01 Disember 2011

AKAD NIKAH

Catatan Ayah

Khamis
5 Muharram 1433
1 Disember 2011

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah.. sekali lagi aku sekeluarga dijemput untuk mengikut rombongan pengantin lelaki iaitu sepupu kepada isteri aku (anak Mak Lang).

Akad nikah dijadualkan akan diadakan di Masjid Kg Bukit Raya Dalam, Pendang, Kedah selepas solat zohor.

Kami sekeluarga telah ke Lubuk Kawah, Jitra untuk berkumpul sebelum rombongan bertolak ke Pendang.

Kurang lebih pukul 12 tengah hari kami bertolak ke Pendang dari Lubuk Kawah melalui Lebuhraya PLUS.

Photobucket
Bertolak keluar dari Lubuk Kawah

Photobucket

Photobucket
Tiba di Pendang

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kurang lebih pukul 12.50 tengah hari kami sampai di Masjid Kg Bukit Raya Dalam.

Selepas sembahyang zohor, akad nikah dijalankan.

Sepanjang pengalaman aku mengikuti rombongan akad nikah, dapat disimpulkan beberapa perkara yang akan disoal oleh imam... antaranya:
  • mengucap dua kalimah syahadah
  • berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
  • beristighfar
  • rukun-rukun nikah
Jadi kepada sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan, ingatlah perkara-perkara di atas.

Jika tak dapat jawab, itu sudah menjadi masalah besar kerana perkara-perkara di atas adalah perkara-perkara yang asas untuk kita sebagai umat Islam mesti tahu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Rombongan pengantin perempuan bersama pengantin perempuan

Selesai akad nikah, kami dijemput untuk makan kenduri di rumah pengantin perempuan.

Majlis kenduri nampaknya diadakan secara sederhana.

Sedap juga masakannya dan antara menunya adalah nasi putih, gulai daging batang pisang, gulai nenas ikan masin, acar timun dan bubur kacang beserta air sirap (warna hijau...) =)

Manakala menu pengantin pula menurut isteri aku yang masuk makan bersama pengantin adalah lauk-pauk yang sama cuma ditambah dengan hati lembu masak kicap.

Photobucket
Menuju ke rumah pengantin perempuan

Photobucket

Photobucket
Tiba di rumah pengantin perempuan

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selesai makan, aku layan lepak sambil memerhatikan suasana sekeliling dan suasana kenduri.

Photobucket

Photobucket
Kawasan kuari di hadapan rumah pengantin perempuan

Photobucket
Ternampak sesuatu yang menarik...

Photobucket
Masih mengekalkan warisan lama iaitu papan canik yang berukir
Hampir pukul 3.30 petang kami semua bertolak balik dan aku sekeluarga terus balik ke Perlis melalui Alor Star.

Kepada Kamal, selamat pengantin baru dan kepada Mak Lang, selamat menerima menantu baru...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...