14 Disember 2011

FAMILY TRIP TO CAMERON HIGHLAND - PT1

Catatan Ayah

Rabu
18 Muharram 1433
14 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Hari sabtu nanti, aku akan ride to Pak Bara, Thailand dengan rakan-rakan. Ikut jadual, kami akan bertolak dari Perlis pada hari sabtu pagi dan pulang ke Perlis pada hari ahad.

Jadi sebelum ke sana, aku bawa dulu famili berjalan-jalan (lesen beb untuk ride ke Siam.. =)). Destinasi kali ni adalah ke Cameron Highland. Lagi pun famili aku belum lagi pernah ke sana. Aku baru kali ke-2 ke sana...

Lagipun, t-shirt yang aku tempah sebagai pakaian rasmi ke Pak Bara (cewah!!!) dah pun siap. Orang kata minum air sambil menyelam, jadi boleh ambil t-shirt sekali.

Ikut rancangan asal, aku nak ke Cameron Highland dengan Kerbau Hitam, tapi dah bawa famili ni, aku ubah rancangan dengan terbang ke sana menaiki Kenari jer lah...

Seawal jam 4.00 pagi kami semua bangun. Setelah semuanya siap, kurang lebih jam 5.15 pagi, kami sekeluarga bertolak dari rumah. Yang keluar awal pagi tu bukan apa, supaya boleh sampai ke Cameron Highland sebelum tengahari. Sebabnya, kami ke sana hanya day trip, sebelah petang akan pulang semula ke Perlis.

Suasana pagi sejuk banget, dengan tiupan angin timur (winter wind bak kata Dato Seri Shahidan Kassim) dan suasana yang sunyi sepi.

 Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kenderaan kat atas jalan pun agak lengang. Manakan tidak, kebanyakan orang masih lagi dok buat taik mata kecuali mereka yang bangun mengerjakan solat tahajjud.

Kurang lebih pukul 6.30 pagi, kami sampai Gurun. Jadi kami telah berhenti sekejap di R&R Gurun untuk menunaikan tanggungjawab. 

Photobucket

Photobucket

Lama juga aku tak singgah R&R Gurun arah selatan ni. Kalau berhenti pun hanya untuk isi minyak saja. Banyak juga perubahan yang dilakukan oleh pihak PLUS terutama surau dan tandas (rasa jakun pulak... =)).

Cuma kat tandas tu agak kurang bersih. Malahan ada banyak pula tulisan-tulisan tangan yang suka menconteng harta awam dan bermacam-macam cerita aku boleh baca sambil melepaskan hajat. Hinggakan siap tinggalkan nombor telefon untuk 'gay'. Apa nak jadi dengan orang Malaysia ni la ni.. Mintalah mereka semua diberikan hidayah oleh Allah Taala dan mohon Malaysia bebas dari sebarang bala bencana.

 Photobucket

Photobucket

Selesai tunaikan kewajipan, kami teruskan perjalanan. Suasana pagi semakin cerah dan keadaan kenderaan semakin banyak kat atas jalan.

Photobucket

Photobucket

Kesesakan kenderaan semakin banyak bila sampai Seberang Jaya. Sempat juga berselisih dengan group SBK kat Juru. Selalunya kat R&R Juru ni dijadikan RV point geng-geng utara sebelum konvoi ride ke mana-mana.

Keadaan mula berkabus sebaik sampai Alor Pongsu, Perak. Boleh dikatakan sepanjang jalan berkabus.

Photobucket

Photobucket
Geng-geng ni yang jumpa kat Juru tadi

Photobucket

Cuaca cerah bila sampai Teroeong Menora. Lagipun matahari pun sudah mula meninggi.

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Sampai Ipoh..

Akhirnya hampir pukul 9.00 pagi kami sampai Simpang Pulai. Kenderaan agak banyak dan sesak. Mungkin ramai yang nak naik Cameron Highland kot. Lagi pun sekarang ni musim cuti sekolah jadi berpusu-pusulah orang berjalan-jalan dengan keluarga masing-masing.

Photobucket

Photobucket

For infoPhotobucket

Di Simpang Pulai, aku berhenti kat Kedai Pak Usop untuk bersarapan. For info, Kedai Pak Usop ni adalah salah sebuah kedai yang selalu dijadikan port geng-geng motor berhenti sebelum mengasah tayar naik ke Cameron Highland. Cuma hari ni tak dak pulak geng-geng SBK naik ke Cameron Highland sebab khabarnya polis dan JPJ tengah dok buat operasi dan roadblock kat Jalan Simpang Pulai-Cemron Highland ni..

Photobucket
Kedai Pak Usop

Ramai pula orang bersarapan kat Kedai Pak Usop pagi ni. Kami sekeluarga cuma bersarapan nasi lemak saja. Lagipun aku dah berjanji dengan Superyan untuk berjumpa kat sini untuk ambil t-shirt Pak Bara.

p/s: Jom.. aku nak layan nasi lemak sat sambil dok tunggu Superyan sat... =)

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...