berharga RM15 untuk 9 hari. Dan kita mesti membelinya sekurang-kurangnya untuk 9 hari walaupun hanya akan ke Thailand selama 2 hari 1 malam.

Segala keperluan telah pun aku siapkan. Segala dokumen seperti passport dan insuran Thailand, selain itu geran motorsikal serta sedikit pakaian sudah tersedia. Duit pun dah ditukar. Masa tu aku tukar dengan rate tukaran wang asing RM100 bersamaan dengan Bhat 970.

Photobucket
bersedia untuk menjelajah negara Gajah Putih
Seawal jam 7.30 pagi 17 Disember 2011, aku keluar dari rumah dengan menunggang Wave 100 aku. Minta-minta tu janganlah Wave aku ni bawa masalah sepanjang jalan. Dalam beg sudah siap dibekalkan segala spanar dan screw driver sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Lebih kurang jam 7.50 pagi aku sampai ke Tasik Melati. Nampaknya belum ada sesiapa lagi. Dah jadi orang pertama ni yang sampai.

Photobucket

For info, Tasik Melati terletak kat Beseri dan kalau tak salah aku, Tasik Melati ni adalah tasik buatan manusia. Sebelah petang dan pagi, Tasik Melati menjadi tumpuan ramai orang untuk beriadah. Selain tu ada juga yang datang bermain bot remote control.

Photobucket

Photobucket

Tak lama, seorang demi seorang pun sampai. Antara yang turut serta kali ni.. aku, Own, Pijan, Nadzari, Salihin, Mat Di, Ariff, Che Ami, Suhail dan kawannya, Jat dan kawannya dan Shahid dan kawannya. Semua naik kapcai.

Setelah semua berkumpul, kami collect seorang RM50 sebagai perbelanjaan chalet dan makan. Jika tak cukup nanti, akan collect lagi di sana.

Photobucket

Setelah semua bersedia, sedikit taklimat diberikan. Konvoi akan lead oleh Salihin. Che Ami dan Own akan bertindak sebagai marshall dan aku sendiri bertindak sebagai sweeper.

Selesai taklimat, kami semua pakat berdoa agar perjalanan kami mendapat perlindungan Allah Taala dan dijauhkan dari sebarang malapetaka.

Photobucket
bergambar kenangan sebelum bertolak
Selesai bergambar, kami semua bertolak menuju ke Wang Kelian. Kelajuan kami hanya santai sekitar 50 hingga 80 km/j sahaja.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Alhamdulillah, cuaca amat baik dan jalan pun agak lengang.

Photobucket

Photobucket

Sampai di Kaki Bukit, kami berhenti untuk menukarkan duit kutipan tadi ke Bhat. Malangnya kedai money changer tu tak buka. Jadi, kami ambil keputusan untuk tukar di Wang Kelian nanti.

Photobucket

Sebelum sampai Wang Kelian, kami singgah sebentar kat stesen minyak terakhir sebelum sampai Wang Kelian untuk top-up minyak. Bukan apa, nanti minyak kat Thailand agak mahal.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tak lama kat sini, selesai saja isi minyak, perjalanan diteruskan.

Photobucket

Malang tak berbau, aku dok kat belakang sekali ternampak ada sebatang besi (pelapik ekzos) motor Jat hampir tertanggal. Jadi, aku, Jat dan Own berhenti sekejap untuk mengetatkan balik skru pelapik tu. Nasib baik tak terkeluar semasa mendaki bukit Wang Kelian tadi. Alhamdulillah semuanya selesai dengan elok.

Photobucket

Yang lain-lain teruskan perjalanan ke Wang Kelian. Kami mengekori dari belakang yang agak terkemudian sedikit. Akhirnya semua sampai ke Wang Kelian dengan selamat dan rejoin kembali.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Proses pertama sebaik sampai Wang Kelian adalah cop border pass atau passport dulu kat Imegresen Malaysia.

Photobucket

Selesai urusan dengan Imegresen Malaysia, terus kami berurusan dengan pihak Kastam Thailand pula.

Photobucket

Terus ke kaunter untuk cop border pass dan passport. For info, sekali cop akan dikenakan bayaran RM1. Untuk border pass cuma cop saja tetapi untuk passport, kita dikehendaki mengisi borang yang dipanggil white card.

Selesai urusan cop border pass dan passport, kami ke kaunter lagi satu untuk daftarkan kenderaan yang dinaiki pula. For info, kita dikehendaki mendaftarkan kenderaan kita iaitu Permit Import Kenderaan Sementara dengan pihak Kastam Thailand. Kita dikehendaki menyediakan salinan geran kenderaan dan border pass atau passport untuk pihak Kastam Thailand memasukkan perincian data ke dalam sistem mereka. Kemudian mereka akan keluarkan salinan permit dan kita kena bayar RM5.

Photobucket

Alhamdulillah, semuanya selesai tanpa sebarang masalah. Jadi kami berkumpul semula dan pergi bersarapan dahulu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tak ramai orang kat Wang Prachan pada hari sabtu ni. Kalau hari ahad mesti sesak.

p/s: Oklah, bagi kami bersarapan dahulu kat Wang Prachan ni sebelum bergerak. Aku nak makan pulut ayam sat...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...