06 Disember 2011

PENGALAMAN PERTAMA

Catatan Ayah

Selasa
10 Muharram 1433
6 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Hampir 3 tahun aku menggunakan kamera Lumix DMC-FS62 ni. Setakat ni aku amat berpuas hati dengan prestasinya.

Dan dah 3 tahun juga aku menggunakan memory card 2G SD yang didatangkan bersama dengan kamera ni yang telah mengambil lebih 1,000 keping gambar dan video.

Kini tibalah masanya untuk aku upgrade memory card (sebab nak upgrade kamera/video cam belum cukup modal.. hehehe.. =))..

Selepas membaca semula manual kamera ni, semak-semak spesifikasi.. nampaknya kamera aku ni boleh guna memory card sehingga 32G SDHC.

Banyak tempat aku survey memory card 32G SDHC ni.. nampaknya kebanyakannya agak mahal. Bayangkan 8G SDHC dah mencecah RM100.. inikan pula 32G SDHC.

Hampir seminggu juga dok survey.. selepas bersembang dengan beberapa orang rakan, depa syorkan kat aku untuk beli online kat ebay. Mulanya aku bimbang juga bila beli online ni.. kot-kot kena tipu tapi bak kata orang.. tak cuba tak tahu..

Dalam masa yang sama, aku survey juga harga memory card ni kat ebay dan ternyata harganya agak murah walaupun dalam matawang luar.

Dalam banyak-banyak memory card, aku terjumpa iklan dari UK dan termurah antara banyak-banyak memory card yang diiklankan di ebay.

Photobucket

Disebabkan harganya termurah (free shipping lagi) dan cuma RM116.71 (selepas convert ke RM), aku gamble untuk order.. jika kena tipu pun taklah ralat sangat. Lagipun rakan aku ada beritahu, jika barangan di bawah RM500 tak kena tax...

So.. apalagi.. order sajalah..

 Photobucket

 Photobucket

Akhirnya selepas 2 minggu (seperti yang dijanjikan pembekal), aku telah dapat memory card 32G SDHC ni yang datangnya dari Hong Kong.

Untuk pengetahuan, pembayaran dibuat dengan menggunakan paypal.

Kini.. memory card 32G SDHC sudah pun berada di tangan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selepas dicuba kat kamera Lumix aku, ia berfungsi dengan baik sekali dan ready untuk beraksi semasa Ride Pak Bara nanti...

Next project.. InsyaAllah nak beli bullet HD Cam pulak, nak letakkan kat Kerbau Hitam aku... =)

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. pergh, besar memori kamera phone tu..byk boleh stor gambar. sy ambil gambar guna phone memori saja...

    BalasPadam
  2. saya banyak menggunakan kamera ni sewaktu dok buat test dan troubleshooting x-ray.. kadang2 still picture dan kadang2 video.. tu yang ambik memory yg agak besar sikit..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...