16 Disember 2011

FAMILY TRIP TO CAMERON HIGHLAND - PT2

Catatan Ayah

Jumaat
20 Muharram 1433
16 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Esok pagi, aku dan rakan-rakan akan bertolak ke Pak Bara.. insyaAllah. Nanti balik dari Pak Bara, akan aku ceritakan pengalaman ride ke Pak Bara, insyaAllah..

Tapi sebelum tu, mai aku nak sambung lagi cerita aku dan famili jalan-jalan ke Cameron Highland.. dan kali ni perjalanan dari Simpang Pulai menuju ke Cameron Highland.

Alhamdulillah, kenyang sudah.. Sedap juga mee kuah kat Kedai Pak Usop ni. Nasi lemaknya biasa jer. Orang pulak aku tengok semakin ramai datang hinggakan kerusi meja pun dah tak cukup.

Tak lama, Superyan datang dengan anak kesayangannya membawa t-shirt yang aku telah tempah tempohari. 

"Rumah aku bukannya jauh.. 5 minit jer dari sini..", ujar Superyan tadi semasa aku hubungi beliau melalui talian telefon.

Selepas bersembang seketika dan mengambil t-shirt, kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Cameron Highland.

"Kalau gerak awal, boleh elak jem..", ujar Superyan sebelum aku bertolak.

"Selalunya, bila tengahari jem agak teruk..", sambung beliau lagi.

"Ok.. harap-harap tu janganlah jalan jem.. InsyaAllah petang nanti kalau saya turun awal, saya roger Superyan..", balas saya. Selepas bersalaman, aku terus menghidupkan Kenari dan keluar menyusuri jalan Simpang Pulai-Cameron Highland.

Photobucket

Ke depan sedikit, kami singgah sekejap kat Petronas yang berdekatan untuk melepaskan hajat kecil. Kat sini pun ada juga contengan tangan-tangan yang gatal dan siap letakkan nombor telefon untuk perkhidmatan gay. Nampak gaya makin teruk juga budaya sekarang ni yang banyak menjurus ke arah songsang. Inilah akibatnya (pendapat aku lah) bila pendidikan awal kurang menerapkan kepada pendidikan agama.

Kat Petronas ni juga, aku berselisih dengan dengan group motor LC135 yang sedang berkumpul sambil bergambar sebelum naik ke Cameron Highland.

Photobucket

Dalam perjalanan naik ke Cameron Highland, dua tiga kali aku berselisih dengan kenderaan yang menghala ke Simpang Pulai memberi high beam. Nampaknya kat depan ada roadblock ni. Tak boleh laju-laju ni. Padan ler tak nampak geng-geng SBK naik Cameron Highland hari ni.

"Semua pakai tali pinggang keledar dak?", tanya aku kepada famili sambil memandu.

"Ok.. siap..", balas anak aku..

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Geng-geng LC135 yang jumpa kat stesen minyak tadi

Seronok juga dok melayan selekoh. Kalaulah aku membawa Kerbau Hitam... alangkah nikmatnya. Tapi.. tak boleh laju mana pun sebab kenderaan agak banyak dan bergerak perlahan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Benar seperti sangkaan, tak lama kami bertemu dengan sekatan jalan yang dibuat oleh Polis Trafik. Banyak juga kereta yang kena tahan. Rasa-rasanya kena speed trap tapi kat mana depa tembak... tak tahulah. Dan semestinya geng-geng LC135 tadi kena tahan. Habis diselongkarnya segala dokumen tapi dah tugas polis.. terima jer lah.

Alhamdulillah, aku lepas dari sekatan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Kat sini rasanya tempat Kay Bikerz Kitchen jatuh motor baru-baru ni..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sebaik sahaja memasuki daerah Cameron Highland, kabus mula kelihatan dan agak tebal. Hinggakan pemanduan agak terganggu dek kabus yang tebal. 

Pemanduan aku menjadi perlahan. Pada masa yang sama, kami berselisih dengan kemalangan yang menyebabkan sebuah bas persiaran telah terbalik ke dalam longkang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Bas yang telah terbabas..

Photobucket

Tempat tujuan kami kat Cameron Highland ni adalah Bharat Tea. Saja nak rasa keenakan teh kat situ yang selalu digembar-gemburkan oleh rakan-rakan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Akhirnya... sampai juga kami sekeluarga ke Bharat Tea...

Photobucket

Photobucket

p/s: aku nak cari parking sat.. nanti aku sambung lagi ceritera ni... =)

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...