24 Disember 2011

FAMILY TRIP TO CAMERON HIGHLAND - PT4

Catatan Ayah

Sabtu
28 Muharram 1433
24 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Selamat bercuti dan selamat beristirehat kat Cameron Highland diucapkan kepada Own dan Nadzi sekeluarga.

Hari ni, aku nak sambung balik cerita pengalaman aku sekeluarga menjelajah ke Cameron Highland.

Dalam dok ronda-ronda kawasan ladang teh, terasa titisan air menyapu muka. Adakah titisan air dalam kabus atau titisan air hujan? Awan di langit nampak agak mendung dan suhu agak sejuk.

Jam di tangan sudah menunjukkan hampir pukul 2 petang. Namun dek kerana kedudukan Cameron Highland di tanah tinggi dan berbukit, cuaca yang panas tak terasa.

Kini tibalah masanya untuk kami bergerak pulang. Kenderaan kat tempat parkir masih banyak dan tiada tempat kosong. Bahkan ketika aku hendak keluar dari parkir pun, dah siap kereta menunggu untuk menggantikan tempt parkir aku tadi. Masih banyak kenderaan yang diparkirkan di bahu jalan.

Photobucket

Photobucket

Sepanjang jalan keluar dari Kg Raja, aku lihat banyak kenderaan yang datang dari Simpang Pulai. Cuaca mula menunjukkan hari nak hujan. Sudah terasa air hujan menitik kat atas bumbung Kenari.

Photobucket
Bas yang kemalangan masih belum dialihkan

Sepanjang jalan, kami singgah sebentar di setiap kedai yang ada, saja nak tengok apa yang dijual.

Meiko Pemborong Cenderamata...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

88 Holiday Fun Garden. Kat sini kami beli banyak juga sayur. Kira-kiranya seminggu dua ni jadi vegetarian ler aku.. =)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Perniagaan Choon Low yang juga banyak menjual sayur-sayuran dan bunga..

Photobucket

Photobucket
Banyak dapat dilihat land rover macam ni kat Cameron Highland

Avant Chocolate.

Photobucket

Photobucket
Ramai geng-geng SBK selalu lepak kat sini

Aneka ragam makanan terdapat di sini.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Ruang makan

Kat sini juga dapat melihat ladang strawberi. Selepas itu kami singgah kat sebuah lagi kedai yang terakhir sebelum turun ke Simpang Pulai.

Photobucket

Photobucket
Kenderaan yang amat berguna melalui liku-liku bukit

Pelbagai jenis teh.

Photobucket

Photobucket

Akhirnya, kami teruskan perjalanan pulang.

Photobucket

Syok juga melayan selekoh sebab dah tak banyak kenderaan. Kalau lah aku bawa Kerbau Hitam..... Semapat juga kami berhenti kat gerai-gerai orang asli dan beli sedikit petai dan rebung. Tapi harganya agak mahal berbanding kebiasaan.

Photobucket
Isi minyak dulu kat stesen minyak kat Simpang Pulai

Perut mula terasa lapar. Panas mula terasa. jam pun dah menunjukkan hampir pukul 3.30 petang.

Selepas isi minyak kat Petronas tadi, aku terus mencari kedai makan. Mulanya aku ke Bikerz Kitchen, namun belum beroperasi. Terus aku pergi ke kedai makan berhampiran iaitu Warung Aliran Mentari. Tapi lauk-pauk pula dah habis dan masakan goreng-goreng belum dibuat.

Photobucket

Jadi kami beredar dari situ dan terus ke Restoran Nasi Kandar Pulai.

Photobucket

Photobucket

Lepas makan, kami terus bergerak balik. Sebaik keluar dari Simpang Pulai dan masuk lebuhraya, hujan turun dengan lebat sekali sehinggalah sampai Terowong Menora.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Akhirnya kami berhenti sekejap di R&R Sungai Perak untuk menunaikan tanggungjawab.

Photobucket

Kat R&R Sungai Perak ni bateri kamera aku dah 'kong'. Selepas selesai menyempurnakan kewajipan, kami teruskan perjalanan pulang. Cuaca masih lagi berhujan sehinggalah sampai Juru.

Akhirnya kami berhenti di R&R Gurun untuk berehat sekejap dan menunaikan kewajipan. Sempat juga melihat gerhana bulan kat sini yang baru hendak bermula. Selesai semua urusan, kami teruskan perjalanan pulang.

Kami sampai rumah sekitar pukul 12 tengah malam. Tamatlah pengalaman perjalanan melancong kami sekeluarga dari jam 5.15 pagi hingga 12 tengah malam ke Cameron Highland. 

p/s: InsyaAllah nantikan pengalaman aku ride ke Pak Bara, Thauland

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...