08 Disember 2011

KODAK DIRECTVIEW - SCANNER ERROR 10050-0

Catatan Ayah

Khamis
12 Muharram 1433
8 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Dah dua tiga hari cuaca amat panas di Perlis ni. Bila tunggang motor waktu tengah hari, kulit terasa seperti terbakar dek bahang matahari.

Waktu-waktu sebegini, kalau dapat dok kat bilik berhawa dingin mesti syok. Tambah-tambah lagi kalau layan tidur....

"Pi dok kat JPD sat la, sejuk sikit", terlintas di fikiran aku untuk lepak sekejap kat Jabatan Pengimejan Diagnostik (JPD) yang terkenal dengan kesejukan suhu penghawa dinginnya. Untuk pengetahuan, suhu di JPD dikawal supaya sentiasa berada dalam 20 hingga 22 darjah celcius.

Terus aku menuju ke perkarangan JPD dan duduk berehat sekejap di sofa yang tersedia di situ.

"Ramai juga pesakit hari ni", aku berkata sendiri.

Semakin manusia maju dan moden, semakin ramai pula yang jatuh sakit. Namun itu semua adalah ujian Allah Taala. Teringat kata-kata Ustaz yang mengajar kuliah maghrib di masjid kampung aku. Menurut beliau, penyakit yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya adalah penghapus dosa-dosa kecil.

Dalam dok mengelamun, tiba-tiba terdengar suara memanggil aku.

"Haaaa... Mizal, mai tolong tengok CR ni sat", sapa Puan Saw.

Puan Saw adalah salah seorang Juru X-ray senior yang bertugas di JPD ni selaku Juru X-ray untuk kes-kes mammography. Aku mengenali beliau semenjak tahun 1998 lagi. Masa tu JPD masih lagi kat bangunan lama dan HTF masa tu dikenali sebagai Hospital Besar Kangar. Tahun 2003 baru JPD dipindahkan ke bangunan sekarang.

"Awat Saw... CR jadi macam mana?", soal aku seraya bangun dari sofa yang empuk tu dan menuju ke arah beliau lalu berjalan menuju ke arah CR bersama-samanya.

Untuk pengetahuan, CR (Computed Radiography)  ni adalah dari model DirectView22 keluaran Kodak. Ia terdiri dari reader yang akan 'membaca' data dari x-ray screener cassette dan terdapat pula Laser Imager yang akan print imej x-ray yang dicapture dari CR ke bentuk filem. Ia adalah pengganti kepada film processor yang digunakan suatu masa dahulu.

"Reader dia tak kenal semua cassette mammo. Tapi kalau normal cassette, OK pulak", ujar Puan Saw sambil menunjukkan error message yang tertera kat skrin monitor.

 CR Kodak

CR Kodak

"OK, nanti saya call orang Kodak, nak buat macam mana", balas aku.

Untuk pengetahuan, CR ni telah diberikan kontrak kepada pihak Kodak kerana ia agak complicated dan hanya pihak Kodak sahaja yang boleh baikinya. Pihak kodak juga meletakkan password untuk memasuki service mode.

"Macam mana asalnya yang boleh jadi macam ni?", soal aku kepada Puan Saw.

"Mulanya tadi cassette tersangkut. Selepas dibuka, timbul pula error message ni", balas Puan Saw.

Kemudian aku menelefon jurutera Kodak untuk memberitahu masalah ni dan meminta nasihat apa yang perlu dilakukan.

Menurut jurutera Kodak, ia mungkin disebabkan oleh software problem, tapi sebelum tu beliau menyuruh aku untuk off sistem. Biarkan seketika dan kemudian on kembali. Jika error message masih sama, beliau terpaksa datang untuk membuat pembaikan.

Selepas tamat perbualan telefon dengannya, aku terus mencuba seperti apa yang telah disuruh.

Alhamdulillah, masalah selesai.

p/s: semoga entri ni dapat dijadikan rujukan di kemudian hari jika masalah yang sama berlaku.

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...