22 Disember 2011

FAMILY TRIP TO CAMERON HIGHLAND - PT3

Catatan Ayah

Khamis
26 Muharram 1433
22 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Agak lama aku tak menulis. Sabtu dan ahad lepas, aku telah ke Pak Bara, Thailand dengan menunggang Wave 100. InsyaAllah nanti akan aku ceritakan pengalaman ke sana. Isnin malam yang lepas pula, Bang Cik.. anak aku yang ketiga dimasukkan ke Wad Pediatrik kerana asma. Petang kelmarin baru keluar. Jadi agak kalut juga dalam seminggu ni.

Oklah.. mulai hari ni, jadual aku dah pun kembali seperti biasa rasanya...

Hari ni aku nak sambung lagi pengalaman membawa famili ke Cameron Highland minggu lepas...

Selepas memandu hampir 1 1/2 jam mendaki, akhirnya kami sampai ke destinasi iaitu Tea House Cameron Bharat.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Ramai juga pengunjung kat Bharat Tea ni hinggakan penuh tempat letak kenderaan. Aku tengok hinggakan ke luar diletaknya kenderaan. For info, kedudukan Bharat Tea ni agak ke atas sikit dari jalan utama.

Photobucket

Photobucket

Suasana kat luar ni agak sejuk tapi taklah sehingga perlu memakai pakaian tebal. Cuaca pun agak basah selepas hujan dan titisan-titisan gerimis terasa di muka.

Photobucket

Alhamdulillah, sebuah kereta bergerak keluar dari parkir, lalu tanpa berlengah aku isi kekosongan ruang parkir yang sudah di depan mata.

Sebaik selesai mengunci semua pintu Kenari, kami sekeluarga pun bergerak masuk ke Bharat Tea. Inilah pertama kalinya aku sampai ke Bharat Tea.

Photobucket

Terdapat 4 bahagian jika dilihat kat Bharat Tea ni. Apabila masuk ke situ, ruang pertama adalah ruang minum (atau aku panggil kedai minum... =)). Terdapat 2 bahagian makan/minum iaitu ruang kat bawah dan kat atas. Jika lepak kat atas, boleh layan pemandangan ladang teh yang saujana mata memandang terbentang luas. Kat bahagian dalam pula terdapat bahagian kedai yang menjual pelbagai jenis teh dengan pelbagai rasa, manakala kat sebelahnya pula adalah kedai yang menjual pelbagai cenderamata.

Kami sekeluarga terus menuju ke kedai yang menjual pelbagai jenis teh. Pusing-pusing melihat teh, aku dapati terdapat pelbagai jenis rasa teh yang ditawarkan antaranya teh perasa strawberi, perasa lemon dan pelbagai lagi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Teringat kepada Nadzari yang telah memesan untuk dibelikan teh. Jadi aku berpusing-pusing melihat pelbagai teh dan telah membeli 2 kotak teh yang dipesan oleh Nadzari dan sekotak untuk kegunaan sendiri.

Selesai bahagian teh, aku terus ke bahagian kedai minum. Cadangannya hendak merasa teh tarik yang digembar-gemburkan beberapa rakan yang sedap katanya.

Lalu setelah melihat-lihat menu, aku order teh tarik dan teh halia madu. Komen aku, teh halia madu yang disediakan taklah sesedap mana. Nampaknya teh dibuat dengan memasukkan madu dan kepingan halia ke dalam teh. Rasanya tak sedap mana pun. Sedap lagi teh halia yang disediakan di Kedai Makan Al-Saggof kat Jejawi. Manakala teh tariknya biasa saja.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selesai minum, kami ke kedai sebelah yang menjual cenderamata pula. Sempat aku beli beberapa key-chain untuk anak-anak..

Cuaca nampaknya semakin gelap dengan awan mendung berarak lalu. Dari kejauhan, ternampak kabus yang seakan-akan baru keluar dari celahan bukit. Aman tenang sekali suasananya. Terasa titisan air di muka sekali sekala.

Keluar dari kedai cenderahati, kami meluru ke arah ladang teh. Sempat juga memetik beberapa helai daun teh sebagai kenangan.

Photobucket

Photobucket

p/s: Jom layan pemandangan sekitar ladang teh dulu... =)

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...