15 Disember 2011

EXORA TURBO?

Catatan Ayah

Khamis
19 Muharram 1433
15 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Tinggal 2 hari lagi aku dan rakan-rakan akan ke Pak Bara, Thailand. Semangat tengah dok membara ni (nak pi Pak Bara la katakan.. tu yang membara-bara tu).

Sehubungan dengan itu, aku mencadangkan kepada rakan-rakan untuk menyiapkan beberapa dokumen terlebih dahulu dan antaranya membuat insuran motor untuk ke Thailand. Dan cadangannya untuk menyelesaikan perkara tersebut di Changlon. Dengan harapan, semasa kat Wang Kelian nanti tak lah kalut sangat. Dan lagi, boleh ambil peluang tukarkan ringgit Malaysia ke Thai Bhat siap-siap sebagai bekalan.

Jadi, petang tadi aku, Own dan Nadzari telah ke Changlon untuk menyelesaikan perkara ni. For info, proses pembelian insuran ni dibuka hingga malam dan untuk motorsikal, jumlah yang perlu dibayar untuk insuran motorsikal adalah RM15 untuk selama 9 hari. Kadar tukaran wang pada hari ni adalah RM100 bersamaan dengan Bhat 97.

Dalam perjalanan ke Changlon, aku telah berhenti sekejap kat Seriab dan kebetulan telah berhenti berhampiran dengan Pusat Jualan Proton Edar. Tiba-tiba ternampak sebuah treler yang memuatkan Proton Exora berhenti kat situ dan beberapa petugas Proton Edar sedang menurunkan 2 buah Proton Exora.

Adakah ini Exora Turbo yang telah diperkatakan sebelum ni? Aku pernah menulis entri pasal Exora Turbo ni. Paultan juga pernah mengulas mengenai Proton Turbo ni dan beliau ada menulis berkenaan dengan hal ini dan boleh dibaca di sini.

Ini ada beberapa gambiran Proton Exora yang dikenali sebagai Proton Exora Bold yang sempat aku ambil tadi. Cuma tak berkesempatan untuk melihat secara dekat sebab agak kalut dan lewat untuk berkejar ke Changlon, menyiapkan dokumen untuk ke Thailand.

Exora Bold

Photobucket

Exora Bold

Photobucket

Photobucket

Exora Bold

Mungkin esok atau lusa boleh singgah sekali lagi untuk melihat lebih dekat Proton Exora Bold ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...