02 Disember 2011

KEPUTUSAN???..

Catatan Ayah

Jumaat
6 Muharram 1433
2 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Agak lewat aku sampai office hari ni. Suasana agak lengang dan lapang, tak seperti kebiasaan. Kalau waktu ni pakat dok sesak kat punch card.

"Hari ni hari kerja ke cuti...", terdetik di fikiran aku bila melihatkan suasana yang agak lengang tu.

Jam sudah menunjukkan pukul 7:50 pagi. Tak lama kemudian baru ternampak Suhail yang sentiasa dengan senyuman melerek dan yang lain-lain.

"Mungkin pakat ambil cuti kot selepas selesai akreditasi", aku berkata sendiri sambil membuka pintu office, terus menuju ke meja aku.

Tak seperti kelmarin dan hari-hari sebelumnya. Semua orang nampak sibuk dek penangan audit akreditasi. Tak senang duduk dibuatnya.

Teringat aku dua hari lepas, Fiza memanggil aku untuk menjawab panggilan telefon dari bos aku.

"Hang pi X-ray sat... standby.. orang-orang MSQH dalam perjalanan menuju ke X-ray dari Dialysis", kata bos aku di hujung talian.

"OK..", aku menjawab ringkas lalu bersiap menuju ke Jabatan Pengimejan Diagnostik (JPD).

Sebaik sampai JPD, aku berlegar-legar sekitar perkarangan JPD untuk melihat-lihat beberapa equipment.. kot-kot ada yang tak kena.

Photobucket

Alhamdulillah.., semuanya dalam keadaan yang terkawal. Suasana nampak agak lapang dan teratur.

Untuk rekod, JPD adalah antara jabatan-jabatan yang mesti akan dibuat penilaian setiap kali audit diadakan di HTF. JPD juga telah mendapat beberapa anugerah terbaik seperti 5S dan sebagainya dan sering dijadikan antara tempat lawatan dari pihak luar untuk dijadikan contoh.

Syabas kepada semua staf JPD.

Photobucket

Selang beberapa minit, pegawai-pegawai penilai MSQH sampai dan diekori beberapa staf HTF dan bos aku. Mereka terus masuk ke JPD dan melihat-lihat keadaan sekitar.

Selain itu mereka juga berbincang beberapa perkara dengan Ketua Jabatan, Pegawai Sains Fizik dan lain-lain berkisar dengan penjagaan dan pengurusan aset.

Photobucket

Dan seperti biasa, aku hanya melihat dari jauh saja.., sesuai dengan status aku sekadar pekerja biasa sahaja...

Setengah jam berlalu.., penilaian selesai di JPD. Dan khabarnya antara jabatan-jabatan yang dibuat penilaian hari tu selain JPD adalah Unit Hemodialysis dan Makmal Patologi.

Kelmarin..., 1 Disember 2011.., selesailah sudah penilaian selama 3 hari yang bermula dari 29 November 2011 yang lepas dan khabarnya telah dibuat closing meeting kelmarin.

Apakah keputusannya?

Adakah HTF berjaya menyambung kembali sijil akreditasinya?

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. Depa suka no mai tengok Xray..saya dulu kerja kat Nuklear pun rajin juga depa mai semak.letihhh..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...